Keduanya.. al-Quran hari ini hanyalah sekadar peringkat "matrikulasi", iaitu syarat untuk mendapat pendidikan sebenar daripada Allah, iaitu dengan mematikan Tuhan dalam diri..
Sedikit persoalan. . .
Kitab Al-Quran [STRIKE]ini[/STRIKE] itu
That is the Book
tidak ada sebarang syak padanya; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa
in which there is no doubt, a guidance for the righteous.
Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib
Those who believe in the unseen
dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang
and hold the contact prayer
serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka
and from Our provisions to them they spend.
Dan juga orang-orang yang beriman kepada [STRIKE]Kitab “Al-Quran”[/STRIKE] apa yang diturunkan kepadamu
And those who believe in what was sent down to you
dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu
and what was sent down before you
serta mereka yakin akan hari akhirat
and regarding the Hereafter they are certain
Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka
These are the ones guided by their Lord
dan merekalah orang-orang yang berjaya
and these are the successful ones.
2.2-5
* * * * * *
Persoalannya
* * * * * *
Kitab Al-Quran [STRIKE]ini[/STRIKE] itu
That is the Book
Kitab? Mana ada kitab pada masa ini dan surah al-Baqarah adalah surah pertama yang diturunkan selepas hijrah. Banyak lagi surah yang belum diturunkan. Yang telah "dibukukan" (compile) pun takda.. Al-Quran dibukukan selepas kewafatan Rasulullah SAW.
tidak ada sebarang syak padanya; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa
in which there is no doubt, a guidance for the righteous.
Kitab hari ini mempunyai ayat "Mutasyaabihat" (3.7), dan maka itu ada "syak" tentang maksud sebenar satu-satu ayat. Terdapat banyak keraguan melalui ayat-ayat "Mutasyaabihat" (3.7). Kitab hari ini pula sapa2 pun boleh baca dan bukan sekadar petunjuk kepada orang yang tak bertakwa.
Maka itu, "Kitab itu" mungkin tidak merujuk kepada Kitab Al-Quran yang kita kenali hari ini, kerana kedua-duanya mempunyai sifat yang berbeza-beza.
Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib
Those who believe in the unseen
Bagaimana seseorang itu mampu "beriman" kepada perkara yang ghaib?
Adakah dengan menipu diri sendiri?
Jika dengan menipu diri sendiri... maka dengan sendirinya ia bercanggah dengan ayat-ayat lain di dalam Quran, iaitu berkaitan jujur dan ikhlas etc.
Dan juga orang-orang yang beriman kepada [STRIKE]Kitab “Al-Quran”[/STRIKE] apa yang diturunkan kepadamu
And those who believe in what was sent down to you
Terjemahan yang sebenar ialah "beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu".
Oleh itu kesimpulannya ialah Allah membezakan di antara "Kitab itu" (2.2) dengan "kepada apa yang diturunkan kepadamu" (2.4).
Ianya adalah dua perkara yang berbeza.
Jika ianya merujuk kepada kitab yang sama, Allah sepatutnya mengatakan "beriman kepada Kitab itu" atau "beriman kepada Al-Quran".
Persoalannya, kenapakah ianya dibezakan?
serta mereka yakin akan hari akhirat
and regarding the Hereafter they are certain
Bagaimana untuk "yakin" kepada hari akhirat? "Yakin" itu lebih tinggi daripada "percaya", dan "yakin" itu bermaksud tiada lagi keraguan, walaupun sebesar zarah.
Oleh itu adakah manusia itu mampu "yakin" tanpa keraguan dengan membaca Kitab hari ini? Secara menipu diri sendiri?
Jika tidak mampu, maka mungkin terdapat penjelasan selainnya, iaitu "Kitab itu" adalah tidak merujuk kepada Al-Quran yang kita kenali hari ini... dan hanya orang yang menemukan "Kitab itu" berupaya "yakin" tanpa ragu-ragu pada hari akhirat.
Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka
These are the ones guided by their Lord
dan merekalah orang-orang yang berjaya
and these are the successful ones.
2.2-5
Kejadian yang telah pun berlaku . . . iaitu ayat adalah merujuk kepada orang yang mendapat petunjuk dan berjaya adalah orang yang "telah pun" melakukan semuanya di atas
dan bukan merujuk kepada orang yang belum melakukan dan belum mencapai semua di atas.
Mereka itu ...
1.
telah pun mengenali dan memahami maksud "Kitab itu"
2.
telah pun menjadi "orang bertakwa" (patuh dan berserah bulat2 kepada ayat Allah)
3.
telah pun menegakkan sistem keadilan diri dan masyarakat (solat)
4.
telah pun bersedekah dan berjuang dengan harta bendanya, iaitu segala2nya.. (3:92)(2:219)
5.
telah pun memahami Kitab-kitab sebelumnya dan mematikan "perkauman" dalam dirinya (Al-Quran mengesahkan kebenaran, adil). Mereka telah pun mengamalkan dan memahami dengan khusus bagaimana
"manusia itu satu umat". Mampu memahami segalanya Islam kepada Allah, samada secara sukarela atau terpaksa.
6. dan
telah pun "yakin" tanpa ragu-ragu (melihat sendiri?) dengan perkara ghaib dan hari akhirat. Mata hatinya telah terbuka jelas, dan bukan rabun2 lagi !
Mereka inilah orang-orang yang berjaya, dan bukannya
"orang-orang yang BELUM LAGI" mencapai semua di atas.
Mereka ini adalah orang yang tidak berpuak-puak dan menegakkan ad Deen dalam kehidupan mereka.
Kami dengar, kami patuh.. .bukannya Kami dengar, kami menderhaka!
Oleh itu dan kepada yang membantah ayat-ayat Allah... adakah anda tertipu? 
Mustahil orang yang membantah ayat Allah dan masih "berTuhan" berupaya menjumpai dan memahami "Kitab" yang tiada syak lagi.
Mustahil juga seseorang itu dapat "diamanahkan" dengan tanggung-jawab yang besar, sekiranya tanggung-jawab yang kecil pun diabaikan...
Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman
padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri
sedang mereka tidak menyedarinya
2.9
Mereka pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran)
2.18
dan fikirkan...
وَيُعَلِّمُهُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَالتَّوْرَاةَ وَالْإِنجِيلَ
Dan Allah akan mengajarnya (Nabi Isa)
1. *al-kitaab* <- Kitab apa ni?
2. al-hikmah <- Kitab apa ni?
3. al-tawrah, dan
4. al-injil.
(Ali-Imran:48)
إِنَّهُ لَقُرْآنٌ كَرِيمٌ
فِي كِتَابٍ مَّكْنُونٍ
لَّا يَمَسُّهُ إِلَّا الْمُطَهَّرُونَ
Bahawa sesungguhnya itu ialah
Al-Quran yang mulia
Yang
tersimpan dalam Kitab yang
cukup terpelihara <- tersimpan dalam kitab? cukup terpelihara? apa nie?
Yang
tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang
diakui bersih suci (daripada syirik) <- tidak dapat disentuh? apa nie?
56.77-79
Teruskan menipu diri sendiri, pasti tak akan bertemu hidayah dan sia-sia seluruh kehidupan, membiakkan kejahatan demi kejahatan... kerana Allah itu Maha Bijaksana
sesungguhnya sesiapa yang berbuat kejahatan
dan ia diliputi (ditenggelamkan) oleh kesalahannya itu
maka merekalah ahli neraka
mereka KEKAL di dalamnya
2.81
cahaya berlapis cahaya.
Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya kepada nur hidayahNya itu
24.35
Jadi "patuh bulat-bulat" supaya mendapat "bimbingan sebenar". . . dan jika al-Quran pun tak mampu nak sentuh (faham), janganlah bermimpi untuk faham yang lagi jauh. Jauh giler.... Mustahil Allah memberikan kepercayaan kepada "amanah" yang besar, sekiranya setiap "amanah" yang kecil dalam Quran pun dizalimi satu persatu.
sekadar persoalan dan renungan...