BTC USD 76,485.3 Gold USD 4,341.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

APA ITU FATWA?

Megat Al Fateh

Active Member
Messages
1,807
Joined
May 6, 2019
Messages
1,807
Reaction score
960
Points
81
1. Apa itu Fatwa ?

Definisi Fatwa ( Bahasa ) Pada bahasa , ia diambil daripada afta – ifta'an yang memberi maksud menjelas dan menghuraikan hukum permasalahan .

Definisi Fatwa ( Istilah ) Pada istilahnya pula , fatwa mempunyai pelbagai definisi antaranya : - Fatwa adalah sebagai jawapan yang dibuat oleh Mufti pada perkara yang berlaku apabila diajukan soalan kepadanya . - Fatwa ialah mengkhabarkan hukum Allah SWT sama ada pada yang mesti atau harus.
2 . Berapa ramai Mufti di seluruh Malaysia ?
Jumlah Mufti di Malaysia ialah seramai 14 orang , iaitu setiap negeri mempunyai seorang Mufti .
3 . Siapakah yang terlibat dalam Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang?
a ) Mufti , sebagai Pengerusi ;
b ) Timbalan Mufti;
c ) Dua orang anggota Majlis yang dinamakan oleh Majlis;
d ) Tidak kurang daripada dua orang dan tidak lebih daripada tujuh orang yang layak dan sesuai ,
yang dilantik oleh Mufti ; dan
e ) Seorang pegawai dari Jabatan Mufti sebagai setiausaha .
4 . Apakah proses – proses bagi mewartakan , berpandukan kepada peraturan yang sedia ada ?
Antara proses-prosesnya adalah seperti berikut:
i) Penyediaan Kertas Kerja: Setiausaha Jawatankuasa Fatwa menyediakan kertas kerja setelah kajian dan penyelidikan dijalankan (berdasarkan permohonan pihak-pihak yang memerlukan fatwa berkaitan hukum syara' sama ada daripada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Zakat Pulau Pinang, Mahkamah Syariah Negeri Pulau Pinang, Jabatan-jabatan Kerajaan/Swasta, Orang Awam dan lain-lain.)
ii) Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang: S.S Mufti memanggil suatu Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Fatwa bagi membincangkan persoalan-persoalan yang memerlukan sesuatu fatwa.
iii) Keputusan Fatwa: Setelah Jawatankuasa Fatwa meneliti pembentangan kertas permohonan fatwa, dalil-dalil, pandangan ulama'/fuqaha',hasil kajian/siasatan/pendapat pakar, keputussan akan dibuat. Jika memerlukan siasatan/kajian lanjut tiada keputusan fatwa dikeluarkan dan ditangguh kepada sesi mesyuarat seterusnya. Mesyuarat turut memutuskan sama ada keputusan yang dibuat adalah sebagai fatwa (diwartakan) atau sebagai irsyad hukum sahaja (tidak diwartakan).
iv) Laporan Minit Mesyuarat: Keputusan mesyuarat yang lalu dibentang semula untuk makluman dan semakan semula ahli mesyuarat serta meneliti sighah fatwa sebelum proses pewartaan dilaksanakan
v) Semakan Sighah Fatwa Oleh Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri: Keputusan yang perlu difatwa dan diwartakan akan dihantar ke Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri bagi tujuan semakan deraf sighah fatwa yang akan diwartakan agar menepati kehendak undang-undang.
vi) Fatwa Dihantar Kepada Yang di – Pertuan Agong: Draf sighah fatwa yang telah dimuktamadkan dihantar kepada Yang DiPertuan Agong unutk mendapat perkenannya bagi penyiaran fatwa sebagai Warta melalui Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang
vii) Fatwa Yang Telah Diperkenankan Yang Deprtuan Agong: Fatwa yang telah diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri dan hendaklah disiarkan dalam Warta

SUMBER
 
kan dah kata, rokok tu antara pnyumbang ekonomi negara... setahun tu dah brapa biliun cukai dapat kutip. rokok saja. belum arak lg
KJ masa jadi menteri kesihatan ada jawab soal ni

aku puas hatilah dengan jawapan dia tu, sbb dia bagi dari sudut pandang kerajaan yang menjaga kebajikan rakyat..

mcm mana tu?

Hospital / Kesihatan individu ni adalah tanggungjawab sendiri, tapi kerajaan dah berusaha untuk memberikan khidmat terbaik untuk rakyat

Setiap tahun CUKAI ROKOK dikumpul adalah bernilai RM 3 BILLION, tapi KOS untuk kerajaan tanggung pesakit KANSER paru2 atau berkaitan rokok di HOSPITAL KERAJAAN NI adalah RM6 BILLION.. tak cukup 50% dan kena pakai duit lain yang boleh digunakan untuk tujuan pembangunan masyarakat dan negara yang lain.. rugi kan?

begitu juga dengan arak, cukai dikutip tak banyak
mana bila nak banding dengan kos rawatan sakit dari peminum arak ni, contoh sirosis hati.. tu belum kes org yg mati kena langgar dgn pemabuk ni

Para perokok ni sebenarnya tak boleh nak berlagak bangga konon dia sumbang duit ke negara pun, tak cukup sebenarnya.. lagi pun dia yang sebab kan kes second hand smoker dekat org sekeliling dia.. bila orang yang tak merokok ni sakit dan pergi ke hospital, gomen yg kena tanggung kos ni semua.. padahal hasil negara takdelah banyak mana pun..

tu belum masuk ke rokok seludup.. jadi makin banyak perokok dan makin banyak org sakit, tapi kutipan dana nak ubatkan perokok dan mangsa asap rokok ni berkurangan.. benda ni yg banyak org tak nampak dan terus main persepsi sempit tu..
 
Back
Top
Log in Register