BTC USD 62,626.1 Gold USD 4,442.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar: MP BN lompat seperti dirancang

dragons

Super Active Member
Messages
7,611
Joined
Nov 5, 2007
Messages
7,611
Reaction score
1
Points
65
Anwar: MP BN lompat seperti dirancang
Jun 8, 08 2:45pm
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tarikh ahli Parliman (MP) Barisan Nasional (BN) menyertai Pakatan Rakyat kekal sepertimana yang dirancangkan pada pada 16 September depan.

Pakatan Rakyat memerlukan sokongan 30 ahli Parlimen BN untuk mengambil alih kerajaan pusat.

Beliau bagaimanapun enggan memberi butir-butir lanjut mengenai jumlah ahli Parlimen BN terbabit "atas sebab-sebab keselamatan mereka".

Anwar juga mengakui telah menemui sebahagian daripada mereka di Sabah, ketika dalam perjalanan ke Filipina semalam.

update!

"Beberapa MP BN jumpa saya di Manila" Anwar
Oleh Mstar
Isnin, 09 Jun 2008
KL: Selepas tiga bulan pilihan raya umum ke-12 berlalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini mengetuai Pakatan Rakyat, masih yakin berupaya untuk menubuhkan kerajaan baru di peringkat persekutuan sebagaimana diumumkan beliau Mac lalu?

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu nampak 'amat yakin' apabila beberapa kali membayangi kemungkinan tersebut pada majlis Malam Karyawan II di Shah Alam, Selangor malam tadi.

Misalnya, dalam ucapannya beliau berkata, pembaharuan-pembaharuan yang dibawa oleh kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat sekarang adalah bersifat sementara waktu sebelum mencapai impian menubuhkan kerajaan di peringkat persekutuan - membawa maksud akan membawa lebih banyak pembaharuan apabila mendapat kuasa memerintah negara.

Majlis itu diadakan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor. Anwar berucap sebagai tetamu kehormat.

Tengah hari tadi pada sidang media di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dekat sini, Anwar berkata, tarikh 16 September yang disasarkan untuk wakil rakyat BN melompat ke Pakatan Rakyat masih kekal.

Anwar berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin BN di Manila kelmarin dan Sabah semalam.

"Saya telah dijemput ke Manila untuk memberikan syarahan dan beberapa orang (wakil rakyat BN) telah menemui saya," kata beliau selepas mesyuarat Majlis Tertinggi PKR di sini.

Ketika ditanya mengenai bilangan Ahli Parlimen yang akan melompat parti, Anwar yang dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno 10 tahun yang lalu berkata, beliau tidak dapat mendedahkan maklumat mengenainya.

"Saya tidak boleh memberikan butiran (lanjut) mengenai mereka yang ingin melompat demi keselamatan mereka," kata beliau.

Kata beliau, perbincangan masih diadakan dengan pelbagai pihak.

Dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, barisan pembangkang yang menyaingi BN di bawah ikatan yang longgar memperoleh 82 kerusi Parlimen berbanding 140 kerusi bagi BN.

Dua minggu selepas pengundian barisan pembangkang menubuhkan Pakatan Rakyat dan Anwar meletakkan sasaran untuk menubuhkan kerajaan persekutuan dengan menarik sekurang-kurangnya 30 Ahli Parlimen BN menjelang 16 September ini.

Desas-desus menyebut beberapa Ahli Parlimen Sabah akan menyertai Pakatan Rakyat dengan beberapa wakil rakyat mendakwa telah ditawarkan sejumlah wang sebagai ganjaran.

Pada sidang akhbar itu juga Anwar memberitahu bahawa beliau kini bersedia untuk bertanding dalam sebarang pilihan raya kecil setelah mendapat kelulusan daripada Pendaftar Persatuan bagi berbuat demikian.

"Saya telah pun menerima surat daripada Pendaftar Pertubuhan, nasihat daripada peguam saya, kami tidak memerlukan surat daripada AG (Peguam Negara), surat daripada Pendaftar Pertubuhan sudah cukup," katanya.

Anwar kembali aktif dalam politik mulai 15 April lepas, setelah berakhirnya tempoh larangan selama lima tahun baginya berbuat demikian berikutan pensabitan mahkamah terhadapnya atas kesalahan rasuah.

Anwar berkata, beliau sanggup bertanding sekiranya ada mana-mana Ahli Parlimen PKR memberikan laluan bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan tahun ini juga.


Beliau memberitahu pemberita demikian di ibu pejabat PKR di Tropicana, Kuala Lumpur.
 
Last edited:
bagus lah tu...jgn x jadi sudah
hati aku meluap2 sgt dh ni..
 
semua org yg vote pakatan rakyat dan atas pagar skang semua tgk meluap2 ni bukan ko sorang je..hanya puak2 zionis BN sbb makan duit haram je yg rileks..tak tau la aku lepas dah naik harga minyak ni diorang still cool je..so faham2 je la..
 
lambat lg tu..sempat Pl nek minyak seround lg
 
mungkinkah ini akan terjadi? susah gak aku nak yakin dengan keadaan ni?
 
Anwar: MP BN lompat seperti dirancang
Jun 8, 08 2:45pm
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tarikh ahli Parliman (MP) Barisan Nasional (BN) menyertai Pakatan Rakyat kekal sepertimana yang dirancangkan pada pada 16 September depan.

Pakatan Rakyat memerlukan sokongan 30 ahli Parlimen BN untuk mengambil alih kerajaan pusat.

Beliau bagaimanapun enggan memberi butir-butir lanjut mengenai jumlah ahli Parlimen BN terbabit "atas sebab-sebab keselamatan mereka".

Anwar juga mengakui telah menemui sebahagian daripada mereka di Sabah, ketika dalam perjalanan ke Filipina semalam.

Beliau memberitahu pemberita demikian di ibu pejabat PKR di Tropicana, Kuala Lumpur.


malam ni kita dgr lbh lanjut apa DSAI nak kata......
Ceramah Perdana.....pukul 8 malam, pdg bola AU2, Keramat.......
 
malam ni kita dgr lbh lanjut apa DSAI nak kata......
Ceramah Perdana.....pukul 8 malam, pdg bola AU2, Keramat.......

ko ambik le vid sekali, upload kat sini
 
Back
Top
Log in Register