abuyah
Active+ Member
- Messages
- 2,697
- Joined
- Dec 28, 2009
- Messages
- 2,697
- Reaction score
- 202
- Points
- 33
Salam CGrians,
Beberapa hari yang lalu, saya ada berbual dengan seorang sahabat. Perbualan kami berkisar antaranya pemberian wang kepada penguatkuasa agar tidak dikenakan tindakan saman.
Senario ialah, bayangkan anda ditahan kerana memandu laju. Denda dikenakan RM300. Kemudian pegawai berkenaan kata, ada cara untuk settle iaitu bernilai RM50.
Isunya, dalam suasana ekonomi sekarang, dengan kos yang agak tinggi bagi mereka yang berpendapatan bawah RM3k, saman sebanyak RM300 tu bukannya sikit.
Jika berlaku kepada anda, adakah anda pilih RM50 atau RM300. Mungkin ada yang berkata, "lebih rela aku bayar saman RM300 daripada bagi rasuah,". Mungkin benar; tapi bagaimana jika kena atas batang hidung sendiri. Kena pulak time hujung bulan atau time anak nak naik sekolah.
Sebelum tu, saya minta agar kita hanya berbincang serta beri pendapat berdasarkan nilai etika, dosa & wang ringgit dan harapnya juga tiadalah ayat-ayat provokasi. Kita kan CGrians kan?
Salam semua.....