BTC USD 81,137.7 Gold USD 4,366.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Antara amalan hari Jumaat

Kelebihan Berselawat Ke Atas Nabi ﷺ
=======
1. Pada hari jumaat ini marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah ﷺ. Mereka yang berselawat akan diampunkan dosanya, diangkat darjat, dipermudahkan doanya serta dekat dengan Rasulullah ﷺ pada hari kiamat nanti.

2. Perkara ini dijelaskan di dalam beberapa hadis. Antaranya sabda Rasulullah ﷺ:
مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً وَاحِدَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْرَ صَلَوَاتٍ، وَحُطَّتْ عَنْهُ عَشْرُ خَطِيئَاتٍ، وَرُفِعَتْ لَهُ عَشْرُ دَرَجَاتٍ
Barangsiapa berselawat kepadaku sekali, maka Allah akan berselawat (melimpahkan rahmat) kepadanya sepuluh selawat, menghapus darinya sepuluh dosa dan mengangkat darjatnya sepuluh darjat. (HR al-Nasa’i - dinilai Sahih)

3. Selawat turut akan mempermudahkan doa seseorang itu untuk dimakbulkan. Sabda Rasulullah ﷺ:
كُلُّ دُعَاءٍ مَحْجُوبٌ حَتَّى يُصَلِّيَ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Semua permohonan doa akan dihijab (terhalang) sehinggalah dibacakan selawat ke atas Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad SAW.” (HR al-Tabrani - perawinya siqah)

4. Malah mereka yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi akan mendapat kedudukan yang dimuliakan di sisi Allah di akhirat kelak. Sabda Rasulullah ﷺ:

أولى النَّاس بي يوم القيامة أكثرُهم عليَّ صلاةً
“Manusia yang paling utama di sisiku di hari akhirat kelak adalah yang paling banyak berselawat ke atas ku.” (HR al-Tirmizi - dinilai Hasan)

Semoga Allah membimbing kita.



Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

 
Kelebihan Berselawat Ke Atas Nabi

1634877362542.png

1634877369228.png

1634877375787.png

1634877383077.png
 
Selawat Melapangkan Jiwa Muslim
======
1. Menurut al-Imam Ibn al-Jauzi, amalan memperbanyakkan selawat berupaya menerangkan hati, mengampunkan dosa, melapangkan dada dan dipermudahkan urusan.
2. Ini kerana selawat yang bersungguh adalah manifestasi kecintaan seseorang kepada Rasulullah dan kecintaan kepada Rasulullah membawa kepada kecintaan manusia kepada Allah.
3. Jiwa yang dilimpahi rasa kasih kepada Rasulullah menyebabkan seseorang itu berupaya menikmati kelazatan dan kemanisan iman. Inilah yang diungkapkan oleh Rasulullah dalam hadis:
ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ ، وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ ؛ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ ، أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا
"Tiga perkara yang barangsiapa memilikinya akan merasai kemanisan iman, (yang pertama) menjadikan Allah dan Rasul perkara yang paling dicintai buat dirinya melebih segala-galanya... (HR al-BUkhari dan Muslim)
4. Mereka yang tenggelam dengan kecintaan pada Allah dan Rasul akan menjadikan hatinya menjauhi kekotoran dosa dan meningkatkan ketaqwaan. Jiwa yang bertaqwa akan dekat dengan Allah dan Allah mempermudahkan urusan hamba yang bertakwa.
5. Pada hari jumaat yang mulia ini, marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah.
Semoga Allah membimbing kita
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

1636678811064.png

1636678823378.png

1636678840567.png

1636678849901.png
 
IMG_20220107_075211_006.jpg

Umat Islam diajar supaya berdoa kepada Allah SWT bagi memohon limpah perkenan dan rahmat-Nya supaya hajat terkabul.

Antara waktu mustajab untuk berdoa ialah pada hari jumaat.
 
IMG_20220114_103154_551.jpg

Kelebihan Membaca Surah al-Kahfi Pada Hari Jumaat

Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, akan diterangkan baginya cahaya (yang meliputi) di antara dua Jumaat. Subhanallah....
 
Jumaat panjang.

Baca Surah Al-Kahfi

Baca 2 muka surat.

Rehat jap.

Rehat setiap 1 jam pun takpe.

Paling cun masa dalam masjid sementara tunggu azan.

Datang awal.
 
Back
Top
Log in Register