BTC USD 63,127.0 Gold USD 4,289.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar Cabar Najib Debat Terbuka

Anwar ulangi hasrat ajak Najib debat

NORAFIZA JAAFAR
7 Julai 2012

SELAYANG - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi hasratnya untukmengajak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk berdebat berkaitan isu ekonomi.

Ia pelawaan kedua Anwar kepada Najib dalam tempoh tidak sampai sebulan.

Pada 25 Jun lalu, Anwar menyindir Najib kerana tidak menyahut cabarannya untuk berdebat walaupun telah dipelawa beberapa kali sejak lebih setahun lalu.

Beliau mencabar Najib, yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), agar mengadakan debat secara umum sebagai hadiah Perdana Menteri kepada rakyat.

Semalam, Anwar berkata, kebangkitan rakyat pada hari ini disebabkan rasa marah apabila wang rakyat dirompakoleh pemimpin negara dan mahu merasai nilai kemerdekaan sebenar iaitu nasib mereka terbela sertamasa depan anak-anak terjamin.

Menurutnya, segala pelan, perancangan ekonomi dan bantuan rakyat yang dilaksanakan Najib serba tidak menjadi serta tidak membela nasib rakyat secara keseluruhan sebaliknya dilihat sebagai mengaburi mata rakyat.

“Lihat sahaja nasib pemandu teksi, mereka mahukan permit tetapi Najib bagi empat tayar yang pasti nya akan menguntungkan pengusaha teksi dan bukan kepada pemandu secara keseluruhannya.

“Sama juga kes berkenaan gaji minimum, kita mohon supaya penetapan kepada RM1,100 tetapi kerajaan tetapkan RM900, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pula diberikan kepada rakyat selepas 50tahun mentadbir iaitu apabila pelbagai cukai diperkenalkan,” katanya sewaktu menyampaikan Ceramah

Merdeka rakyat di hadapan 2,000 penyokong Selayang Indah, malam semalam.

Anwar membandingkan keadaan ekonomi semasa beliau memegang jawatan Menteri Kewangan dengan keadaan semasa yang melihatkan banyak perbezaan dari segi hutang dan juga pembekalan tender kepada pemimpin negara serta kroni-kroni mereka.

"Selama lapan tahun saya menjadi Menteri Kewangan, ekonomi negara berada dalam keadaan baik dan hutang negara berkurangan tetapi selepas saya dipecat hutang negara semakin meningkat.

"Najib adalah pemimpin negara tetapi setiap keputusan banyak dipengaruhi orang sekeliling hingga tunduk kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad termasuk perjanjian pembekalan minyak oleh syarikat Petron milik anaknya (Mahathir) kepada syarikat penerbangan Malaysia (Mas),”katanya.

Dalam ceramah sama, beliau turut mengaitkan punca pemecatannya adalah disebabkan keengganannya menunaikan hasrat Dr Mahathir yang meminta wang negara sebanyak RM2 bilion untuk menyelamatkan syarikat milik anaknya.

“Sudahlah Mahathir, saya dah maafkan awak atas kezaliman yang dilakukan ke atas saya, biarlah saya berpolitik untuk membantu rakyat dan melakukan perubahan untuk kebaikan semua pihak tanpa kira kaum dan gender.

“Saya bangkit bukan sebab cemburukan harta Mahathir tetapi merasakan perbuatan memberikan kontrak puluhan juta kepada anak-anaknya bersifat tidak adil kepada rakyat sedangkan kepentingan utama sepatutnya bantuan disalurkan kepada rakyat,” katanya.

Selain itu, beliau turut mengulangi janjinya untuk menurunkan harga minyak, membantu pemandu teksi dan juga memberikan pendidikan percuma kerana yakin hasratnya itu tidak akan membawa kepada negara bangkrap sebaliknya membantu ekonomi rakyat.

Anwar juga pernah membuat pelawaan berdebat kepada Najib awal tahun ini iaitu ketika 13 Januari lalu dan 27 Januari lalu di Alor Setar.
 
kan najib dah bagi alasan , debat ni bukan budaya kita lol
 
mcm ne la najib ni leh jadi pemimpin kalo debat pon pondan...bukan debat dgn hakim perancis pon...kehkehkeh
 
kalau najib berani debat dengan anwar.. aku respek dia laa... jangan hantar shabery chik lagi sudah...:eek:

tak payah la sabery chik...

basah pentas dgn buih air liur
 
najib mana ada telur ... aku berani lari bogel dlm toilet kalo pak jib sambut cabaran anwar nih ...
 
najib kata debat bukan budaya kita, mungkin dia tak pernah berdebat di zaman sekolah dulu rasanya, sebab tu dia tak tau debat ni dah jadi sebahagian budaya kita :)
 
Debat bukan budaya kita tapi rembat wang rakyat adalah budaya kita.
 
teringat film back to the future.. hero dia cukup pantang klau orang panggil dia chicken... bilA kena cabar.hahahaha
 
Back
Top
Log in Register