aik.. authority aku nko dismiss macam tu jer, terus nak tanya soalan.. divert/spin terus !
mana authority yang kata boleh jatuhkan hukuman mati (rejam sampai mati) kepada penzina?
Allah tak menghukum mati ke atas penzina
Nkorang menjatuhkan hukuman mati ke atas penzina
Al-Quran adalah sumber perundangan tertinggi (Perlembagaan), hadis sumber kedua dan tidak boleh membatasi Al-Quran
Dan ikut ayat ni, nkorang adalah
puak-puak Kafir sebab menghukum selain daripada yang ditetapkan oleh Allah dalam al-Quran
dan sesiapa yang tidak menghukum dengan APA YANG TELAH DITURUNKAN oleh Allah
maka mereka itulah orang-orang kafir
al-Maa’idah:44
Ni alasan penuh aku (
RUJUK SINI dan
SINI)... Rasulullah SAW pun tak mereka-reka hukuman, kalau tak ..
dia pun akan jatuh kafir!
So... explain! apa alasan nko boleh cabut nyawa orang sesuka hati... fitnah kepada Rasulullah SAW?
[..] bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh (menurut Al-Quran) orang itu
atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi
maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya
5.32
Perbuatan rejam telah diriwayatkan di dalam byk hadith dan bukannya 1 hadith bahawa hukuman tersebut telah dilakukan.... Bukan masalah authority atau x tetapi ianya bersandarkan kepada ayat AQ
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.
(An-Nisaa' 4:59)
Ayat di atas dengan nyata menyatakan bahawa sumber pertama AQ dan yang kedua sunnah... Jika sunnah itu tidak ada maka sepatutnya Allah memerintahkan umat manusia hanya kembali kepada AQ sahaja tanpa menyebut kembali kepada rasulnya(sunnah)
Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah," nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu.
(An-Nisaa' 4:61)
Ayat di atas terang menyatakan bahawa hukum Rasullulah (dah tentu ianya wahyu) dirujuk..
so apa komen awak berkaitan perkara ini???
Kenapa Allah x tetapkan hanya AQ sahaja yang perlu dirujuk jika timbul apa juga permasalahan???
Ok kita tgk ayat nih pulak ..
Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perempuan-perempuan kamu, maka carilah empat orang lelaki di antara kamu yang menjadi saksi terhadap perbuatan mereka. Kemudian kalau keterangan-keterangan saksi itu mengesahkan perbuatan tersebut,
maka kurunglah mereka (perempuan yang berzina itu) dalam rumah hingga mereka sampai ajal matinya, atau hingga Allah mengadakan untuk mereka jalan keluar (dari hukuman itu).
(An-Nisaa' 4:15)
Ayat di atas x sebut pun kena sebat ...
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) - kecuali kamu hendak melintas sahaja - hingga kamu mandi bersuci. Dan jika kamu sakit, atau sedang dalam musafir, atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air, atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu, yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.
(An-Nisaa' 4:43)
Mabuk hanya dilarang sebelum sembahyang sahaja...
so apa komen awak lagi berkaitan perkara ini..