BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apple Antaramuka Bahasa Melayu Taobao Kini Sedia DiGunakan Pengguna Malaysia

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
Taobao merupakan laman membeli belah atas talian yang terkemuka di China menawarkan pelbagai produk untuk pengguna. Selang beberapa bulan selepas versi antaramuka Bahasa Inggeris diumumkan, hari ini mereka mengumumkan antaramuka Bahasa Melayu sedia digunakan pengguna tempatan.

taobao-bahasa-melayu-IMG_6079-950x534.jpg.webp


Antaramuka Bahasa Melayu ini bakal memudahkan pengguna memahami akan sesuatu produk dari segi informasi dan terma serta maklumat barangan yang dijual menerusi terjemahan automaik menggunakan kecerdasan buatan. Malah pengguna juga akan dapat melihat ulasan produk dalam Bahasa Melayu. Ia juga turut hadir dengan kemaskini aplikasi terbaharu yang menyertakan fungsi carian pintar berasaskan imbasan gambar, membolehkan pengguna merakam gambar, dan aplikasi Taobao akan mencadangkan pekedai yang menjual produk yang telah diimbas. Pengguna tempatan juga boleh melakukan pembayaran menerusi aplikasi perbankan dan juga dompet digital tempatan.

taobao-bahasa-melayu-20250528_112547-950x534.jpg.webp
taobao-bahasa-melayu-20250528_112450-950x534.jpg.webp
taobao-bahasa-melayu-IMG_6083-950x534.jpg.webp


Anda boleh mula menggunakan Taobao dengan aplikasi Bahasa Melayu bermula hari ini dan khas untuk acara jualan pertengahan tahun mereka iaitu 618 Mid Year Sale yang akan bermula pada 28 Mei sehingga 20 Jun, terdapat pelbagai promosi dan juga kupon pembelian dengan diskaun sehingga 50%, kupon penghantaran percuma, serta promosi belanja dan menang yang menawarkan hadiah menarik. Aplikasi ini tersedia untuk iOS dan juga Android.​
 
Back
Top
Log in Register