BTC USD 63,660.0 Gold USD 4,469.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

apa itu ISLAM ?

....pandai betul nko berlakon& bertaqiah ... tapi selalu failed ..bhuahahahaha ...:eek:



...ps- nko dah solat wusta lum ? :D

nko dah gabra ler tu, aku buat kering sikit lagi mesti kantoi punya.. cam aku tak kenal nko.. bwuahahaha :eek:

p/s aku buat solat azzawajalla.. hehe :))
 
apsal.. nko nak aku berdoa anak nko semua cacat ker?
jangan main2.. ntah2 termasin pula mulut aku... hehe
buat pula semasa aku stop makan dan minum 41 hari dalam satu majlis.. bwuahaha :eek:




...wah hebat nko keldai , 41 hari sampai tk makan tk minum ...puasa bulan ramadhan sebulan nanti jgn kantol pulak ...:eek::eek:
 
nko dah gabra ler tu, aku buat kering sikit lagi mesti kantoi punya.. cam aku tak kenal nko.. bwuahahaha :eek:

p/s aku buat solat azzawajalla.. hehe :))



... memang selalu nko gertak org lain mcm ni ker klu tk nk ikut syiah nko ... ? :))
 
nko dah gabra ler tu, aku buat kering sikit lagi mesti kantoi punya.. cam aku tak kenal nko.. bwuahahaha :eek:

p/s aku buat solat azzawajalla.. hehe :))

Cehhh mcm aku lak xkenal ko.. Pak sami je suka bela kura2 senang nak wat tikam nombor..
 
Pertanyaan Allah kepada Pendusta Agama..

Apa sudah jadi kamu?
Bagaimana kamu menetapkan hukum?
Setelah ditegur, maka tidakkah kamu mahu berusaha mengingatkan?
Atau adakah kamu mempunyai sebarang bukti yang nyata?

(Kiranya ada) maka bawalah kitab kamu, jika betul kamu orang-orang yang benar

[As-Saffat:157-154]

Patutkah Kami menjadikan orang-orang Islam (taat)
sama seperti orang-orang yang berdosa (ingkar)?


Apa sudah jadi kepada akal kamu?
Bagaimana kamu menetapkan hukum?
Adakah kamu mempunyai sesebuah Kitab yang kamu baca dan pelajari?

Bahawa di dalam Kitab itu membolehkan kamu mendapat apa sahaja yang kamu pilih?


Atau adakah kamu mendapat akuan-akuan yang ditegaskan dengan sumpah dari Kami
yang tetap hingga hari kiamat, menentukan bahawa kamu dapat mencapai apa yang kamu putuskan?
Bertanyalah kepada mereka:
“Siapakah orangnya di antara mereka yang menjamin benarnya hukum:
bahawa mereka akan mendapat di akhirat apa yang didapati oleh orang Islam?”

Atau adakah mereka mempunyai sekutu-sekutu maka hendaklah mereka membawanya
jika betul mereka orang-orang yang benar.

(Ingatkanlah orang-orang yang tidak beriman) akan masa didedahkan kedahsyatan huru-hara (hari kiamat)
dan mereka diseru supaya sujud maka mereka tidak dapat melakukannya
Sambil pandangan mereka tunduk malu
serta mereka diliputi kehinaan
dan sesungguhnya mereka dahulu telahpun diseru supaya sujud sedang mereka dalam keadaan sihat

Biarkanlah Aku sahaja dengan orang yang mendustakan keterangan Al-Quran ini
Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan)
dari arah yang mereka tidak mengetahuinya
Dan Aku akan melanjutkan tempoh untuk mereka
sesungguhnya rancangan sulitKu amatlah kuat kukuh (rujuk sini)

[Al-Qalam:35-45]
 
Last edited:
update...

Definisi Wali Allah

Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah
tidak ada kebimbangan terhadap mereka
dan mereka pula tidak akan berdukacita

(Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa
Untuk mereka sahajalah kebahagiaan yang mengembirakan di dunia dan di akhirat
tidak ada sebarang perubahan pada janji-janji Allah yang demikian itulah kejayaan yang besar

[Yunus:62-64]
 
Perbandingan objektif hukum Allah dan hukum manusia

Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu
kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah

[An-Nisaa:28]

Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan
tetapi Ia berkehendak membersihkan kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu
supaya kamu bersyukur

(Al-Maidah:6)

SEBALIKNYA...

Wahai orang-orang yang beriman!
JANGANLAH kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (dipercayai)
Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu
Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu

Telahpun nyata kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan
apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi
Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu memahaminya

(Al-i-’Imran:118)
 
Last edited:
Mematuhi hukum-hukum Allah

Wahai orang-orang yang beriman!
Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya
dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan
sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata

[al-Baqarah:208]

Katakanlah:
“Allah jua yang mengetahui tentang masa mereka tidur
bagiNya lah tertentu ilmu pengetahuan segala rahsia langit dan bumi
terang sungguh penglihatanNya!
Tidak ada bagi penduduk langit dan bumi pengurus selain daripadaNya
dan Ia tidak menjadikan sesiapapun masuk campur dalam hukumNya
[Al-Kahf:26]

Wahai orang-orang yang beriman!
Janganlah kamu memandai-mandai sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya
dan bertaqwalah kamu kepada Allah
sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui

[Al-Hujurat:1]

Ditetapkan hukum itu
untuk membuktikan iman kamu kepada Allah dan RasulNya

Dan itulah batas-batas hukum Allah
dan bagi orang-orang yang kafir disediakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya

[Al-Mujadilah:4]

Wahai orang-orang yang beriman
kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu
dan meneguhkan tapak pendirian kamu
Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir
maka kecelakaanlah bagi mereka
dan (Allah) mensia-siakan amal-amal mereka
Berlakunya yang demikian
kerana sesungguhnya mereka tidak menyukai apa yang diturunkan oleh Allah

lalu Allah menggugurkan amal-amal mereka

[Muhammad:7-9]

Dan orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya
merekalah pada sisi Tuhan mereka
seperti orang-orang “Siddiqiin”
dan orang-orang yang mati Syahid
mereka akan beroleh pahala dan cahaya orang-orang Siddiqiin
dan orang-orang yang mati syahid itu

dan orang yang kufur ingkar serta mendustakan ayat-ayat keterangan Kami
merekalah ahli neraka

[Al-Hadid:19]

------------

Dan (sungguh menghairankan) bagaimana mereka meminta keputusan hukum kepadamu
padahal di sisi mereka ada Kitab Taurat yang mengandungi hukum Allah

kemudian mereka berpaling pula sesudah itu?
Dan (sebenarnya) mereka itu bukanlah orang-orang yang beriman

[Al-Maidah:43]

Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah?
Padahal kepada orang-orang yang penuh keyakinan
tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah

[Al-Maidah:50]

orang-orang yang membantah mengenai maksud ayat-ayat Allah
dengan tidak ada sebarang bukti yang sampai kepada mereka

besar kebenciannya dan kemurkaannya di sisi hukum Allah
dan di sisi bawaan orang-orang yang beriman
Demikianlah Allah meteraikan atas hati tiap-tiap orang yang sombong takbur
lagi bermaharajalela pencerobohannya!

[Ghaffir:35]

Dan telah sempurnalah Kalimah Tuhanmu dengan benar dan adil
tiada sesiapa yang dapat mengubah sesuatupun dari Kalimah-kalimahNya
dan Dia lah yang sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui
Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi
nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah
tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata
dan mereka tidak lain hanyalah berdusta
.

[Al-An’am:115-116]
 
Back
Top
Log in Register