BTC USD 83,785.0 Gold USD 4,283.53
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Antara amalan hari Jumaat

Sakinah Sulong​

18m ·

Hari ni hari Jumaat.

Sibuk macam mana pun, Mak selalu pesan suruh baca surah Al-Kahfi.

Surahnya agak panjang. 110 ayat.

Kebanyakannya menceritakan kisah Ashabul Kahfi dan kisah Nabi Musa berjalan dengan Nabi Khidir.

Kalau dibaca sekali harung, 30-40 minit jugak.

Tapi kalau tak sempat, 10 ayat terakhir ni baca lah, untuk melindungi daripada fitnah Dajjal di akhir zaman. Mudah sebenarnya nak dapat pahala.

Betul, kalau ikut sibuk kita ni, takkan pernah tak sibuk rasanya. Kata anak saya semalam, "Ibu nak gi mana lagi?" Saya jawab, "Ibu ada kerja. Nantilah bila ibu dah mati esok-esok, baru ibu dah takde ke mana-mana dah.."
1f605.png
1f605.png
1f605.png


Yelah, lelah kita kat atas dunia ni, bagaikan tak surut. Kalau surut pun, sekejap saja.

Moga akhirat tempat rehat kita yang abadi.

Yang sunyi daripada lelah, susah hati dan ujian yang datang pergi. Kat atas dunia ni, selagi nafas tak berhenti, selagi itulah kita akan terus diuji. Itu janji Allah, hanya orang yang beriman saja akan berlapang dada menempuhinya.

#Membebelsayang


1644554695858.png
 

Dr Ahmad Sanusi​

1j ·

Selawat Melapangkan Jiwa Muslim
======
1. Menurut al-Imam Ibn al-Jauzi, amalan memperbanyakkan selawat berupaya menerangkan hati, mengampunkan dosa, melapangkan dada dan dipermudahkan urusan.

2. Ini kerana selawat yang bersungguh adalah manifestasi kecintaan seseorang kepada Rasulullah dan kecintaan kepada Rasulullah membawa kepada kecintaan manusia kepada Allah.

3. Jiwa yang dilimpahi rasa kasih kepada Rasulullah menyebabkan seseorang itu berupaya menikmati kelazatan dan kemanisan iman. Inilah yang diungkapkan oleh Rasulullah dalam hadis:

ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ ، وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ ؛ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ ، أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا
"Tiga perkara yang barangsiapa memilikinya akan merasai kemanisan iman, (yang pertama) menjadikan Allah dan Rasul perkara yang paling dicintai buat dirinya melebih segala-galanya... (HR al-BUkhari dan Muslim)

4. Mereka yang tenggelam dengan kecintaan pada Allah dan Rasul akan menjadikan hatinya menjauhi kekotoran dosa dan meningkatkan ketaqwaan. Jiwa yang bertaqwa akan dekat dengan Allah dan Allah mempermudahkan urusan hamba yang bertakwa.

5. Pada hari jumaat yang mulia ini, marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah.

Semoga Allah membimbing kita
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://drsanusi.wordpress.com/

274241494_475247074158558_7547767252473328865_n.jpg
 
Marilah kita sama² berselawat ke atas junjungan besar baginda Nabi Muhammad S.A.W
Moga² kita termasuk dalam golongan yang mendapat syafaat baginda di hari Akhirat kelak
Amin Ya Rabb Alamin
 
Siapa yang belum membaca surah al-Kahfi, masih ada peluang hingga terbenam matahari. Jangan lupa juga memperbanyak selawat ke atas baginda Nabi SAW.

Imam al-Syafii dalam kitab al-Um berkata:
وَأُحِبُّ كَثْرَةَ الصَّلَاةِ على النبي صلى اللَّهُ عليه وسلم في كل حَالٍ وأنا في يَوْمِ الْجُمُعَةِ وَلَيْلَتِهَا أَشَدُّ اسْتِحْبَابًا وَأُحِبُّ قِرَاءَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ وَيَوْمَهَا لِمَا جاء فيها
"Saya menggalakkan memperbanyak selawat ke atas Nabi SAW pada setiap masa, namun lebih disunatkan lagi pada hari dan malam Jumaat. Saya turut menggalakkan pembacaan surah al-Kahfi pada malam dan hari Jumaat kerana ada riwayat yang berkenaan dengannya."
 
IMG_20220325_095937_930.jpg

Assalamualaikum.
Selamat pagi....
Salam Jumaat Barakah.


"Ya Allah sekiranya ada dikalangan kami susah, senangkanlah mereka. Sekiranya diantara kami sedang bersedih gembirakanlah mereka & sekiranya ada diantara kami kekurangan rezeki, permudahkanlah rezeki mereka

Ya Allah... Jauhkan Kami Semua Dari Wabak Dan Penyakit Yang mengancam nyawa. Jika ada yang sedang dijangkiti COVID-19, sembuhkan lah dia Ya Allah.


Lindungi Kami Keluarga Malaysia Keseluruhan nya Dari Dijangkiti COVID-19.


Aamiin🤲🏻
Aaaaminnn Yaa Rabbal Aaalamin
t.me/Covid_19Malaysia
25 Mac 2022
 
IMG_20220325_095937_930.jpg

Assalamualaikum.
Selamat pagi....
Salam Jumaat Barakah.


"Ya Allah sekiranya ada dikalangan kami susah, senangkanlah mereka. Sekiranya diantara kami sedang bersedih gembirakanlah mereka & sekiranya ada diantara kami kekurangan rezeki, permudahkanlah rezeki mereka

Ya Allah... Jauhkan Kami Semua Dari Wabak Dan Penyakit Yang mengancam nyawa. Jika ada yang sedang dijangkiti COVID-19, sembuhkan lah dia Ya Allah.


Lindungi Kami Keluarga Malaysia Keseluruhan nya Dari Dijangkiti COVID-19.


Aamiin🤲🏻
Aaaaminnn Yaa Rabbal Aaalamin
t.me/Covid_19Malaysia
25 Mac 2022
subhanallah, setuju
jika kita redha dan bersyukur, maka Allah akan tambahkan lagi ganjaran
Allah Maha Kaya
 
subhanallah, setuju
jika kita redha dan bersyukur, maka Allah akan tambahkan lagi ganjaran
Allah Maha Kaya

Betul mek

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

وَاِ ذْ تَاَ ذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَاَ زِيْدَنَّـكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ اِنَّ عَذَا بِيْ لَشَدِيْدٌ

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat.""

(QS. Ibrahim 14: Ayat 7)
 
IMG_20220513_093414_367.jpg

"Allahhumma solli 'alaa Muhammad, waalaa aali Muhammad"

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Salam Jumaat Barakah...

Selawat dan Salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.

#PerbanyakkanSelawat
Sama sebarkan Selawat & Salam Keatas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW.
 
Back
Top
Log in Register