Atie Yolanda
Active Member
- Messages
- 1,760
- Joined
- Aug 6, 2010
- Messages
- 1,760
- Reaction score
- 18
- Points
- 30
OK, absorber mounting (AM) tu dah tukar kan. Kira ok jugalah. Guna benda ni ialah sebagai pemegang absorber. Ada getah atau bus dan ada spring. Kalau benda ni dah mati kompom bunyi. Tapi absorber masih berfungsi dengan baik. Jaranglah ada jual berasingan kecuali tukar satu set. Kesan ketara bila kehausan tayar tidak sekata atau berselang-seli, tapi pomen pun tertipu kalau absorber juga mati.
Simptom lain tayar masih berbunyi walau sudah macam2 dibuat. Kalau bunyi ketika jalan lurus. Boleh jadi drive shaft angkang kena tukar satu set. Kalau bunyi ketika jalan sambil membelok sahaja itu maknanya kepala drive shaft sahaja perlu tukar, pastikan bilangan keluk-keluk kepala darive shaft sama dengan batang rod ada jenis 19 keluk dan ada 20 keluk.
Tetapi kalau masa kereta berhenti atau parking, cuba pulas stering keta kiri-kanan, kalau ada bunyi maknanya kena tukar Lower Arm....
Jangan lupa cek bearing roda, kalau selalu panjat devider masa buat parking haram juga berbunyi. Cara nak cek tekan tayar dengan kaki atau kedua-dua tangan, bahagian atas tayar tolak ke dalam kalau ada selisih atau bunyi pergerakan, bearing dah rosak kalau tak teruk sangat pakai saja dulu sampai teruk baru tukar.
....
bunyi cuma keluar bila berada dijalan lurus jek.. bengkok2 tu ok jek..
drive shaft tu cmna pulak? maaf lah ye..
Last edited:
