Kalau diteliti isi kandungan hadis Hukuman Rejam, sebenarnya akan ada 2 pendapat
Hadis itu menceritakan tentang 2 orang YAHUDI lelaki dan perempuan yg didapati berzina.
Nabi saw melaksanakan hukuman berdasarkan kitab mereka sendiri.
Diringkaskan cerita, akhirnya setelah mereka iaitu orang YAHUDI membacakan kitab mereka sendiri didapati hukuman rejam adalah yg patut dikenakan ke atas orang tersebut... walaupun pada mulanya pembaca kitab tersebut cuba menyembunyikan fakta.
Akhirnya, hukuman rejam pun dijalankan.
2 pendapat di kalangan ulamak berlaku seperti berikut
Ulamak yg berpendapat Hukuman Rejam dilaksanakan ke atas pesalah zina yg dah berkahwin dikekalkan kerana
tidak ada dalil yg memansuhkan hukuman tersebut... iaitu hukuman itu adalah dari Nabi terdahulu.
Ulamak yg berpendapat Hukuman rejam tidak perlu dilaksanakan kerana hukaman itu
khusus utk orang Yahudi dalam kitab mereka sendiri.
Hadis tersebut tidak menunjukkan yg ia bercanggah dengan AQ kerana ia adalah berdasarkan hukuman yg diperolehi dari Nabi terdahulu dalam kitab terdahulu.
------------- Rujukan hadis yg dimaksudkan -------------
Daripada Ibn Umar r.a.:
Seorang lelaki Yahudi dan seorang wanita Yahudi telah dibawa kepada Rasulullah s.a.w. diatas kesalahan melakukan zina.
Rasulullah s.a.w. bertanya kepada mereka berdua (lelaki dan wanita Yahudi tersebut), “ Apakah hukuman yang sah (untuk dosa penzinaan) yang terdapat di Kitabmu (Taurat)?”. Mereka menjawab, “Rahib-rahib kami telah mereka-reka hukuman iaitu menghitamkan muka dengan arang dan Tajbiya”. Abdullah bin Salam berkata,
“ Wahai Rasulullah, suruhlah mereka untuk membawa Taurat”. Taurat dibawa dan salah seorang daripada golongan Yahudi telah meletakkan tapak tangannya diatas ayat yang menyebut tentang Ar-Rajm (rejam dengan batu sehingga mati) dan membaca ayat-ayat sebelum dan selepasnya. Maka berkata Ibn Salam kepada orang Yahudi itu,
“Angkat tanganmu”. Maka apabila ayat berkenaan Ar-Rajm (sememangnya) berada di bawah tangan lelaki Yahudi itu. Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan lelaki dan wanita Yahudi yang melakukan zina itu direjam dengan batu sehingga mati. Ibnu Umar menambah: Kedua-duanya direjam di Balat dan aku melihat lelaki Yahudi itu melindungi wanita Yahudi itu. [Sahih Al-Bukhari]
Rujukan :
http://lidwa.com/app/
Bukhari, No rujukan Software : 6320
Peristiwa tersebut iaitu pembaca Kitab tersebut memutar lidahnya ketika membacakan ayat hukuman tersebut dirakamkan dalam AQ seperti berikut
Dan sesungguhnya, di antara mereka (Ahli Kitab itu) ada (Ketua-ketua agamanya) yang memutar-mutar lidahnya semasa membaca Kitab Taurat (dengan mengubah maknanya), supaya kamu menyangkanya sebahagian dari Kitab Taurat padahal ia bukanlah dari Kitab itu. Dan mereka pula berkata: "(bahawa) ia adalah (datangnya) dari sisi Allah", padahal ia bukanlah dari sisi Allah; dan mereka pula tergamak berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).
(A-li'Imraan 3:78)