pubin
Banned
- Messages
- 6,448
- Joined
- Jul 8, 2011
- Messages
- 6,448
- Reaction score
- 51
- Points
- 70
amalan favourite golongan SYIAH SEJATI....
PERKAUMAN TINGGI MENGGUNUNG
PERKAUMAN TINGGI MENGGUNUNG
Terjemahan Asal
Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata pula: “Tidak sekali-kali akan masuk Syurga melainkan orang-orang yang berugama Yahudi atau Nasrani”. Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka sahaja. Katakanlah (wahai Muhammad): “Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar”. (Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. Dan orang-orang Yahudi berkata: “Orang-orang Nasrani itu tidak mempunyai sesuatu pegangan (ugama yang benar)”; dan orang-orang Nasrani pula berkata: “Orang-orang Yahudi tidak mempunyai sesuatu pegangan (ugama yang benar)”; padahal mereka membaca Kitab Suci masing-masing (Taurat dan Injil). Demikian juga orang-orang (musyrik dari kaum Jahiliyah) yang tidak berilmu pengetahuan, mengatakan seperti yang dikatakan oleh mereka itu. Maka Allah akan menghukum (mengadili) di antara mereka pada hari kiamat mengenai apa yang mereka berselisihan padanya. Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya, dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatunya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara yang mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar. Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah yang diredhai Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa Mengetahui.2.111-115
Hujahan aku untuk mengapplikasikan pengajaran daripada cerita di atas kepada zaman ini
Dan mereka (Sunni dan Syiah) berkata pula:
“Tidak sekali-kali akan masuk Syurga melainkan orang-orang yang berugama Sunni atau Syiah”.
Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka sahaja.
Katakanlah :
“Bawalah kemari keterangan-keterangan Al-Quran yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu
jika betul kamu orang-orang yang benar”.
(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar)
bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya (bulat-bulat) kepada (perintah dan larangan) AllahDan orang-orang Sunni berkata:
sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya (untuk menegakkan keseimbangan dan keadilan manusia sejagat)
maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya
dan tidaklah ada kebimbangan terhadap mereka
dan mereka pula tidak akan berdukacita.
“Orang-orang Syiah itu tidak mempunyai sesuatu pegangan (ugama yang benar)”
dan orang-orang Syiah pula berkata:
“Orang-orang Sunni tidak mempunyai sesuatu pegangan (ugama yang benar)”
padahal mereka membaca Kitab Suci masing-masing (al-Quran)
Demikian juga orang-orang (yang bermazhab dari puak Sunni dan Syiah) yang tidak berilmu pengetahuan (orang jahil)
mengatakan seperti yang dikatakan oleh mereka itu
Maka Allah akan menghukum di antara mereka pada hari kiamat
mengenai apa yang mereka berselisihan padanya (mengenai hukum Allah di dalam al-Quran)
Dan siapakah yang lebih zalim
daripada orang-orang yang menyekat
dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah (untuk puak masing-masing) untuk menyebut nama Allah di dalamnya
dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu (dengan sifat perkauman)?
Orang-orang yang demikian, tidak sepatunya masuk ke dalam masjid-masjid itu
melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah
Mereka akan beroleh kehinaan di dunia
dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar.
Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat (iaitu puak, agama atau mazhab apa pun semuanya adalah manusia ciptaan Allah)
maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (iaitu apa sahaja amalan dan ibadah kamu bagi menegakkan keseimbangan dan keadilan)
maka di situlah arah yang diredhai Allah (tak penting puak apa pun, yang pentingnya tegakkan keseimbangan dan keadilan)
sesungguhnya Allah Maha Luas, lagi sentiasa Mengetahui.
2.111-115
Kesimpulannya
Bilakah seseorang itu dianggap telah berpecah-belah?
Definisi perpecahan
itu adalah dengan sebab Allah telah menurunkan Kitab
dengan mengandungi kebenaran (tetapi mereka berselisih) <- secara keseluruhannya, kitab Allah bermaksud ->Keseimbangan->Keadilan = Sunnatullah
dan sesungguhnya orang-orang yang berselisihan mengenai kitab <- berselisih mengenai Keseimbangan dan Keadilan
itu sebenarnya mereka adalah dalam keadaan berpecah-belah yang jauh (sectarianism)
[2.176]
Kitab Allah adalah menerangkan "keadilan" vs. "kezaliman"
Oleh itu
Isu berkaitan Hablum Minallah, atau amalan berkaitan amalan individu
abaikan dan anggap tradisi masing-masing (cth. solat, puasa, ibadah etc)
Tidak patut ada sebarang persengketaan, dan hormati tradisi orang lain
Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah
serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu
dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka; sebaliknya katakanlah:
“Aku beriman kepada segala Kitab yang diturunkan oleh Allah42.15
dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu <- Hablum Minannas, tegakkan keadilan tanpa mengira agama, bangsa etc
Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu
Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu
Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu <- Hablum Minallah, Allah perintahkan tiada sengketa
Allah akan menghimpunkan kita bersama
dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya
Isu berkaitan Hablum Minannas, iaitu berkaitan masyarakat dan kepentingan bersama
wajib berpecah kepada dua puak, iaitu samada puak adil atau puak zalim.. tanpa mengira agama, bangsa etc.
Tunjukilah kami jalan yang lurus
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka <- puak satu, seimbang dan adil utk semua
bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat <- puak kedua, kezaliman, mazhab (perkauman)..agama aku saja betul !
1.6-7
Ukuran keadilan adalah Al-Quran, iaitu Kitab yang mengesahkan apa yang adil dan tidak adil
Dan Kami turunkan kepadamu Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran
untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya
dan untuk memelihara serta mengawasinya
Maka jalankanlah hukum di antara mereka itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah
dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran
Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu
Kami jadikan suatu Syariat dan jalan cara hidup <- semuanya daripada Allah
Dan kalau Allah menghendaki
nescaya Ia menjadikan kamu satu umat <- manusia tidak perlu berpecah
tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu <- hablum minallah adalah ujian
Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan <- hablum minannas adalah matlamat, umat yg satu, keadilan sejagat
Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya
maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.
[5.48]
manusia itu ialah umat yang satu [2.213]
Manusia akan kembali bersatu apabila hanya dua unsur yang menjadi ukuran.. iaitu
1. Adil
2. Tidak adil
![]()
Peacemaking = Islam
Peacemaker = Muslim
Deen = Obligation (to bring peace)
Therefore, Islam is about an obligation to be a peacemaker and bring peace in humanity.
He has plainly clarified
the same way of life
which He enjoined on Noah
Abraham
Moses
and Jesus
Perform the prescribed way of life <- Keseimbangan dan keadilan, justly balanced (16.90).. sunnatullah
and no sectarianism <- manusia itu adalah satu umat (2.213)
Hard it is upon the idolaters (orang bermazhab) the UNITY you call to
Allah draws unto Himself everyone who is willing, and guides unto Himself everyone who turns unto Him
(42.13)
Last edited:
