Dia minat nak jadi agent tu, cuma malu2 je. Jangan malu2 bang. Datang je office kitorang, nanti kitorang train. Insyallah, sama2 buat. Ramai lagi orang kita tak de insurance kat luar tu.
Sebagai konsultant ni kita kena jaga dua kepentingan..satu kepentingan pelanggan / peserta dan satu lagi kepentingan syarikat yang diwakili. Upahnya adalah komisyen.
Boleh En lestari senaraikan yang dikatakan "servis tip top"??? selain dari menguruskan masalah client bila nak admit hospital... sehingga dapat agent tu dapat 5 bintang. Saya agen baru nak tahu jugak...
alhamdulillah... syukurlah dapat ejen yang servisnya 'tip-top'... tapi hal masalah client nak admit tu masalah ke.. bukan dengan medical card dah kire green light..apa ke-hey nya..? lainlah bila nak discharge nanti memang ejen kena ambil tahu...manalah tau letret takdak ka... internet down kaa... talian talipon bz kaa... untuk dapatkan release dari syarikat insurans...
contohnya sewaktu saya nak discharge hari tu... ntah apa sebabnya.. hospital ambil masa untuk dapatkan clearance dari syarikat insurans disebabkan isu 2 doktor merawat saya... dari pukul 11pagi ...pukul 1 baru settle.. syukur alhamdulillah pihak hospital masih izinkan saya untuk order hidangan tengahari sementara menunggu settlement...
pendapat saya se-eloknya ejen stadby dihari client nak discharge.. kalau tak boleh mai pun... suruh client call atau hubungi client tanyakan status pun kira alhamdulillah.... jgn hanya ambil tahu client dah sampai rumah saja...