BTC USD 86,522.6 Gold USD 4,364.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Apa motif baling mercun ke rumah warga emas?

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,546
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,546
Reaction score
1,681
Points
201


Apa motif baling mercun ke rumah warga emas?


Seremban: Tanpa sebarang sebab, tiga remaja lelaki dirakam kamera litar tertutup (CCTV) membaling beberapa mercun ke rumah seorang penduduk di Taman Senawang Jaya, di sini, malam tadi.

Menurut pemilik CCTV, dia memuatnaik rakaman berkenaan selepas tidak tahan melihat perbuatan kumpulan remaja itu yang turut tinggal di taman perumahan berkenaan.


"Saya difahamkan, rakan kepada anak jiran itu sering melepak di rumah itu, mereka membuat bising termasuk dengan bunyi ekzos motosikal. Saya pernah tegur dan buat laporan polis.

"Namun, polis tidak boleh ambil tindakan kerana katanya selagi tiada kecederaan. Namun, malam tadi sekali lagi kejadian yang agak mengejutkan berlaku kira-kira jam 8 malam," katanya ketika dihubung, hari ini.

Katanya, dia dan ibunya kini tidak lagi tinggal di taman itu dan rumah itu sekarang didiami adik lelakinya, namun sentiasa memantau rakaman CCTV demi keselamatan.

"Saya pasang CCTV juga disebabkan kumpulan ini. Malah, pernah CCTV saya dirosakkan tetapi saya pasang beberapa lagi di sekeliling kawasan rumah yang mana saya boleh terus marah mereka melalui pembesar suara CCTV.

"Malam tadi, saya terkejut apabila kumpulan budak-budak ini membaling sekurang-kurangnya lima mercun ke rumah jiran yang juga seorang warga emas.

"Tangan saya menggigil apabila melihat kejadian ini. Sebenarnya saya ada beberapa video lain yang memaparkan mereka kencing di tembok rumah jiran dan melakukan perbuatan lain.

"Ada jiran di sini yang tidak berani untuk menegur perbuatan mereka kerana takut rumah menjadi sasaran. Kebanyakan yang tinggal di lorong ini adalah golongan warga emas," katanya.

Katanya, dia belum membuat laporan polis berhubung kejadian itu kerana dia hanya pemilik CCTV dan bukannya tuan rumah yang dibaling mercun.

"Saya juga teringat dengan laporan polis sebelum ini yang mana mereka beritahu tiada tindakan boleh diambil sekiranya tiada kecederaan. Cuma mungkin jiran yang tinggal di sana boleh buat laporan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, setakat ini pihaknya belum mendapat laporan berhubung kejadian itu.

"Saya nasihatkan penduduk atau pemilik rumah saya buat laporan polis sekiranya terkesan dengan kejadian ini supaya tindakan lanjut dapat dilaksanakan," katanya.


Artikel : Harian Metro
 
Back
Top
Log in Register