BTC USD 62,450.4 Gold USD 4,511.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Antaramuka Baharu Android 12 Tertiris

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
Antaramuka Baharu Android 12 Tertiris - Memperlihatkan Rekaan Baharu Yang Segar, Ceria Dan Berwarna-Warni;

Sekali lagi, peniris terkenal Jon Prosser telah meniriskan maklumat menarik mengenai produk Google. Beberapa hari lepas, imej pengolokan Pixel 6 dan Pixel 6 Pro telah beliau dedahkan dengan dakwaan ia direka berdasarkan imej sebenar yang telah beliau saksikan.

Terkini, beliau hadir dengan video mengenai Android 12 pula. Dalam video ini, beliau mendedahkan rekaan antaramuka baharu serta beberapa ciri dan fungsi menarik. Tetapi apa yang paling menarik dalam video beliau kali ini adalah, rekaan Android 12 yang kelihatan seakan bukan sistem operasi Android langsung. Ia kelihatan menggunakan elemen Fuchsia OS, sedikit elemen One UI dan digabungkan dengan Android asli.

Semua elemen dalam Android 12 ini boleh dikatakan baru dan segar. Sudah sekian lama, perubahan antaramuka adalah kecil sahaja. Kini kita boleh lihat pemain media baharu, ikon akses penjimat bateri yang lain, widget cuaca yang lebih kecil, penggelungsur kecerahan baharu dan pelbagai lagi ikon akses pantas untuk rangkaian yang menarik perhatian. Kawalan notifikasi juga dilihat lebih menarik digunakan dengan penggunaan elemen berwarna-warni, serta kawalan lain yang menjadikan Android lebih pintar.

Papan kekunci juga dilihat menggunakan tema baharu, boleh jadi Google telah menggantikan papan kekunci AOSP dengan Gboard, bar status juga berbeza dengan apa yang Android pernah tawarkan, kunci skrin juga kini memaparkan jam yang lebih besar – secara tidak langsung tiada lagi jam pada talam notifikasi. Animasi juga lebih cantik, pantas dan cantik. Kebanyakan elemen rekaan ini dilihat mirip dengan One UI tetapi dengan iterasi Android asli.

Beberapa ciri, fungsi serta rekaan ini sudah pun tertiris sebelum ini. Sejak Android 10, Google dilihat telah mula menawarkan kustomasi tema serta perubahan antaramuka secara menyeluruh - tetapi ia tidak hadir dalam versi akhir begitu juga pada Android 11. Dengan acara Google I/O yang sudah semakin hampir, dakwaan Jon adalah video ini adalah video rasmi daripada Google sendiri. Ia juga mirip dengan rekaan tertiris, jadi tidak terkejut jika ia adalah benar.

Selain itu, Android 12 juga dikatakan menawarkan pengalaman penggunaan baru yang lebih menawan, perlindungan privasi dan sekuriti yang lebih ketat dan juga semua peranti boleh berfungsi antara satu sama lain dengan lebih baik. Bahagian akhir itu mungkin petanda antara Android dan Chromebook.

Jika AOSP kelak sudah hadir dengan rekaan seperti ini, apa lagi perubahan yang pengeluar peranti boleh ubah? Adakah penggunaan memori akan bertambah? Adakah ia lebih lancar? Soalan penting, adakah rekaan ini hanya untuk Android asli atau Google akan memaksa rekaan Android perlu selari? Sama-sama kita nantikan.

 
Awal pagi tadi antaramuka Android 12 telah dipertontonkan secara rasmi ketika acara Google I/O. Perubahan mendadak antaramuka telah dilakukan dengan rekaan yang diberi nama Material You. Ia adalah perubahan paling besar dilakukan sejak Material Design diperkenalkan pada tahun 2014.

Material-You-950x535.jpg

Ciri yang paling menarik ialah kustomasi tema warna secara automatik berdasarkan imej latar belakang yang dipilih pengguna. Kesemua warna elemen antaramuka akan berubah supaya lebih serasi dengan imej tersebut. Bagi mereka yang teruja dengan ciri ini, sedikit mengecewakan ialah pada waktu ini ialah adalah eksklusif untuk peranti Pixel sahaja.

Menerusi perbincangan secara atas talian dengan pihak media sebentar tadi, Sebastien Bauer yang merupakan pengurus kanan produk Android dan Pixel turut mengatakan ciri ini disokong pada peranti Pixel 3 dan ke atas sahaja. Sungguhpun ciri tema warna ini eksklusif untuk Pixel, ciri lain seperti antaramuka, widget, dan animasi Android 12 akan diterima peranti Android yang lain sekiranya ingin digunakan oleh pengeluar.
 
Android 12 Turut Boleh Ubah Peranti Pixel Menjadi Kunci Kereta Digital

iPhone dan peranti Samsung sudah pun boleh menjadi kunci kereta digital untuk beberapa kereta mewah terpilih. Terkini, giliran Google pula memperkenalkan sokongan ini pada peranti Pixel. Hanya dengan sokongan UWB yang sedia terbina dan kemaskini perisian, Pixel boleh menjadi kunci kereta digital.

Pixel-Android-12-Kunci-Kereta-Digital-02-950x534.jpg

Selain daripada UWB, untuk peranti Pixel – ia juga menyokong penggunaan melalui NFC. Di acara Google I/O sebentar tadi, Google mengumumkan antara rakan kerjasama mereka adalah BMW dan antara kereta yang akan menyokong penggunaan ini adalah BMW i4. Melalui penggunaan UWB, ia membolehkan kenderaan mengenal-pasti pengguna apabila berada berdekatan dengan kenderaan.
 
Papan Pemuka Privasi Dalam Android 12 - Turut Menawarkan Indikasi Seakan iOS 14

Dengan meneruskan fokus terhadap privasi dan sekuriti, Google pada acara Google I/O 2021 sebentar tadi telah mengumumkan papan pemuka privasi melalui Android 12. Beberapa ciri privasi dan sekuriti dalam kemaskini ini turut meminjam daripada iOS 14 yang ditawarkan oleh Apple tahun lepas.

Pertama adalah papan pemuka privasi. Melalui ciri ini, pengguna mempunyai akses dan kawalan lebih mendalam untuk semua akses kebenaran dalam sistem. Pengguna boleh pantau kesemua aplikasi yang mengakses lokasi, kamera, storan dan lain-lain dan turut boleh terus menolak mana-mana kebenaran.

Android-12-Papan-Pemuka-Privasi-04-950x534.jpg

Seperti iOS, jika kamera dan mikrofon sedang diguakan – akan ada indikasi berwarna memberi petanda kepada pengguna. Secara tidak langsung, pengguna boleh berwaspada pada setiap aplikasi yang sedang digunakan. Ciri ini turut diintegrasikan dalam talam notifikasi untuk akses pantas kepada kemampuan mengaktifkan atau mematikan terus kamera dan mikrofon peranti.

Android-12-Papan-Pemuka-Privasi-03-950x534.jpg
Android-12-Papan-Pemuka-Privasi-05-950x534.jpg

Memandangkan ini adalah terbina terus daripada sistem, mungkin seperti Digital Wellbeing – pengeluar peranti lain boleh mengintegrasikan ciri ini dengan antramuka tersendiri.
 
Android 12 Beta Di Tawarkan Untuk Sejumlah Peranti Bermula Hari Ini - Termasuk Xiaomi, Oppo, Vivo, OnePlus, Dan Realme

Bersama-sama dengan pengenalan Android 12 secara rasminya, Google hari ini turut mengumumkan penawaran Android 12 Beta untuk para pembangun. enariknya, versi Beta kali ini ditawarkan untuk sejumlah peranti, membolehkan lebih ramai pembangun menguji dan mengoptimasikan aplikasi mereka untuk sistem operasi akan datang.

Antara peranti yang akan disokong adalah termasuk keluaran Asus, Google Pixel, OnePlus, Oppo, Realme, Sharp, Tecno, TCL, VIVO, Xiaomi dan juga ZTE. Model yang akan menyokongnya dijangka akan dikongsikan setiap pengeluar secara berperingkat selepas ini.
 
Cantik Juga Android 12 Ni

Seminggu yang lepas, Google telah mengumumkan secara rasmi sistem operasi mereka yang terbaru, Android 12. Kalau anda nak tahu, Google menyatakan kehadiran sistem kali ini bukan sahaja merubah angka dari 11 ke 12, malah ia dikatakan sebagai perubahan yang besar dalam sejarah sistem operasi berkenaan. Ditambah pula dengan antaramuka yang lebih kemas dan cantik.

Buat masa sekarang ia masih lagi ditawarkan dalam bentuk beta dan bagi tempoh percubaan ini, tidak semua peranti mempunyai akses kepada versi tersebut. Senarai peranti yang menyokong Android 12 Beta adalah seperti berikut:
Google - Pixel 3, Pixel 3XL, Pixel 3a, Pixel 4, Pixel 4XL, Pixel 4a, Pixel 4a 5g, Pixel 5
Asus - Zenfone 8
Nokia - X20
OnePlus - OnePlus 9, OnePlus 9 Pro
OPPO - Find X3 Pro
realme - realme GT
Xiaomi - Mi 11, Mi 11 Ultra, Mi 11i, Mi 11X Pro
ZTE - ZTE Axon 30 Ultra
vivo - iQOO 7 Legend
TCL - TCL 20 Pro
TCL - TCL 20 Pro
Tecno - Tecno Camon 17
Sharp - maklumat peranti tidak dinyatakan

Berkesempatan untuk mencuba beberapa fungsi menarik pada Android 12 bagi tempoh lebih kurang seminggu. Tetapi sebelum itu, anda ingat kali terakhir Google gunakan nama manisan pada Android?

Ya, tahun 2018 sewaktu memperkenalkan Android 9 Pie. Bermula pada 2019 mereka mengambil keputusan untuk letakkan nama Android 10 sahaja. Senang, mudah ingat.

Pun begitu, sudah menjadi tradisi mereka untuk memberi nama manisan kepada setiap sistem operasi yang dibangunkan. Nama ini hanya digunakan untuk urusan dalaman sahaja. Sekiranya Android 10 dipanggil sebagai Quince Tart, Android 11 dengan nama Red Velvet Cake, Android 12 pula digelar sebagai Snow Cone.

Material Design

Masih ingat dengan Material Design? Sekarang Google tidak lagi guna nama ini dan tukarkannya kepada Material You. Senang cakap ia lenggok rekaan yang membolehkan pengguna mengubahsuai mengikut citarasa masing-masing.

Untitled-1.jpeg


Ini termasuklah dari segi warna, tema, wallpaper dan sewaktu dengannya. Perkara pertama yang kita perasan setelah naik taraf adalah bahagian Quick Settings.


Screenshot_20210527-145237.png

Tiada lagi ikon bulat-bulat yang biasa kita lihat, dimana ia kini direka dengan bentuk petak dan disusun secara bersebelah. Kalau dibandingkan dengan Android 11, sekali kita tatal (swipe) segala butang akan kelihatan sebab ia lebih kecil, tetapi tidak pada Android 12. Ikon dilihat memakan ruang namun masih kemas.

Pelaras kecerahan pun semakin besar dan tidak perlu lagi meraba-raba sebelum ini. Begitu juga dengan pelaras kelantangan bunyi, kali ini ia nampak lebih tebal macam dalam MIUI 12. Satu perkara remeh yang mungkin menarik adalah, apabila disentuh pada pelaras, ia akan dilaras mengikut jari. Jika di MIUI 12, anda perlu leret dari atas dan kebawah barulah pelaras itu ikut.


Screenshot_20210527-145338.png

Satu lagi perkara boleh kita tengok pada animasi antaramuka itu sendiri. Jika sebelum ini Android guna kesan glowing, sekarang ia sudah diadaptasi kepada kesan melantun. Animasi ini bersifat universal, bermaksud ia tidak terhad pada tetapan sistem malah boleh dilihat pada aplikasi lain seperti Twitter, Facebook, Instagram dan lain-lain lagi.

Skrin kekunci dan AOD

Bila tiada notifikasi masuk, jam digital akan terpapar dengan besarnya. Hampir 1/3 dari paparan. Sekiranya notifikasi masuk, jam berubah kecil dan ditempatkan pada sebelah kiri atas disertai dengan ikon notifikasi kecil dibawahnya.

Screenshot_20210527-145401.jpg

Apa yang kami perasan adalah animasi peralihan antara skrin kekunci (lock skrin) kepada Always on Display (AOD) sangat lancar dan kemas. Cukup berbeza dengan animasi peralihan sistem antaramuka yang lain dimana skrin akan gelap terlebih dahulu sebelum bertukar kepada AOD.

Mod satu tangan

Telefon dari masa ke masa semakin besar dan memanjang. Satu fungsi yang perlu ada untuk situasi ini adalah mod satu tangan untuk memberi keselesaan sepanjang penggunaan.

Ia mungkin bukan ciri tumpuan pada Android 12 sangat berguna. Untuk aktifkannya anda perlu pergi ke Settings > System > Gestures > One-Handed Mode. Tarik pada bar

Selepas itu, leret kebawah pada bar navigasi, paparan bahagian atas akan diturunkan ke separuh skrin, memudahkan capaian jari pada butang-butang yang terletak dipenjuru layar. Kebanyakan sistem antaramuka sudah menyediakan fungsi seperti ini. Malah, pengguna iOS sudah lama menikmati ciri tersebut.


Rupa paras tetapan serba baru


Screenshot_20210527-145654.png

Visual tetapan tampak kemas dimana Google buang segala penerangan dan status bagi setiap kategori dalam Settings. Font dan ikon semakin besar, profil bagi akaun Google pun sudah diasingkan daripada bahagian Search.

Pengurusan Widget lebih teratur

Widget pada Android 12 lebih mudah dicari sebab sistem sekarang utamakan aplikasi dahulu. Kalau anda ingat dengan sistem operasi sedia ada, bukan main bersepah lagi nak cari widget untuk aplikasi.

Android 12 turut sediakan lebih banyak stock widget, bermaksud dari Google sendiri. Bukan biasa-biasa, tetapi dari jenis interaktif dan boleh disesuaikan dengan warna dan tema dari Material You.

Walaupun begitu, ia belum muncul lagi dalam versi Beta kali ini. Mungkin Google akan bawa keluar untuk versi Beta seterusnya.


Peningkatan prestasi

Google menjanjikan peningkatan prestasi Android 12 yang lebih laju dan jimat bateri. Lebih kurang 22% masa proses CPU akan dikurang dan ini membawa maksud peranti lebih laju dan lebih responsif.

Screenshot-from-2021-05-13-15-09-28.png


Telefon yang menjalankan Android 12 juga akan jimat tenaga disebabkan ia kurang guna teras CPU. Jadinya telefon tidak perlu bekerja keras. Sepanjang penggunaan Android 12 ini, kami boleh katakan ia tidak terasa berat dan lancar sepanjang masa.


Kesimpulan

Itulah sedikit sebanyak yang boleh kami kongsikan tentang Android 12. Bukan sahaja dari segi visual, bahagian dalaman seperti privasi, sekuriti dan juga prestasi turut menampakkan tambah baik yang lebih ketara.

maxresdefault-3.jpeg

Banyak lagi yang boleh diceritakan mengenai perubahan pada Android 12, tetapi yang disenaraikan diatas merupakan sebahagian yang ketara apabila anda mula menggunakan sistem operasi ini.

Pada pengguna siri Pixel, anda mungkin rasakan naik taraf yang lebih segar. Boleh kata macam guna telefon baru. Tidak seperti Android 10 kepada Android 11.


Android-12-timeline.jpeg

Perlu diingatkan, Android 12 sekarang ini bukan versi akhir. Google mungkin akan tambah atau buang ciri yang ada padanya. Mengikut jadual yang Google telah tetapkan, versi akhir Android 12 akan dilepaskan sekitar Ogos keatas.
 

Attachments

Versi beta Android 12 telah pun diumum Google pada pertengahan Mei lalu. Google menguar-uarkan bahawa versi Android terbaru ini merupakan perubahan terbesar yang pernah dilakukan mereka dalam sejarah sistem operasi Android.

Tetapi tidak setakat itu sahaja, menurut Naib Presiden Kejuruteraan Android, Dave Burke berkata, versi beta Android 12 juga merupakan yang paling banyak dimuat turun dalam sejarah Android setakat ini.

Google menjanjikan 3 perkara utama menarik pada Android 12 iaitu reka bentuk antamuka pengguna yang lebih kemas dan dinamik, meningkat prestasi aplikasi serta privasi dan keselamatan peranti.

Buat masa ini, versi beta Android 12 masih dalam peringkat pembangunan dan ujian. Hanya beberapa model telefon pintar Pixel dari Google serta beberapa pengeluar utama telefon pintar Android sahaja yang baru ditawarkan untuk menjalankan sistem operasi tersebut.

Antaranya adalah model Pixel 3, Pixel 3 XL, Pixel 4 dan Pixel 5. Dijangkakan hanya pada lewat tahun ini barulah versi stabil Android 12 akan ditawarkan kepada penggunanya secara global.

1624018548244.png


 
Android 12 Akhirnya Menyokong Tangkapan Layar Memanjang Dan Skrin Berputar Lebih Pantas;

Ciri tangkapan layar memanjang sudah wujud pada beberapa peranti pengeluar seperti Oppo, Samsung dan Huawei sejak beberapa tahun yang lalu. Kesemua implementasi ini dilakukan secara kendiri dan ini adalah penyebab ia tidak disokong pada kesemua peranti Android. Hari ini Android 12 Beta 3 mula diberikan kepada pembangun dengan beberapa ciri terbina yang telah lama diminta oleh pengguna.

Android-12-Tankapan-Layar-Screenshot-950x967.jpg.webp

Pada Android 12, ciri melakukan tangkapan layar secara memanjang akan disokong secara terbina pada kesemua peranti yang menggunakannya. Ini bermakna bermula dengan Android 12, ciri ini akan diseragamkan seperti mana ciri Multi Windows diseragamkan sebelum ini.

Ciri putaran skrin juga ditambah baik untuk menjadi lebih pintar. Ia akan menggunakan kamera hadapan untuk melihat orientasi wajah. Apabila mengesan wajah tidak lagi menegak, skrin akan berputar untuk memaparkan kandungan pada orientasi mendatar dengan lebih pantas tanpa bergantung kepada accelerometer semata-mata. Ini adalah amat berguna bagi mereka yang gemar menonton video sambil berbaring. Tiada lagi isu skrin secara tiba-tiba berpusing tanpa disuruh kerana orientasi ia dipegang.

Android-12-Papan-Pemuka-Privasi-05-950x534.jpg.webp

Penambahbaikan lain ialah sokongan pada tahap sistem untuk mengaktifkan akses kepada kamera dan mikrofon pada peranti untuk kegunaan perniagaan. Pengguna Android Enterprise kemudiannya boleh mengunci akses kepada sistem kamera dan mikrofon atas tujuan keselamatan secara menyeluruh pada peranti yang digunakan syarikat.

Google turut berkata Android 12 versi stabil dijangka akan diberikan bermula Ogos pada peranti yang menguji versi Beta sebelum pemberian versi akhir dilakukan selepas bulan tersebut. Secara tradisinya ini berlaku pada bulan September serentak dengan pelancaran peranti Pixel yang terkini.

Sumber asal Android Developer
 
“Adaptive Charging” Pada Pixel Dalam Android 12 Kini Mengecas Peranti Sehingga Penuh Mengikut Penggera;

Google masih menggunakan pengecasan pantas asas berasaskan piawaian Power Delivery. Google juga yang mewajibkan peranti Android perlu menyokong sistem pengecasan ini. Sehingga Pixel 5 peranti-peranti Google semuanya masih 18W sahaja.

Sejak Disember lalu, Google mula mengoptimasikan bateri peranti Pixel terpilih dengan kemaskini Pixel Feature Drop, Pixel Adaptive Charging. Peranti akan dicas dengan pantas sehingga 80% dan untuk ke 100% ia akan menerima kuasa yang lebih rendah. Pengguna juga boleh tetapkan melalui aplikasi jam untuk peranti dicas mengikut penggera dan masa yang disarankan iaitu selepas 9 malam dan wajib mempunyai penggera dari 5-10 pagi.

Terkini dalam Android 12, sistem pengecasan adaptif ini telah dikemaskini dalam versi beta keempat. Selain mengecas peranti dengan pantas sehingga 80% dan perlahan ke 100%, baki 20% itu kini dilihat mengikut penggera yang pengguna tetapkan.

Ada laporan nyatakan 80%-100% mengambil masa 30 minit sehingga 90 minit. Ini adalah ciri untuk menjamin jangka hayat bateri. Dengan Pixel 6 dikatakan menyokong kemaskini sehingga 6 tahun, kerana menggunakan cip Tensor yang dikawal 100% oleh Google sendiri. Masuk akal untuk mereka mengemaskini ciri Adaptive Charging ini selepas sekian lama hanya asas sahaja.​

1629097953691.png
 
Android 12 Akan Sokong Kawalan Peranti Guna Gestur Muka

Ciri ketercapaian (accessability) jarang diakses oleh majoriti pengguna mereka tidak bukan dari golongan Orang Kelainan Upaya (OKU). Tetapi bagi membolehkan OKU mengawal peranti secara kendiri, ciri ketercapaian diperkenalkan sejak dahulu lagi dan ia akan semakin bertambah pada Android 12 kelak.

Menurut laporan XDA Developer, dalam versi terkini Android 12 Beta ciri ketercapaian mengawal peranti menggunakan gestur muka. Gestur muka yang disokong ialah menggerakkan alis mata, membuka mulut, senyum, mata memandang ke atas, mata memandang ke kiri, dan mata memandangkan ke kanan.

Ini kemudian boleh dipadankan kepada aksi menatal skrin ke atas, menatal skrin ke bawah, kembali ke skrin home. kembali ke belakang dan banyak lagi. Setiap kawalan mengesan gestur dan tahap sensitivitinya juga boleh diubah oleh pengguna secara manual. Dengan pengenalan ciri-ciri baharu ini, OKU boleh hidup dengan lebih selesa tanpa mengharapkan bantuan orang sekeliling.​

1629114987935.png
 
Back
Top
Log in Register