BTC USD 63,599.2 Gold USD 4,342.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Antaramuka Baharu Android 12 Tertiris

Google Mengatakan Android 12 Akan Hadir Dalam Beberapa Minggu Lagi

Google sedia menawarkan versi pembangunan Android 12 sejak beberapa bulan lepas, membolehkan para pembangun bersedia dengan aplikasi mereka yang dioptimasikan untuk Android 12 apabila ia dilancarkan kelak.

Terbaru, Google telah pun memperkenalkan Android 12 Beta 5, sekaligus turut mengatakan yang mana versi akhir dan stabil Android 12 akan dilancarkan dalam beberapa minggu lagi.

Google-Android-12-Antaramuka-UI-950x491.jpg.webp


Dengan pengumuman ini, kita boleh nantikan pengenalan rasmi Android 12 kepada umum sekitar September atau Oktober ini – sebelum ia mengambil masa beberapa bulan lagi sebelum pengeluar menawarkan kemaskini sistem operasi untuk pengguna peranti masing-masing.

Android 12 menawarkan beberapa ciri baharu, dan salah satu yang menjadi fokus adalah rekaan antaramukanya yang diberikan nafas baru dengan sokongan tema.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkaitan Android 12 ini.​
 
Senarai Peranti Samsung Di Jangka Terima One UI 4.0 (Android 12)

Samsung sudah mula menawarkan versi beta One UI 4.0 yang berasaskan Android 12. Ia menawarkan beberapa fungsi menarik, privasi dipertingkatkan dan banyak lagi. Buat pengetahuan, peranti Samsung sudah menyokong kemas kini keselamatan sehingga 4 tahun dan 3 tahun untuk sistem operasi. Tekan pautan INI untuk mengetahuinya.

Oleh yang demikian, ini adalah senarai peranti yang dijangka akan menerima One UI 4.0.

Siri Galaxy S
  • Galaxy S21, S21+, S21 Ultra
  • Galaxy S20, S20 5G, S20+, S20+ 5G, S20 Ultra, S20 Ultra 5G
  • Galaxy S20 FE, FE 5G
  • Galaxy S10, S10+, S10e, S10 Lite

Siri Galaxy Note
  • Note 20 Ultra (LTE/5G)
  • Note 20 (LTE/5G)
  • Galaxy Note 10+ (LTE/5G)
  • Galaxy Note 10 (LTE/5G)
  • Galaxy Note 10 Lite

Siri Galaxy Z
  • Galaxy Z Fold3, Z Fold 2 (LTE/5G), Galaxy Fold
  • Galaxy Z Flip3, Z Flip (LTE/5G)

Siri Galaxy A
  • Galaxy A52s 5G
  • Galaxy A72
  • Galaxy A52(LTE/5G)
  • Galaxy A42 (LTE/5G)
  • Galaxy A32 (LTE/5G)
  • Galaxy A22 (LTE/5G)
  • Galaxy A12
  • Galaxy A02s
  • Galaxy A02
  • Galaxy A71 (LTE/5G)
  • Galaxy A51 (LTE/5G)
  • Galaxy A41
  • Galaxy A31
  • Galaxy A21s
  • Galaxy A21
  • Galaxy A11
  • Galaxy A03s
  • Galaxy A Quantum

Siri Galaxy M
  • Galaxy M62
  • Galaxy M42 (LTE/5G)
  • Galaxy M32
  • Galaxy M12
  • Galaxy M02s, M02
  • Galaxy M51
  • Galaxy M31s, M31 Prime
  • Galaxy M21s, M21
  • Galaxy M11
  • Galaxy M01s, M01

Siri Galaxy F
  • Galaxy F62
  • Galaxy F22
  • Galaxy F12
  • Galaxy F02s
  • Galaxy F41

Siri Galaxy Xcover
  • Galaxy Xcover Pro
  • Galaxy Xcover 5

Siri Galaxy Tab
  • Galaxy Tab S7 FE, S7+ (LTE/5G), S7
  • Galaxy Tab S6 (LTE/5G), S6 Lite
  • Galaxy Tab A 8.4
  • Galaxy Tab A7, A7 Lite
  • Galaxy Tab Active 3
Biarpun begitu, senarai ini mungkin akan dikemaskini sekiranya terdapat perubahan. Ia akan ditawarkan secara peringkat dan mungkin buat siri Galaxy S21 terlebih dahulu. Dijangka One UI 4.0 bakal rasmi pada bulan hadapan.

Sumber asal https://www.sammobile.com/news/list-galaxy-devices-eligible-for-one-ui-4-0-android-12-update/
 
Back
Top
Log in Register