kawe78
Active Member
- Messages
- 1,487
- Joined
- Feb 15, 2006
- Messages
- 1,487
- Reaction score
- 4
- Points
- 25
sbb tak pernah pimpin negara la kena tunjuk contoh yg baik. kalo tak susah nak menang. maksud aku bukan tunjuk contoh yg baik kat masyarakat islam je, kena jgk tunjuk gak teladan yg baik kat bukan islam.
Cuba bayangkan kalo masjid kita penuh gn org islam solat 5 waktu sehari berjemaah kat masjid. Apa padangan org bukan islam kalo tgk mcm tu? Mesti mrk gerun kan? jd IFC pun takkan wujud sbb takut gn perpaduan kita. Tp tgk la skrg, selamba2 je bukan islam mencampuri urusan agama kita.
Tp skrg tgk la mcm mana. PAS ada gak bersuara menentang IFC tp UMNO masih berdolak dalih lg. Pak Lah gagal sama sekali menutup mulut IFC ni. mungkin takut kehilangan pengundi bukan islam.
Dan kalo korang perasan, yg kuat mengerakkan IFC ni adalah mrk yg beragama hindu. malah masa kes pendaki everest tu tgk la mcm mana sammy vellu pun cuba masuk campur.
tp masa kes nyonya tahir ari tu, kaum cina takder la melampau sgt mcm org hindu.mrk bawa kes tu ke mahkamah syariah. tp kes pendaki everst tu, balu dia sampai pertikai kan mahkamah syariah kita.
Dan dr kwn aku yg india muslim, dia ckp org hindu pantang kalo ada famili mrk bertukar agama, lagi2 masuk ISLAM. bunuh anak sendiri pun mrk sanggup kalo anak mrk masuk ISLAM.
Org Cina plg koman pun masam muka je.
Maaf, bukan nak bawa masuk isu perkauman kat sini. tp IFc yg mulakan dulu.
Post aku bukan nak backing UMNO dan kutuk PAS. sekadar menjawap soalan.
Ni jawapan aku. Pemuda PAS dah tahu ramai anak melayu masuk disko buat maksiat tp pemuda PAS buat apa? tahu kutuk je ke? huhu...sia2 je dpt dosa kering. Adakah ceramah mengutuk UMNO lg penting dr pergi ke disko dan bg tarbiah kat remaja2 melayu. PAS ckp maksiat banyak sbb UMNO perintah. Jd kenapa PAS tidak amik inisiatif utk membendungnya? takkan nak salahkan UMNO gak?ala...UMNO kan sekular. jd tak usah la megharapkan UMNO nak membendung maksiat ni. PAS patut amik insiatif. aku suka ari tu masa merdeka thn lepas, PAS KL buat tarbiah kat couple2 yg berdating mlm2 kat KLCC masa mlm merdeka. ha...mcm tu la bagus![]()
Yg ni lg best kalo nak jwp. Aku selalu la gak g HKL tu. Tau tak disebabkan parking tu free dulu, ramai yg amik kesempatan parking keta situ walaupun mrk bukan nak g HKL pun. ramai yg btul2 sakit nak HKL terpaksa parking luar sbb tmpt parking org lain amik. jd dia buat mcm tu utk mengelakkan org ramai salah guna tempat tu. tujuan HKL tu bagus jd usah la pertikaikan.
Huhu.....ni lg best jwp. andai kata PAS memerintah, boleh kah guna duit zakat buat subsidi minyak? dlm ISLAM ada ke konsep subsidi? Subsidi utk minyak? Lawak2. dah la tu,yg pakai kereta tu maksudnya ber wang la.takkan nak bg subsidi kat org yg pakai keta sedangkan ramai lg yg perlukan duit tu utk makan. rasanya dlm islam tu pun ada konsep bersederhana.Kalo bg subsidi minya, tu umpama bg duit kat org yg tak layak sebenarnya.utk pengetahuan, harga minyak kita masih diberi subsidi. tau kan subsidi?maksudnya duit yg sepatutnya bg kat anak2 yatim dan org miskin dah digunakan utk menampung duit minyak org2 yg guna keta sedangkan yg guna keta bukan miskin pun. sepatutnya subsidi minyak di hapuskan!!!
Isu tol lg best. dlm islam ada hak pembeli dan penjual. Hak penjual adalah penjual berhak menentukan harga barangan dia. dan hak pembeli pula suka ati la nak beli ke tak. Kalo tak setuju dgn harga penjual, maka jgn beli. malah ustaz aku ckp, tawar menawar pun tidak di galakkan dlm ISLAM. maka ada pun rege tol naik, lantak depa la sbb jln tu syarikat tu yg buat. kita kalo tak mau, jgn la guna tol tu. maaf kalo ada yg tersinggung.
Knp tak tegur bro?knp tak panggil ahli2 PAS tegur ahli2 UMNO ni. kenapa membiarkan kemungkaran di depan mata? nnt kat padang masyhar nak jawap apa, sbb membiarkan saudara se islam membuat mungkar.
Bro..kat padang masyhar nnt perkara apa yg mula2 ditanya? Solat kan? kalo solat tak cukup, undi PAS ka, undi UMNO ka, pahala yg seterusnya takkan dikira. bukan aku ckp, tp Rasullullah yg ckp.
Adakah dgn melaksanakan hudud, kompom kita masuk syurga? aku cuma harap yg pemimpim PAS dpt menekan kepetingan solat jemaah. bukan masa ceramah je baru penuh masjid!!!
Aku minta maaf, mungkin ramai yg tersinggung. Nak negara ISLAM tp hidup kita dan keluarga kita dah ikut islam ke? solat kat masjid secara berjemaah cukup ke 5 waktu bg lelaki? ada hadis mengatakan yg Rasullullah nak bakar rumah2 org islam yg tak solat jemaah kat masjid.
kelaka tak? bila time solat 5 waktu, tak pulak kita g jemaah kat masjid, tp bila ada ceramah politik kat masjid, penuh plak masjid tu sbb ada MAT LABU.
APA? ingat MAT LABU tu lebih besar ke dr ALLAH SWT?bila azan berkumandang tak mau plak g jemaah kat masjid, dgr mat labu dtg, laju je ke masjid. Ni ke peragai2 org ISLAM yg kononnya nak tubuhkan negara ISLAM?
bukan kah ALLAH pernah berjanji, mrk2 yg brjuang ke jln ALLAH dan mengikuti jln ALLAH yg sebenar2nya maka ALLAH akan bg kemenangan kpd mrk. tp knp PAS tak menang2 lg? hanya ALLAH saja mengetahuinya.
Maaf lg sekali, bukan aku tak suka PAS tubuhkan negara islam. aku suka sgt tp sblm tu kita sbg ahli2 PAS cuba2 la perbaiki diri dan keluarga kita dahulu sblm mengutuk kerajaan.
Tulisan2 aku jawap tu bukan la nak backup UMNO k. cuma nak pebetulkn pandangan kita sbb kita begitu beria2 nak negara ISLAM. jd pemikiran kita pun kena la cara ISLAM.
dan lagi satu, PAS dan ahlinya gagal meyakinkan org ramai.yg org ramai nampak skrg, PAS cuma pandai amik kesempatan. tgk je la tulisan2 penyokong2 PAS dlm thread ni. tak der isu, cuma amik kesempatan atas kelemahan UMNO.
PAS kena tunjukkan yg mrk kuat tanpa perlu mengambil kesempatan atas kesilapan UMNO. takkan nak guna taktik mcm UMNO gak? UMNO kan sekular jd biar je la UMNO guna taktik mengambil kesempatan, PAS tak usah la ikut.
Yakin kat ALLAH, insyaALLAH menang. lg satu, tak usah la berkerjasama gn DAP dan PKR. matlamat kedua2 parti tu mcm HARAM!!!![]()
Jd kesimpulannya, aku suka gn UMNO dan PAS. hehe...kan elok kalo mrk bleh kahwin. ala...apa salahnya kahwin, PAS bleh je terima DAP yg terang2 menolak negara ISLAM takkan UMNO yg seagama dan sebangsa ni tak dpt terima.
Andai berlaku perkahwinan UMNO dan PAS, maka bahagia dan bertambah kuat la ISLAM kat Malaysia. tp syg PAS lebih rela berkahwin gn DAP, manakala UMNO plak takut gn PAS.
Hai...tak tau knp bila dgr ceramah imam tabligh kat masjid sri petaling rasa sejuk je tp bila dgr ceramah imam PAS rasa panas je.mugkin itu beza antara imam PAS dan imam Tabligh.
nak tau apa beza imam PAS dan imam tabligh? cuba tanya soalan ni kat mrk
korang leh agakkan jawapan imam PAS? jwpn mrk, jgn undi UMNO. dah jd satu keje plak org mengundi PAS bukan sbb nak negara islam tp sbb nak rege minyak gn tol turun? apa ni? sesat ka? nampak tak matlamat sesetengah pemimpim dan ahli PAS dah lain. matlamat dah tak btul, mana ALLAH nak tlg.
terima kasih bro kerna bagi komen...
persoalan yg ingin aku bangkitkan kat sini adalah,
kenapa hanya kerana marahkan nyamuk, kelabu nak dibakarkn?
kenapa nak dikorbankan kebajikan masyarakat ramai, yg betul2 perlukan kemudahan tu, disamping terpikul dgn bebanan sara hidup skrg?
nape tak cari alternatif yang lebih baik utk kepentingan umum?
cthnya bagi mereka yg tul2 masuk prking ke baru kena bayar(jaga tmpat pintu masuk parking yg disediakn)
tak pun bg mereka yg betul2 mendapat rawatan, dicopkan pada tiket parking utk percuma ke atau bayaran per'entry' ke(kalau tul2 kerajaan ikhlas nak bantu la tu) so ngan cara ini aku rasa leh elakkn org luar dr parking sesuka hati kat hkl
dan kebetulan pada hari aku ke hkl tempoh hari, kesian aku tgk sorg pakcik, keta dia terhalang oleh keta org lain, sbb masing parking ikut suka janji dpt parking.. sbb ape sbb parking tak mengcukupi, bayar tetap kena bayar dah....
tah la aku pun tak tahu lagi nak cakap....aku bukannya taksub sangt ngan politik nih. tapi bila dah kepentingan ramai terabai nie nak gak sekali sekala bersuara
