BTC USD 62,356.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apa Makna Pekerjaan Anda?

2618918

Super Active Member
gem
Messages
5,265
Joined
Aug 8, 2012
Messages
5,265
Reaction score
3,137
Points
211
upside-of.jpg

Ramai yang tak gembira
Separuh daripada pekerja yang makan gaji tidak gembira terhadap kerja yang mereka lakukan.
Banyak juga yang berhasrat untuk berhenti kerja dan menjadi usahawan disebabkan masalah tak suka dengan apa yang mereka lakukan.

Beza dengan dulu
Apakah orang tua dulu-dulu yang kerja kampung mengalami masalah yang sama?.
Orang kampung dulu-dulu hidup berdikari dan lebih banyak menyediakan sendiri segala keperluan mereka.
Dari makanan sehinggalah persediaan dapur untuk memasak disediakn sendiri.

Masa kecik-kecik dulu di kampung mak sediakn segala makanan. kuih muih sendiri.
Nak makan apa saja kuih terpaksa buat sendiri dan biasanya buat banyak sedikit untuk dihadiahkan pada jiran.
Kalau bernasib baik jiran akan balas dengan hidangan lain maka bertambahlah pilihan yang ada untuk dimakan.

Di kampung, apa saja kerja yang orang tua lakukan mereka kelihatan begitu asyik menghayati kerja mereka.
Kerja-kerja terutamanya yang berseni akan dilakukan dengan penuh teliti. Terpancar rasa bahagia di wajah mereka.
Ibu buat kerja dapur, buat kuih muih, buak lauk dan segalanya dengan penuh teliti.
Boleh lihat riak kepuasan pada wajah ibu bila melihat anak-anak serta sanak saudara menjamah hidangan yang dihasilkannya.

Kesimpulannya, tak pernah terdengar rungutan daripada orang tua atau kaum ibu yang duduk dikampung dan menyara kehidupan mereka dengan kerja-kerja kampung.
Mereka tak pernah terlintas untuk tidak gembira dengan kerja mereka.
Istilah tak suka dan bosan dengan kerja hanya bermula sejak industri perkilangan menjadi rancak di negara kita.
Istilah bosan dan tak suka dengan kerja juga semakin terdengar apabila kita mula mengejar apa yang dinamakan sebagai produktiviti.

Idea Adam Smith
Untuk meningkatkan penghasilan pembuatan,
kita banyak mengambil idea Adam Smith yang menulis tentang kecekapan pada tahun 1776 dalam The Wealth of Nations.
Adam Smith menyarankan pecahan dan pembahagian kerja kepada beberapa proses yang kecil untuk menghasilkan sesuatu produk.
Sebagai contoh dia memberikan proses kerja membuat pin yang dipecahkan dari peringkat memotong, membengkok, menajamkan, dan seterusnya satu demi satu sehingalah siap sebutir pin.

Hasil daripada pecahan kerja tersebut membuatkan jumlah pengeluaran sesuatu produk meningkat dengan begitu tinggi
berbanding jika seorang buruh melakukan keseluruhan proses sendirian untuk menyiapkan sesuatu barang.

Idea Karl Marx
Berkenaan pecahan dan pengasingan kerja pula, Karl Marx tidak suka dengan idea pemecahan dan proses pengasingan kerja tersebut.
Dia mengatakan manusia telah dirampas daripada mengenali identiti dan menghayati makna sumbangan kerjanya akibat proses itu.

Sebagai contoh dalam pembuatan pin di atas, apa maknanya bagi seorang pekerja yang kerjanya hanya sekadar membengkokkan sejengkal dawai saban hari.
Bayangkan jika anda setiap hari selama 8 jam melakukan kerja membengkokkan dawai!, muka anda akan bertukar menjadi zombie setelah beberapa bulan...

Karl Marx mengatakan manusia mula dipisahkan daripada matlamat kerjanya.
Dia dipisahkan daripada mengetahui keseluruhan proses kerjanya, kenapa dia melakukan kerjanya dan apakah hasil daripada usahanya.
Hasilnya adalah akan lahirnya manusia yang tidak gembira dan terasa kosong jiwa mereka
dengan melakukan pekerjaan yang tidak bermakna.

Sebahagian besar kehidupan kita tidak dapat lari dari melakukan kerja.
Apabila kerja yang dilakukan dalam hidup tidak ada makna, sudah tentu kehidupan juga berjangkit menjadi tidak bermakna.
Hidup mula menjadi satu tekanan dan mengakibatkan masalah timbul dalam kesemua jurusan kehidupan.

Mana satu pilihan anda
Jika anda diberi dua pilihan untuk mencari makan sebagaimana berikut di bawah, mana satukah pilihan anda?

1) Tak perlu lakukan apa-apa. Semua keperluan makanan dan lain-lain untuk hidup anda disediakan dengan banyak dan anda hanya perlu duduk saja di rumah tak kemana-mana.
2) Anda perlu melakukan sedikit pekerjaan atau sumbangan sebelum diberikan segala keperluan yang anda perlukan bagi menjalani kehidupan seperti makan dan pain-lain.


Secara logiknya tentu anda akan memilih pilihan yang pertama.
Seorang yang bijak dan rasional dalam mendapatkan keperluan hidupnya tentu bersangka begitu.

Tetapi kajian menunjukkan sebaliknya. Sebagai manusia, kita akan lebih cenderung untuk memilih pilihan kedua.
Ini kerana secara semula jadinya, manusia diwujudkan satu keperluan pada mencari dan menghayati makna hidup dengan berbuat sesuatu.
Kesungguhan melakukan sesuatu perkara dari mula hingga akhir dan melihat hasilnya siap untuk digunakan oleh diri sendiri
dan juga orang lain melahirkan satu kepuasan yang dapat memberikan makna kepada hidup manusia.

Sebab itu jika kerja yang anda lakukan telah dibakul sampahkan saja oleh boss anda tanpa melihatnya amat mengecewakan.
Sedangkan secara logiknya, apa nak perduli jika setiap bulan anda akan dibayar gaji? lantaklah jika boss tangsung tak perduli bagaimana hasil kerja anda.

The Upside of Irrationality
Idea kesemua di atas timbul hasil dari membaca buku The Upside of Irrationality.
Kajian daripada buku tersebut membuktikan bahawa manusia akan meninggalkan kerjanya jika ia tidak membawa apa-apa makna walaupun sejumlah wang yang lumayan diberikan untuk itu.

Setelah terbaca buku tersebut maka barulah saya perasan kenapa selama ini ramai yang terasa kehilangan sesuatu dalam mencari makan.
Kita hilang makna kerana kerja kita hanyalah sebahagian kecil daripada kerja utama dalam menghasilkan sesuatu.
Dan ianya semakin parah apabila majikan tidak ambil peduli untuk memberitahu kita apakah matlamat kerja yang kita lakukan
dan bagaimanakah kerja tersebut membantu kehidupan serta memberi makna kepada orang lain.

Oleh itu pastikan anda berikan perhatian pada orang bawahan, pada isteri, pada anak-anak, pada sanak saudara, pada kawan-kawan dan lain-lain dengan menghargai segala kerja mereka.
Dengan melakukan itu, anda sebenarnya membantu mereka menemui makna melakukan kerja dan makna kehidupan.


Menurut kajian, hampir 100% mereka yang makan gaji akan berkata tujuan utama mereka bekerja adalah untuk mendapatkan wang.
Ia hampir sama dengan kebanyak para usahawan yang menjalankan perniagaan dengan matlamat utama untuk mendapatkan wang.

Para usahawan yang mengejar wang kebanyakannya menyesal berhenti kerja dan berniaga kerana mendapati wang yang dikejar tak dapat,
wang yang dikendung berciciran lalu melompat dari satu perniagaan ke satu perniagaan dan berakhir dengan makan gaji semula.

Para pekerja makan gaji pula, yang mengejar wang akan berakhir dengan kehidupan penuh tekanan dan menghabiskan masa
berkongsi dengan rakan-rakan yang sama-sama mengeluh tak seronok dengan pekerjaan yang mereka lakukan.
 
Last edited:
keje sbgi ibadah.. tuh yg x jumpe2 lgi..
nmpk cam nk kne cari keje lain..

x rasa nikmat keje sbgi ibadah..

boleh kongsi tt keje sbgi apa ?

Makan gaji jugak.
sedang mencari peluang untuk bisnes sendiri.
orang kata lebih ikhlas..lebih ikhlas means lebih berkat..lebih berkat means hati lebih tenang..
Wallahualam..
 
aku pun tak enjoy dgn kerja skrg walaupun gaji tinggi la jugak
 
Back
Top
Log in Register