BTC USD 61,923.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

apa itu ISLAM ?

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku"

surah al Alaq ayat pertama turun, turun pada Rasulullah semasa baginda berkhalwat di gua Hira'
ni aku nak Tanya ko
-itu ayat pertama, tak sampai satu surah, tak sampai satu juzuk tak sampai satu Quran lagi, baru satu ayat.
jadi kitab mana yg nak kena baca masa tu???

-ayat pertama turun pada Rasulullah saw yg ummi(buta huruf), macammana nak baca dalam keadaan baginda yg buta huruf???

jarak antara wahyu pertama dan seterusnya adalah melalui peringkat2 tertentu, bukan Al Quran turun siap2 penuh 30juzuk terus..

yer aku tahu kena kenal diri dulu.. tapi nko ni dari keturunan Nabi Ibrahim dan Rasulullah ker nak citer pasal kenal diri? Nama nko ada dalam list ker? Layak ker nko nak bercerita? :eek:

Dan ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah, maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya.
(Setelah itu) Allah berfirman: “Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam bagi umat manusia”.
Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: “Jadikanlah juga dari keturunanku (Imam bagi umat manusia)”.
Allah berfirman: “(Permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati oleh orang-orang (keturunan) yang zalim.
2.124​
(Allah dah awal2 tahu nko saper, dan set aside siap2 group masing-masing.. nak tipu lagi, last sekali kena tipu balik..)

"keturunan yang zalim"... syarat menjadi "imam", "guru", "pemimpin" etc...

Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin
yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama Kami

selama mereka (iaitu syarat melayakkan jadi guru, imam, pemimpin etc)

1. bersikap sabar <- syarat 1
2. serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami <- syarat 2
(iaitu taat semua perintah & tidak bantah semua larangan Allah)​
[As-Sajdah:24]​


dan benda yang tu aku bagi contoh dan pemahaman hari ini, bukan detail explanation.. dan masa bila ayat tu cakap baca "kitab"? jadi nko merepek aper pasal "kitab" ler, "30 juz" ler? :eek:
 
Last edited:
Abes sume maksud jd 'berserah bulat-bulat' yer.. Hmmm.. :-?

ada dua jenis ayat jer dalam Quran, Muhakamat dan Mutasyaabihat, serta yang dalam dalam kategori "bidang kuasa manusia"...

jadi kat mana yang boleh jadi complicated untuk berserah bulat-bulat kepada perintah dan larangan Allah? takda kan?

kalau ada.. tolong bagi ayat kat sini, aku nak tengok ayat macam mana yang menghalang manusia daripada berserah bulat-bulat kepada Allah..
 
Last edited:
Sorilah..
Pls lah bertaubat..
ko cuma berlegar2 dgn dunia ko je..
ko je yg faham diri ko...

Aku langsung x dpt tangkap soklan ko hujah ko..
Mana mula mana akhir pun aku x dpt nak absorb..
maafkanlah aku..

Aku cuma berharap ko berhenti dan bertaubat..
Semoga Allah bg ko hidayah...
Aku doakan yg terbaik utk ko..

betul tu.. aku dah rasa nak bertaubat... :(( :(( :(( :((

nko tolong ler bagi sebab untuk aku bertaubat.. tunjuk kat aku ayat mana yang boleh bantah perintah/larangan al-Quran.. :((

ni isu dia..

http://carigold.com/portal/forums/showpost.php?p=19569727&postcount=673

Semoga Allah bagi hidayah untuk join nkorang melantak najis binatang...

:(( :(( :(( :(( :(( :(( :(( :((
 
Last edited:
Persamaan antara agama...

venns.png


dan dari sudut percentage "benar" dan "salah", "adil" dan "tidak adil"....

humanunity.png


dan penyatuan manusia hanya dapat dicapai melalui "solat"

attachment.php


Keseimbangan api, angin, air dan tanah.. bagi membentuk bumi, iaitu kehidupan!

sedikit mengenai "falasah diri"...

dalam setiap agama itu ada mewakiliti setiap unsur atau sifat api, angin, air dan tanah....

dan sama seperti api, angin, air dan tanah... setiapnya adalah diperlukan tetapi mestilah seimbang...

api yang tidak seimbang, membakar habis dunia
angin yang tidak seimbang, jadi ribut taufan
air yang tidak seimbang, jadi banjir
tanah yang tidak seimbang, jadi kering kontang dsbnya..​

oleh itu, setiap satunya adalah penting mengikut percentage masing-masing

tiada mana-mana unsur yang boleh mengaku hanya unsurnya sahaja yang utama..

tiada mana-mana unsur yang boleh mengatakan hanya unsurnya 100% betul, dan yang lainnya adalah 100% salah...

begitu juga dengan agama-agama lain..

contohnya..

agama hindu tu bagus dalam "pengorbanan".. api .. sama unsur dengan mazhab Sunni dan Shiah etc.
agama kristian tu bagus dalam "kasih sayang"... angin .. sama unsur dengan geng pendakwah dan tabligh etc.
buddha itu bagus dalam "meditasi" dan "mengenal alam"... air .. sama unsur dengan aliran sufi dan tarekat etc.
agama yahudi itu bagus dalam mengekalkan "tradisi"... tanah .. sama unsur dengan mazhab wahabi etc.​

apabila kita dapat memahamai kekuatan setiap agama ini.. maka kita akan faham apa itu Islam sebenar

ini kerana Islam sebenar adalah keseimbangan untuk kesemua unsur tersebut..

sebaliknya pada hari ini "api" mengatakan hanya dirinya 100% betul...
(sunni dan syiah menjadi hindu serta mengaku agamanya saja betul, lain salah!)

"angin" juga mengatakan hanya dirinya 100% betul...
(pendakwah dan tabligh menjadi kristian dan mengaku agamanya saja betul, lain salah!)

"air" juga mengatakan hanya dirinya 100% betul...
(sufi dan tarekat menjadi buddha dan mengaku agamanya saja betul, lain salah!)

"tanah" juga mengatakan hanya dirinya 100% betul...
(wahabi menjadi yahudi dan mengaku agamanya saja betul, lain salah!)​

jika semuanya begini, bagaimana "bumi" (kehidupan) itu dapat membentuk dan memberi kesejahteraan kepada manusia?

jika semuanya bertukar menjadi unsur "api" (iaitu elemen betul atau salah).. bagaimana boleh ada kesejahteraan?

mustahil.. kerana "bumi" itu adalah gabungan api, angin, air dan tanah...
asma, afaal, sifat, dan dzat..
selatan, timur, barat dan utara...
berdiri, rukuk, duduk dan sujud...
untuk membentuk "nur" pada pusatnya.

attachment.php


Wahai umat manusia!
Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari
lelaki dan perempuan
dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa
dan bersuku puak
supaya kamu berkenal-kenalan
49.13
 
Last edited:
sedikit mengenai "falsafah diri"

Terdapat melebihi 90 perkataan mengenai solat tetapi apakah maksud sebenar "solat" di dalam Quran?

yang pastinya.. melebihi 95% maksud solat boleh dipertikaikan, dan merupakan manipulasi orang arab...

namun itu ianya adalah tetap diperlukan, dan sekadar bagi perspektif "falsafah".. ianya adalah simbol, satu kod yang diprogramkan oleh Rasulullah untuk "menyimpan maksud" sebenar Islam melalui pergerakan "ritual" atau "keagamaan", sedangkan Islam itu bukanlah "agama"..

attachment.php


Ini kerana Rasulullah SAW menyedari ramai umatnya akan kembali kepada amalan bergama dan berpuak-puak....

Ini kerana Rasulullah SAW menyedari ramai umatnya akan kembali menyembah "simbol"

Perkara yang sama telah dilakukan oleh Nabi Sulaiman..

yang mana Nabi Sulaiman adalah satu-satunya nabi yang membina "berhala" bagi tujuan menyimpan "mesej" untuk umat masa hadapan

Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman
apa yang ia kehendaki
dari bangunan-bangunan yang tinggi
dan patung-patung <- berhala
dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam
serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya
(Setelah itu Kami perintahkan): “Beramalah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!”
Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur.
34.13​

Berwudhuk..

Air
Kita telah berjasa, dan mula berjual beli dengan Allah. Kita telah menjaga diri kita, berjasa kepada ibu bapa dan keluarga, serta masyarakat.

Basuh tangan
kita berikrar untuk tidak melakukan kejahatan dengan tangan kita... Tangan kita digunakan untuk kesejahteraan manusia.

Berkumur
kita beikrar untuk tidak bersuara dipihak kejahatan, tidak menfitnah dan bagi tujuan melakukan perpecahan manusia.. Mulut kita digunakan untuk menyatukan manusia.

Basuh muka
kita berikrar untuk tidak bermuka-muka dengan Allah. Setiap ucapan dan janji kita kepada Allah adalah benar, ikhlas dan untuk mendapat keredaannya.

Basuh lengan
Kita berikrar tidak membantu dalam melakukan kerosakan di atas muka bumi. Kita berusaha menegakkan keseimbangan dan keadilan di atas muka bumi, tanpa mengira agama bangsa etc.

Basuh dahi
Kita berikrar untuk tidak tunduk patuh pada kezaliman dan kejahatan. Dahi kita adalah bersih dan hanya sujud kepada Allah.

Basuh telinga
Kita tidak mendengar perkara yang buruk, fitnah dan segala perkara yang mengakibatkan perpecahan manusia. Kita sentiasa mendengar ayat-ayat Allah yang mengajak kepada keadilan dan kesejahteraan manusia sejagat.

Basuh kaki
Jalan yang kita tuju hanyalah kepada keredhaan Allah semata-mata, bukan kepada jalan syaitan dan kejahatan. Kita berjalan lurus di atas jalan yang benar, tanpa mengendahkan apa-apa sahaja yang berlaku di dunia ini.

Tidak batal wudhu
Kita istiqamah menjaga semua di atas, dan memastikan siap sedia untuk campur ke dalam masyarakat dan menegakkan solat. Hanya setelah kita melakukan semua di atas, barulah kita layak menegakkan solat. Tidak mungkin kita bersolat tanpa wudhuk.

Berdiri
Kita telah arif dengan hukum-hukum Allah dan cara mencapai keseimbangan di dalam al-Quran. Hanya 20% kandungan al-Quran hukum dan 80% adalah bagaimana hukum itu dilaksanakan. Maka itu, kita mestilah telah menyucikan diri dengan berwudhuk.. iaitu telah kenal diri dan mencapai hikmah dalam mencapai keseimbangan kehidupan melalui hukum-hukum Allah. Kesimpulannya, seseorang itu telah mengimbangkan unsur api, dan menjadi api yang bermanfaat kepada semua makhluk Allah.

Rukuk
Kita mengamalkan apa yang kita ketahui dengan bersungguh-sungguh, menyejukkan manusia dengan kebaktian. Matlamat hidup kita adalah untuk mensejahterakan kehidupan diri, keluarga dan manusia. Kita semua bermula daripada Nabi Adam, dan dibanyakkan oleh Allah.. dan kita mesti kembali menjadi satu, iaitu Nabi Adam. Manusia itu adalah umat yang satu. Kesimpulannya, seseorang itu telah mengimbangkan unsur angin, dan menjadi angin yang bermanfaat kepada semua makhluk Allah.

Duduk
Kita telah dapat mendengar setiap saraf dan sel kita berzikir memuji Allah. Kita telah dapat berkomunikasi dengan alam, memahami Sunnnatullah. Kita dapat mengerti bahasa pokok, bahasa binatang dan memahami bagaimana berasimilasi dengan semua makhluk Allah. Kita telah mula mengenal nikmat, dan dengan hanya mengenal nikmat, baru kita dapat "bersyukur" kepada Allah. Tanpa mengenal nikmat, maka kita akan sama sekali dapat bersyukur kepada Allah. Kesimpulannya, seseorang itu telah mengimbangkan unsur air, dan menjadi air yang bermanfaat kepada semua makhluk Allah.

Sujud
Kita telah sedar Allah itu Ahad. Allah itu Ahad adalah Muhkamat, bagaimana Allah itu Ahad ada Mutasyaabihat. Jika Allah itu Ahad (satu), dan Allah itu Samad (tidak bertempat), maka di manakah kedudukan kita ini? Melalui pemahaman ini maka kita telah layak menjadi Khalifah, yang dapat berkomunikasi dan menjaga seluruh makhluk Allah. Kita telah bersatu dengan alam dan seegala-galanya dan segala yang kita lakukan, adalah diredhai oleh Allah. Matahari bulan bintang adalah sangat dekat kepada kita. Segalanya akan patuh kepada kita kerana kita adalah Sunnatullah. Kesimpulannya, seseorang itu telah mengimbangkan unsur tanah yang di atasnya menjadi kehidupan api, angin dan air, dan menjadi tanah yang bermanfaat kepada semua makhluk Allah.

Salam
Kita telah mejadi hamba Allah yang sebenar-benarnya, membentuk bumi yang membantu kehidupan.... dan akan hidup, dan terus hidup, dan terus hidup, dan terus hidup, dan terus hidup..... selamanya.. di sisi Allah.

Dan janganlah kamu mengatakan sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela deen Allah itu: orang-orang mati
bahkan mereka itu orang-orang yang hidup
tetapi kamu tidak dapat menyedarinya
[2.154]​

Bismillah..
Alhamdullillah..
Sadaqallahul Azeem...

Tamatlah perjalanan kehidupan kita dengan sempurna.
 
Last edited:
kecenderungan manusia untuk "menyembah simbol" itu bukanlah satu sifat manusia yang baru..

ianya telah pun menjadi sifat semulajadi manusia dan punca kepada wujudnya penyimpangan daripada mesej sebenar...

contohnya agama hindu...

ganesh011.jpg


mesej asal patung ini adalah supaya manusia hidup menekan nafsu...

ini digambarkan dengan gambaran tuhan hindu mempunyai "perut buncit"

perut itu adalah pusat "nafsu" dan sesiapa yang makan apa saja, tanpa mengira halal atau haram.. maka akan menjadi buncit dan bersifat binatang atau syaitan..

inilah mesej sebenar yang hendak disampaikan.. golongan yang menurut perutnya (nafsu) adalah "binatang" atau "syaitan"!

tetapi akhirnya dipermainkan oleh "ahli agama" dan dijadikan "Tuhan" berperut buncit dan berwajah binatang atau syaitan... :eek:

pada hari ini, perkara yang sama terjadi di dalam Islam kerana mereka yang mengambil tempat "ahli agama" adalah orang yang gagal menekan nafsunya.. dan hanya bergantung kepada akal semata-mata

padahal.. 13 tahun Rasulullah SAW menekan nafsu, tidak makan berminggu/bulan dan tidak tidur.. semasa beliau mengasingkan diri di Gua Hira...

Inilah proses sebenar yang perlu dilalui sebelum seseorang itu dapat memahami Al-Quran dengan sebenar2nya...

iaitu terlebih dahulu mematikan "Tuhan" (nafsu) di dalam diri sendiri, sebelum berupaya "membaca"!

Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan
96.1

Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya
45.23​
 
Last edited:
kemana puak-puak aswj ni. Sunyi je :D
 
Back
Top
Log in Register