hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 26,239
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 26,239
- Reaction score
- 1,659
- Points
- 201
PEMANGGILAN SEMULA (PRODUCT RECALL) Siri 1/2024.
Pemanggilan Semula atau Product Recall secara umumnya merupakan suatu aktiviti bagi memanggil semula sejumlah produk oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan atau kecacatan kepada produk tersebut yang mungkin meningkatkan risiko keselamatan kepada pengguna.
Kaedah pelaksanaan Pemanggilan Semula ini dilaksanakan melalui pemakluman kepada pemilik sama ada melalui panggilan telefon, sistem pesanan ringkas, surat-menyurat rasmi, hebahan di media massa dan sebagainya.
Bagi pemilik kenderaan yang telah mendapat notifikasi Pemanggilan Semula, anda hendaklah memberikan kerjasama dengan mematuhi prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak pengeluar kenderaan sama ada perlu membuat temu janji terlebih dahulu atau mematuhi jadual giliran yang telah ditetapkan.
Ini bagi mengelakkan kesesakan di pusat-pusat servis dan bagi memastikan jumlah alat ganti yang dibekalkan bagi proses penggantian komponen pada hari tersebut adalah mencukupi.
Kos penukaran alat ganti bagi kenderaan yang terlibat dalam aktiviti Pemanggilan Semula ini adalah percuma dan ditanggung sepenuhnya oleh pihak pengeluar kenderaan.
Pihak pengeluar kenderaan telah melaksanakan tugas mereka untuk memaklumkan anda dan mereka bersedia menanggung sepenuhnya kos penukaran alat ganti, kini terpulang kepada anda untuk melaksanakan peranan dan hak anda sebagai pengguna.
Kredit