BTC USD 48,876.4 Gold USD 1,783.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar yakin dasar Pakatan Rakyat

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
SHAH ALAM - Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dasar bersama Pakatan Rakyat (PR) yang dimeterai pada Konvensyen PR yang pertama semalam adalah sejarah baru di negara ini.

Beliau berkata, dasar bersama tersebut membuktikan pandangan banyak pihak terutama Barisan Nasional (BN) bahawa gabungan pakatan pembangkang rapuh adalah silap sama sekali.

Katanya, dasar tersebut yang mengutamakan nasib rakyat tidak kira agama dan kaum lebih jelas daripada dasar yang dilaksanakan BN yang diterajui UMNO.

“BN tidak mampu dan tidak akan buat dasar sebagaimana yang kita buat pada hari ini. Kita ada dasar jelas yang amat berbeza dengan BN. Kita berpendapat suara rakyat tidak kira dari atas hinggalah paling bawah adalah suara sebenar dan kita perlu ikut.

“Sebagai contoh, dasar bahasa kita jelas, ia adalah kesinambungan kepada Perlembagaan Negara, iaitu bahasa Kebangsaan adalah Bahasa Melayu selain bahasa Cina dan Tamil dijamin,” katanya ketika menyampaikan ucapan penutup pada Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama di sini, semalam.

Selain itu, Anwar juga mencabar orang Melayu agar berani bersaing dengan kaum-kaum lain.

“Ada rakan-rakan berkata kepada saya bahawa Melayu masih belum bersedia untuk menolak Dasar Ekonomi Baru (DEB). Tetapi yang lebih teruk dan memalukan, ada Melayu rasuah sehingga makan berbilion ringgit,” katanya.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut memberi peringatan kepada semua ahli PR agar tidak terpengaruh dengan konsep 1Malaysia kerana konsep tersebut mempunyai maksud yang tersembunyi.

“Biarlah apa pun yang dibawa oleh UMNO/BN, tetapi hasilnya tetap sama iaitu melindungi kelompok rasuah.

“Untuk pengetahuan, kerajaan kita mendapatkan nasihat dari 20 syarikat ternama seluruh dunia untuk menjadikan 1Malaysia manis didengar,” katanya.

Katanya, dengan dasar baru ini, PR mempunyai rujukan bersama dan sudah tentu musuh utama yang perlu dihapuskan dahulu adalah rasuah yang telah menelan RM28 bilion wang rakyat setiap tahun.

“Kita akan lawan rasuah habis-habisan, kita tidak benarkan rasuah membiak dalam PR,” katanya.

Konvensyen itu dihadiri lebih 1,500 perwakilan serta Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa.

Konvensyen PR ini diadakan bertujuan merangka polisi bersama dan melancarkan logo baru PR yang akan digunakan pada pilihan raya umum akan datang.
 
Sponsored Post

qba437

CG Top Poster Club
Messages
32,537
Joined
Oct 20, 2008
Messages
32,537
Reaction score
92
Points
120
aku plak tak berapa yakin dengan Anwar
 

ceria28

Legendary Member
Messages
11,902
Joined
Mar 13, 2007
Messages
11,902
Reaction score
109
Points
123
aku plak tak berapa yakin dengan Anwar

jadi dgn siapa yg nko yakin?

Kadang2 aku terfikir juga mcm mana negara kita jika tukar pemerintah? Adakah lebih baik dari sekarang atau sebaliknya? Jika tak diberi peluang tentu kita tak tahu.
 

qba437

CG Top Poster Club
Messages
32,537
Joined
Oct 20, 2008
Messages
32,537
Reaction score
92
Points
120
jadi dgn siapa yg nko yakin?

Kadang2 aku terfikir juga mcm mana negara kita jika tukar pemerintah? Adakah lebih baik dari sekarang atau sebaliknya? Jika tak diberi peluang tentu kita tak tahu.

anwar belum pernah teruji..jadi biasa la ada yang kurang yakin..lagi pun anwar bukan nabi..bukan ulama..kalu TGHH atau TGNA..aku yakin laa..
 

kuhik

CG Top Poster Club
Messages
39,519
Paid Membership
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
anwar belum pernah teruji..jadi biasa la ada yang kurang yakin..lagi pun anwar bukan nabi..bukan ulama..kalu TGHH atau TGNA..aku yakin laa..

well, even Nabi pun tak semua yang yakin kepada baginda. orang yang yakin biasanya ialah orang yang percaya :)
 

adifaza

Active+ Member
Messages
3,153
Joined
Sep 20, 2006
Messages
3,153
Reaction score
4
Points
25
bak kata tok guru hadi awang...

Dahulukan yang telah disepakati, jangan lihat pada perbezaan. :)

sedikit demi sedikit, perbezaan itu akan kita jumpai titik persamaannya. Islam adalah agama untuk semua orang. Islam agama bertoleransi. tak perlu takut pada Islam pun. satu persamaan agama Islam dengan agama2 lain iaitu tuhan itu SATU. biarpun agama lain ada jadikan patung ke, apa ke sebagai perantara tuhan, tapi diorang tetap mengaku bahawa tuhan ada SATU.

InsyaAllah, aku yakin dengan pakatan rakyat nih. pada aku, PAS masih relevan bersama pakatan rakyat. takbirr..!
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register