Baca balik sebelumnya.. semua yang Allah perintahkan adalah untuk kebaikan manusia semata-mata..
http://carigold.com/portal/forums/showpost.php?p=19628091&postcount=1517
Solat.. untuk siapa?
Tujuan solat ialah untuk
"mencegah keji dan munkar" dalam diri sendiri (29.45). Jadi.. kat mana yang nak kata kerana Allah ni? Semuanya untuk manusia hidup aman.. takda jenayah dan kemungkaran. Mana nak sempat buat jahat kalau sehari 5 kali ingat Allah. Dan kalau kita baik dengan orang.. tak buat keji dan munkar kepada orang, semua orang pun suka kita. Perniagaan pun jadi maju... Rezeki pun bertambah-tambah etc. Untuk kita juga kan?
Sedekah dan zakat.. untuk siapa?
Tujuan zakat ialah untuk
"mensucikan hati sendiri dan membersihkan harta" (9.103). Jadi.. kat mana yang nak kata kerana Allah ni? Bila kita bersedekah.. aliran wang dalam masyarakat menjadi sihat dan ekonomi masyarakat menjadi baik. Maka itu, orang tak perlu nak ambik rasuah, tak perlu mencuri, tak perlu riba untuk cari makan dan segalanya. Dengan itu kita dapat berniaga dan bekerja dengan baik, masyarakat menjadi aman damai. Kita pun tak perlu risau tiada wang, kerana semua orang boleh membantu. Untuk kita juga kan?
Puasa.. untuk siapa?
Tujuan Puasa ialah untuk kita
"menjadi orang bertakwa" (2.183). Jadi.. kat mana yang nak kata kerana Allah ni? Untuk melaksanakan perintah dan larangan Allah adalah berat, kecuali jika kita dapat menahan "nafsu". Pusat pemerintahan nafsu adalah di perut. Oleh itu jika kita selalu berlapar, nafsu kita mudah mematuhi perintah Allah. Kita juga mudah mengawasi mata, telinga, mulut, tangan kaki kita daripada buat jahat. Mematuhi perintah Allah pula adalah untuk manusia bersatu dan hidup aman damai, tidak berpecah-belah dan berperang sesama sendiri. Untuk kita juga kan?
Haji.. untuk siapa?
Tujuan Haji adalah supaya manusia
"menyaksikan kemanfaatan (bersyukur) dan sentiasa menyebut nama Allah" (22.28). Di situ tempat bermulanya kehidupan awal manusia, dan di situ kita akan berakhir.. Selain itu, dengan melakukan aktiviti-aktiviti berkumpulan dan mengikut hukum alamnya, kita dapat menerima "wave" (getaran) yang dapat menyucikan dalaman kita. Sebab itu ramai yang berubah akhlak apabila pulang daripada Haji. Sama juga dengan orang Buddha, tetapi mereka memerlukan puluhan tahun untuk create "wave" yang dapat mengubah akhlak.. manakala orang Islam memerlukan lebih kurang sebulan sahaja. Untuk kita juga kan?
Tujuan syahadah .. untuk siapa?
Engkaulah sahaja Kami mengabdikan diri
dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan
1.5
See? Ayat pengabdian dulu, baru datang pertolongan... ini formulanya.
Dan Pengabdian itu adalah "Syahadah"!
Segala nikmat itu kita tidak akan dapat mencapainya sendiri jika tanpa "pertolongan" Allah.
Sukar.. amat sukar.
Maka itu Allah menetapkan Sunnatullah untuk mendapat pertolongan Allah ialah:
1. Pertama, mengabdikan diri terlebih dahulu.. ini syaratnya!
2. Kedua, setelah mengabdikan diri... barulah pertolongan Allah sampai
Pertolongan yang sebagaimana?
Pertolongan kepada "jalan yang lurus". Iaitu jalan "keseimbangan" dan "keadilan" kehidupan.
Tidak memudaratkan diri sendiri, dan tidak juga memudaratkan orang lain.. inilah keseimbangan, keadilan!
Hidup yang seimbang dan adil dapat membahagiakan kita dan seluruh masyarakat.
Macam masakan juga, tak terlebih gula, tak terlebih garam. Mesti sedap dimakan....
Untuk kita juga kan?
Jadi kat mana yang kata untuk Allah nie?
Takda.. segala-galanya adalah untuk kebaikan diri kita dan semua manusia.