diaorang buat eta ni untuk rollingla bro. sebab tu diaorang kena stok penimbal.
bila diaorang kata kuota 10kilo, dalam tangan diaorang biasanya ada 30kilo.
ni contohla.
999.9/916 x 10,000gram 999.9 x 98% (2% upah kilang) = 10,698gram 916.
999.9 harga mks RM136/gram. kalau ambik banyak mmg ada diskaun dgn diaorang. tapi ada syaratlah. DEPB aku tgk syarat ada folo. katalah diskaun dalam 3%. jadi RM136/gram x 97% = RM131.92/gram.
maknanya nya, 10kg 999.9, tukar ke 916, kos jadi RM123.32/gram. harga market, katalah RM135/gram barang kemas, diaorang buang harga jadi RM129/gram, jual offline. kat sini, dah ada untung RM5.68/gram. 10kg?
mesti korang fikir, boleh ke diaorang nak rolling dalam masa sebulan? boleh ke?
katalah, rantai paling ringan, 10gram. jadi, 10kg/10gram = seribu rantai nak jual. 1000/30 hari kerja = 33rantai nak kena jual sehari. hmmm. cam susah jee. cam payaahhh je.
jadi, korang fikir balik.
1)diaorang buang harga, dari harga market.
2)bukan setakat 1 kedai. mungkin ada 10,20,30 kedai.
3)kena plak, ada terminal cc yang boleh swipe 10% interest. kena pandai racun, siap cakap lagi, alaaa kak. ambik 2 utasla kak. 2 utans baru RM2,580. swipe cc 0% interest, baru RM215/sebulan. sehari, RM7. abang beli rokok sehari pun dah RM12. dengan segala racun roundup apa bagai.
jadi, dengan semua faktor diatas, korang rasa susah tak nak jual? apaaa!!!!!! masih susah? takpe. masih ada solution. emas yang korang ada dalam 30kilo awal2 tu, ambik jelah 10kilo kasi kat buyer eta tu. astu, combine lak dgn skill lain, 10bulanla, ar-rahun lagilah. motifnya sekarang, nak gandakan emas. duit kemudian.
jadi, kalau harga emas turun, akan terus tambah. sebabnya, mudah. weighted average. kira macam unit trust jugalah lebih kurang.
segala nombor hanya ilusi dan ilustrasi semata mata. risiko tanggung sendiri.

)

)