pubin
Banned
- Messages
- 6,448
- Joined
- Jul 8, 2011
- Messages
- 6,448
- Reaction score
- 51
- Points
- 70
DARI SINI:
STEP MENGAMALKAN QURAN
Matlamat: Mengamalkan keseluruhan perintah dan larangan di dalam al-Quran dalam tempoh 10-30 tahun
TUGASAN 3
Surah ketiga yang diturunkan adalah Surah Al-Muzzammil. Tema utama surah ini ialah untuk menyediakan diri bagi mendapatkan kekuatan melalui amalan solat malam, dan supaya kita boleh memahami mesej sebenar dan mematuhi ayat-ayat Allah.
Pada surah pertama Allah memerintahkan kita supaya membaca Al-Quran dan menetapkan iktikad kita pada arah yang betul. Pada kedua pula, Allah memerintahkan supaya tetap teguh ke atas apa yang telah kita pelajari daripada al-Quran. Jangan terpengaruh dengan pujuk rayu pendusta agama melalui kitab-kitab buatan mereka yang khusus dicipta untuk memesongkan kita daripada jalan yang lurus dan benar.
Pada peringkat ini Allah memerintahkan kita untuk "menguatkan dalaman" supaya kita mudah memahami dan memperolehi kekuatan untuk mengamalkan ayat-ayat Allah. Selainnya ialan penegasan kembali untuk tidak mengendahkan kepercayaan dan amalan Pendusta Agama, iaitu mereka yang berselisih dengan ayat-ayat Allah untuk bermazhab dan berpuak-puak. Allah juga telah mula mendorong kita untuk membangunkan dan menyucikan sistem keadilan dalam kehidupan kita. Seluruh kehidupan kita mestilah diseimbangkan agar menjadi adil.
Ringkasannya...
TUGASAN 1 (Al-Alaq)
Baca Quran, dan beriktikad menjadikan Al-Quran sebagai panduan utama
Baca Quran untuk patuh dan bersyukur kpd Allah, bukan selainnya
Bertiktikad untuk bergantung kepada Allah semata-mata
Bertiktikad untuk mencegah ketidakadilan, dan menegakkan sistem kehidupan yang adil dalam kehidupan kita
Bertiktikad untuk tidak melampaui batas perintah/larangan Allah
Bertiktikad untuk tidak mendusakan ayat Allah, buat hukum sesuka hati tanpa berpandukan Al-Quran
Bertiktikad untuk tidak bantah ayat Allah
TUGASAN 2 (Al-Qalam)
Perintah bersabar menetapkan diri pada jalan yang lurus
Tegakkan keadilan sejagat kerana Al-Quran itu peringatan untuk umat manusia seluruhnya
Jangan bertolak ansur, berlemah-lembut dan menurut tuntutan pendusta untuk memesongkan ketetapan Allah
Kesemua ini hendaklah diamalkan bersungguh-sungguh kerana pada peringat penurunan ayat ke 5, iaitu Surah al-Fatihah... kita seharusnya telah termasuk dalam kategori "pengabdian" 100% kepada Allah, iaitu berserah bulat-bulat kepada Allah.. dan agar pertolongan Allah datang dengan cepat. Kita telah bertaubat Nasuha, membaca al-Quran, beriktikad untuk patuh.. tidak mengendahkan pendusta agama dan bersungguh-sungguh melaksanakan perintah dan kebaikan.
Ini adalah amat penting kerana pada surah-surah selepasnya, ianya menjadi bertambah sukar untuk mengamalkan al-Quran. Oleh itu asasnya mestilah terlebih dahulu tetap teguh supaya kita tidak terjebak menjadi orang munafik yang sekadar berlakon tetapi tidak mengalami perasaan sebenar mengamalkan al-Quran.
(nota: mengikut cerita hadis ... Rasulullah menjalani semua ini selama 13 tahun untuk mencapai tahap "iqra" dan kerana tiada panduan daripada al-Quran. Baginda bersungguh-sungguh menekan nafsu, iaitu tidak makan, tidak tido, berseorangan dan beribadah dsbnya. Kita mungkin tidak memerlukan tahap ini kerana mempunyai "al-Quran" yang lengkap dipelihara oleh Allah. Kita hanya perlu mengamalkan bersungguh-sungguh dan patuh bulat-bulat mengikut panduan yang diberikan melalui al-Quran. Oleh itu tidak perlu risau bab "kenal diri" etc kerana segala urusan dikembalikan kepada Allah. Selanjutnya, tanpa Taubat Nasuha dan bulat-bulat mematuhi ayat Allah, segala ini adalah sia-sia - RUJUK SINI. Ini janji Allah.)
. . .
TUGASAN 3: Tugasan/Larangan yang terkandung di dalam Surah Al-Muzzammil:
Lakukan solat malam setiap malam untuk memperolehi kekuatan dan memahami ayat-ayat Al-Quran dengan sempurna.
Segala urusan kerja adalah pada siang hari, dan urusan bersama Allah pada waktu malam.
Bersungguh-sungguh mengikuti perintahNya dan tumpukan serta berserah bulat-bulat kepada Allah untuk menjaga segala urusan kita.
Fokus kepada ayat-ayat Allah dan jangan diendahkan kepercayaan dan amalan pendusta agama.
Lakukan segala perintah untuk melaksanakan kebaikan tetapi permudahkan, jangan dipersulitkan.
Surah Al-Muzzammil
Dah boleh faham dan beriktikad untuk amalkan yang ni bersungguh-sungguh.. baru sambung ke Surah Al-Muddathir. Jika tak sempurna lagi, jangan meneruskan kepada Surah Al-Muddathir.
Di atas tu point secara kasar. Kalau ada point lain yang tercicir.. boleh masukkan. Tapi kalau boleh, mudahkan.
STEP MENGAMALKAN QURAN
Matlamat: Mengamalkan keseluruhan perintah dan larangan di dalam al-Quran dalam tempoh 10-30 tahun
Tiada satu sebab pun Allah akan menyalahkan kita jika segala perintah/laranganNya telah kita patuh mengikut "bidang kuasa" manusia, dan dari sumbernya yang sebenar!
2.286 : Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.
Itulah ayat-ayat keterangan Allah
kami bacakan dia kepadamu dengan benar
Dan Allah tidak berkehendak melakukan kezaliman kepada sekalian makhlukNya
3.108
kami bacakan dia kepadamu dengan benar
Dan Allah tidak berkehendak melakukan kezaliman kepada sekalian makhlukNya
3.108
TUGASAN 3
Surah ketiga yang diturunkan adalah Surah Al-Muzzammil. Tema utama surah ini ialah untuk menyediakan diri bagi mendapatkan kekuatan melalui amalan solat malam, dan supaya kita boleh memahami mesej sebenar dan mematuhi ayat-ayat Allah.
Pada surah pertama Allah memerintahkan kita supaya membaca Al-Quran dan menetapkan iktikad kita pada arah yang betul. Pada kedua pula, Allah memerintahkan supaya tetap teguh ke atas apa yang telah kita pelajari daripada al-Quran. Jangan terpengaruh dengan pujuk rayu pendusta agama melalui kitab-kitab buatan mereka yang khusus dicipta untuk memesongkan kita daripada jalan yang lurus dan benar.
Pada peringkat ini Allah memerintahkan kita untuk "menguatkan dalaman" supaya kita mudah memahami dan memperolehi kekuatan untuk mengamalkan ayat-ayat Allah. Selainnya ialan penegasan kembali untuk tidak mengendahkan kepercayaan dan amalan Pendusta Agama, iaitu mereka yang berselisih dengan ayat-ayat Allah untuk bermazhab dan berpuak-puak. Allah juga telah mula mendorong kita untuk membangunkan dan menyucikan sistem keadilan dalam kehidupan kita. Seluruh kehidupan kita mestilah diseimbangkan agar menjadi adil.
Ringkasannya...
TUGASAN 1 (Al-Alaq)
TUGASAN 2 (Al-Qalam)
Kesemua ini hendaklah diamalkan bersungguh-sungguh kerana pada peringat penurunan ayat ke 5, iaitu Surah al-Fatihah... kita seharusnya telah termasuk dalam kategori "pengabdian" 100% kepada Allah, iaitu berserah bulat-bulat kepada Allah.. dan agar pertolongan Allah datang dengan cepat. Kita telah bertaubat Nasuha, membaca al-Quran, beriktikad untuk patuh.. tidak mengendahkan pendusta agama dan bersungguh-sungguh melaksanakan perintah dan kebaikan.
Ini adalah amat penting kerana pada surah-surah selepasnya, ianya menjadi bertambah sukar untuk mengamalkan al-Quran. Oleh itu asasnya mestilah terlebih dahulu tetap teguh supaya kita tidak terjebak menjadi orang munafik yang sekadar berlakon tetapi tidak mengalami perasaan sebenar mengamalkan al-Quran.
(nota: mengikut cerita hadis ... Rasulullah menjalani semua ini selama 13 tahun untuk mencapai tahap "iqra" dan kerana tiada panduan daripada al-Quran. Baginda bersungguh-sungguh menekan nafsu, iaitu tidak makan, tidak tido, berseorangan dan beribadah dsbnya. Kita mungkin tidak memerlukan tahap ini kerana mempunyai "al-Quran" yang lengkap dipelihara oleh Allah. Kita hanya perlu mengamalkan bersungguh-sungguh dan patuh bulat-bulat mengikut panduan yang diberikan melalui al-Quran. Oleh itu tidak perlu risau bab "kenal diri" etc kerana segala urusan dikembalikan kepada Allah. Selanjutnya, tanpa Taubat Nasuha dan bulat-bulat mematuhi ayat Allah, segala ini adalah sia-sia - RUJUK SINI. Ini janji Allah.)
. . .
TUGASAN 3: Tugasan/Larangan yang terkandung di dalam Surah Al-Muzzammil:
Surah Al-Muzzammil
BAHAGIAN 1: PERSEDIAAN DIRI UNTUK MEMAHAMI AL-QURAN DAN MENDAPATKAN KEKUATAN DALAM UNTUK TETAP PADA PERINGATAN ALLAH
Wahai orang yang berselimut!.
Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (untuk berehat)
Iaitu separuh dari waktu malam
atau kurangkan sedikit dari separuh itu
Ataupun lebihkan daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan “Tartil”.
Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu yang berat
Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya
dan lebih tetap betul bacaannya
BAHAGIAN 2: BERSERAH BULAT-BULAT KEPADA ALLAH DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH MEMATUHI PERINTAH ALLAH
kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya;
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu
serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan
Dia lah Tuhan yang menguasai timur dan barat; tiada Tuhan melainkan Dia
maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu
BAHAGIAN 3: FOKUS KEPADA AL-QURAN DAN JANGAN DIENDAHKAN PENDUSTA AGAMA YANG SENTIASA MEMESONGKAN FAKTA DAN SYARIAT ALLAH SESUKA HATI
Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu)
dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik
Dan biarkanlah Aku sahaja membalas orang-orang yang mendustakan itu
orang-orang yang berada dalam kemewahan
dan berilah tempoh kepada mereka sedikit masa
Kerana sesungguhnya di sisi Kami disediakan belenggu-belenggu
dan neraka yang menjulang-julang
Serta makanan yang menjadikan pemakannya tercekik
dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya
Pada hari bumi dan gunung-ganang bergoncang
dan menjadilah gunung-ganang itu timbunan pasir yang mudah bersepah
Sesungguhnya Kami telah mengutus kepada kamu, seorang Rasul yang menjadi saksi terhadap kamu
sebagaimana Kami telah mengutus kepada Firaun seorang Rasul
Maka Firaun menderhaka kepada Rasul itu
lalu Kami menyeksakannya dengan azab seksa yang seberat-beratnya
Maka bagaimana kamu dapat menjaga dan menyelamatkan diri kamu kalau kamu kufur ingkar?
Pada hari yang huru-haranya menyebabkan kanak-kanak menjadi tua beruban?
Langit akan pecah belah dengan sebab kedahsyatan hari itu
Janji Allah adalah perkara yang tetap dilakukanNya
Sesungguhnya (keterangan) ini menjadi peringatan
oleh itu sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya dapatlah ia mengambil jalan yang membawa kepada Tuhannya
BAHAGIAN 4: MASA UNTUK SOLAT MALAM
Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang)
selama kurang dari dua pertiga malam
dan selama satu perduanya
dan selama satu pertiganya
dan segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu
padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang
Ia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu
BAHAGIAN 5: LALUKAN KEBAIKAN TETAPI PERMUDAHKAN, JANGAN DIPERSULITKAN
lalu Ia menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu
oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran
Ia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit
dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah
dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah
Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran
dan dirikanlah sembahyang (matlamatnya utk membangunkan sistem cara hidup (ad-deen) yang seimbang dan adil)
serta berikanlah zakat (matlamatnya utk menyucikan sistem cara hidup (ad-deen) agar seimbang dan adil)
dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas)Dan mintalah ampun kepada Allah
Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu
tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah
sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya
sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani

Last edited: