ada .. iaitu mazhab yang tiada mazhab, iaitu jadi Islam yang berserah bulat-bulat kepada Allah..
“Tegakkanlah pendirian ugama dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya”
penerangannya...
Seruan
“Tegakkanlah pendirian ugama DAN janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya”
Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima agama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya
[Asy-Syura:13]
dan JANGANLAH kamu menjadi dari MANA-MANA GOLONGAN orang musyrik
Iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman ugama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing
serta mereka pula menjadi berpuak-puak
tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya
[Ar-Rum:30-32]
Tidak ada yang membantah mengenai ayat-ayat Allah melainkan orang-orang yang kafir
[Ghaffir:4]
Fakta Kesesatan
JANGANLAH kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik
IAITU orang-orang yang menjadikan fahaman agama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing
serta mereka pula menjadi berpuak-puak
tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya
[Ar-Rum:32]
Dan sesungguhnya ugama Islam ini ialah ugama kamu
ugama yang satu asas pokoknya
dan Akulah Tuhan kamu; maka bertaqwalah kamu kepadaKu
Kemudian umat Rasul-rasul itu berpecah-belah dalam urusan ugama mereka kepada beberapa pecahan
tiap-tiap golongan bergembira dengan apa yang ada pada mereka
Maka biarkanlah mereka tenggelam dalam KESESATANNYA itu hingga ke suatu masa
[Al-Mu’minun:52-54]
Apakah itu agama yang satu asas pokoknya?
“
Tegakkanlah pendirian ugama DAN janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya”
Lebih mudah....
1. berserah diri bulat-bulat untuk patuh ayat Allah
2. berusaha memperbaiki amal...
Perselisihan selainnya?
Katakanlah:
“Aku beriman kepada segala Kitab yang diturunkan oleh Allah
dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu
Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu
Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu
Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu
(kalau tak menyentuh pokok atau dasarnya.. anggap jer tradisi mereka, layannnn)
Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada (ayat-ayat) Allah
sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan
maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh
dan kepada Allah jualah kesudahan segala urusan
[Luqman:22]
Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya
Al-Nahl:128
Siapa yang benar di antara semua mazhab, firqah, puak?
Pengajaran daripada kisah perselisihan di antara tiga puak
1. Yahudi
2. Nasrani
3. Musyrik
Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata pula:
“Tidak sekali-kali akan masuk Syurga melainkan orang-orang yang berugama Yahudi atau Nasrani”
Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka sahaja
Katakanlah:
“Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu
jika betul kamu orang-orang yang benar”
(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar)
bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah
sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya
maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya
dan tidaklah ada kebimbangan terhadap mereka
dan mereka pula tidak akan berdukacita.
Dan orang-orang Yahudi berkata:
“Orang-orang Nasrani itu tidak mempunyai sesuatu pegangan (ugama yang benar)”
dan orang-orang Nasrani pula berkata:
“Orang-orang Yahudi tidak mempunyai sesuatu pegangan (ugama yang benar)”;
padahal mereka membaca Kitab Suci masing-masing (Taurat dan Injil)
Demikian juga orang-orang (musyrik) yang tidak berilmu pengetahuan mengatakan seperti yang dikatakan oleh mereka itu
Maka Allah akan menghukum (mengadili) di antara mereka pada hari kiamat
mengenai apa yang mereka berselisihan padanya
Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat
dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk menyebut nama Allah di dalamnya
dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu?
Orang-orang yang demikian, tidak sepatunya masuk ke dalam masjid-masjid itu
melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah
Mereka akan beroleh kehinaan di dunia
dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar.
Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat
maka ke mana sahaja kamu arahkan diri maka di situlah arah yang diredhai Allah
sesungguhnya Allah Maha Luas, lagi sentiasa Mengetahui.
[Al-Baqarah:111-115]
apa kesimpulannya?
yahudi cakap agama dia betul, yang lainnya salah...
nasrani pun cakap agama dia betul, yang lainnya salah..
orang musyrik pun cakap sama juga..
masing-masing cakap agama mereka saja betul, dan boleh masuk syurga..
serupa dengan umat Islam hari, semua kata mazhab dan agama masing2 jer betul...
jadi apa jawapan Allah?
Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka sahaja
dan agama atau pegangan yang betul ialah..
sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah
dan dia pula
berusaha supaya baik amalannya
maka
tidaklah ada kebimbangan terhadap mereka
dan
mereka pula tidak akan berdukacita
see? tak perlu pun berpecah-belah dan berpuak...
selama ni kita ditipu oleh ahli-ahli agama supaya mereka dapat memegang kuasa...
menjual agama dengan harga yang sedikit....
as long kita ...
1. berserah diri bulat2 untuk patuh ayat Allah
2. berusaha memperbaiki amal...
kita tak perlu risau mazhab apa pun kita berada...
Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh
terhadap orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka
[Al-Nahl:99]
dan apa yang Allah kata lagi?
Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat
dan
maka ke mana sahaja kamu arahkan diri
see? "
ke mana sahaja kamu arahkan diri"
iaitu, apa pun pegangan atau mazhab mereka...
dan selagi mereka berserah diri bulat2 kepada Allah...
serta berusaha memperbaiki amal.. maka
di situlah arah yang diredhai Allah
see? Allah redha akan mereka, tak kisah ler apa mazhab pun...
dia dah berserah diri bulat-bulat dan patuh ayat Allah dalam al-Quran
dan dia berusaha memperbaiki amalnya...
nak risau apa lagi?
siap nak berperang sana sini...
dalam mana-man mazhab ada orang mukmin yang Allah redha akan mereka...
kalau kita bunuh mereka jadi macam mana pula?
Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja
maka balasannya ialah neraka jahanam
kekal ia di dalamnya
dan Allah murka kepadanya
dan melakanatkannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar.
[An-Nisaa:93]
sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu
atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi
maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya
dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia
maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya
[al-Maidah:32]
adoih..bukan main2 nie...
nie yang sebenarnya nkorang kena buat...
bukan Allah suruh berperang satu sama lain...
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan
dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak
supaya kamu berkenal-kenalan ...
[Al-Hujurat:13]
"
Kami telah menjadikan" ... see?
Allah yang menjadikan manusia berpuak-puak.. ketetapan Allah
nkorang takleh terima fakta ni?
nkorang rasa benci dengan ketetapan dan pilihan Allah?
nkorang ada ketetapan yang jauh lebih baik dan hebat berbanding ketetapan Allah?
dan dia jadikan nkorang "
berpuak-puak" untuk kita saling berkenal-kenalan, belajar memahami sesama kita...
bukan untuk bermusuh antara satu sama lain... bukan untuk diperangi
nkorang tak suka juga? benci dengan ketetapan ni?
nkorang ada ketetapan yang jauh lebih baik dan hebat berbanding ketetapan Allah?
siap Allah bagi contoh lagi macam mana nak hidup harmoni dalam masyarakat berpuak-puak...
"
Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan" ... see ?
nkorang hidup sebagai "
suami isteri", masing2 berlainan kepercayaan, kehendak, dan keperluan diri...
tapi boleh jer hidup harmoni dan saling menghormati...
siap boleh dapat anak lagi... mengembangkan keturunan
apsal tak nak apply pelajaran ni ke dalam kehidupan bermasyarakat?
Apa yang Allah suruh seru supaya umat Islam boleh bersatu?
Dan (katakanlah wahai Muhammad kepada pengikut-pengikutmu):
“Apa jua perkara ugama yang kamu berselisihan padanya
maka hukum pemutusnya terserah kepada Allah
Hakim yang demikian kekuasaanNya ialah Allah Tuhanku
kepadaNyalah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku rujuk kembali (dalam segala keadaan)”
Dia lah yang menciptakan langit dan bumi
Ia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri
dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan
dengan jalan yang demikian dikembangkanNya kamu semua
Tiada sesuatupun yang sebanding dengan dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
Dia lah jua yang menguasai urusan dan perbendaharaan langit dan bumi
Ia memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya
dan Dia juga yang menyempitkannya
sesungguhnya Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu
Allah telah menerangkan kepada kamu
di antara perkara-perkara ugama yang Ia tetapkan hukumnya
apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh
dan yang telah Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad)
dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu:
“Tegakkanlah pendirian ugama
dan janganlah kamu berpecah belah
atau berselisihan pada dasarnya”
Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima ugama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya
Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendakiNya untuk menerima ugama tauhid itu
dan memberi hidayah petunjuk kepada ugamaNya itu sesiapa yang rujuk kembali kepadaNya
Dan umat tiap-tiap Rasul tidak berpecah belah dan berselisihan
melainkan setelah sampai kepada mereka ajaran-ajaran yang memberi mereka mengetahui
berlakunya (perselisihan yang demikian) semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri
Dan kalaulah tidak kerana telah terdahulu kalimah ketetapan dari Tuhanmu hingga ke suatu masa yang tertentu
tentulah dijatuhkan hukuman azab dengan serta-merta kepada mereka
Dan sesungguhnya orang-orang yang diberikan Allah mewarisi Kitab ugama kemudian daripada mereka
berada dalam keadaan syak yang menggelisahkan terhadap Kitab itu
Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka – wahai Muhammad – kepada berugama dengan betul)
serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu
dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka
sebaliknya katakanlah:
“Aku beriman kepada segala Kitab yang diturunkan oleh Allah
dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu
Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu
Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu
Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu
Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat)
dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan)”.
Dan orang-orang yang berhujah menyangkal dan membantah tentang kebenaran ugama Allah
sesudah disambut dan diterima ugamaNya itu
bantahan (dan tuduhan palsu) mereka itu sia-sia belaka di sisi Tuhan mereka
Dan mereka pula ditimpa kemurkaan (dari Allah)
serta mereka beroleh azab seksa yang seberat-beratnya.
[Asy-Syura:10-16]
Tiga benda jer nak kena fikir...
1. Tegakkanlah pendirian ugama
(berserah bulat-bulat pada ayat Allah)
2. Janganlah kamu berpecah belah
(pangkah sifat ahli kitab dan orang musyrik dalam diri sendiri)
3. Janganlah berselisihan pada dasarnya
(memperbaiki amal, memahami ayat Allah untuk bercampur dengan pelbagai puak dan agama)
confirm bersatu...
Dan tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah
sedang ia diajak kepada memeluk Islam
dan Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim
[As-Saff:7]