BTC USD 23,151.2 Gold USD 1,929.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Antara amalan hari Jumaat

Sponsored Post

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
124,914
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
124,914
Reaction score
21,147
Points
2,866
Awards
1

ٱللَّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ مُحَمَّدٍ​


Dr Ahmad Sanusi

1j ·

Tanda Cinta Kepada Rasulullah ﷺ
====
1. Pada hari Maulidur Rasul yang lalu, kita selalu menyebut mengenai kecintaan kita kepada Baginda Nabi ﷺ. Andai benar seseorang itu mencintai Rasulullah, maka perbanyakkanlah selawat ke atas Baginda Nabi ﷺ.

2. Mereka yang banyak berselawat ke atas Rasulullah ﷺ berpeluang menjadi orang yang paling dekat dengan Rasulullah pada hari kiamat. Sabda Rasulullah ﷺ:
فَمَنْ كَانَ أَكْثَرَهُمْ عَلَيَّ صَلَاةً كَانَ أَقْرَبَهُمْ مِنِّي مَنْزِلَةً
Dan barangsiapa yang paling banyak mengucapkan selawat ke atas ku, maka dia akan berada di kedudukan yang paling dekat denganku (di hari akhirat kelak). (HR al-Baihaqi)

3. Menurut al-Imam Ibn al-Jauzi, amalan memperbanyakkan selawat berupaya menerangkan hati, mengampunkan dosa, melapangkan dada dan dipermudahkan urusan. Ini kerana selawat yang bersungguh adalah manifestasi kecintaan seseorang kepada Rasulullah ﷺ dan kecintaan kepada Rasulullah ﷺ membawa kepada kecintaan manusia kepada Allah.

4. Jiwa yang dilimpahi rasa kasih kepada Rasulullah ﷺ menyebabkan seseorang itu berupaya menikmati kelazatan dan kemanisan iman. Inilah yang diungkapkan oleh Rasulullah dalam hadis:
ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ ، وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ ؛ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ ، أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا
"Tiga perkara yang barangsiapa memilikinya akan merasai kemanisan iman, (yang pertama) menjadikan Allah dan Rasul perkara yang paling dicintai buat dirinya melebih segala-galanya... (HR al-Bukhari dan Muslim)

5. Dapatkan buku-buku mengenai hadis Rasulullah di laman Pustaka Taybah melalui laman di bawah ini:
www.taybah.my
www.taybah.my
www.taybah.my

Semoga Allah membimbing kita
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

D0F88715-A5C2-4F57-B5F6-101C676BC87F.jpeg
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
394,693
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
394,693
Reaction score
26,624
Points
2,836
Awards
2
"Allahhumma solli 'alaa Muhammad, waalaa aali Muhammad"

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Selawat dan Salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.

Salam Jumaat Barakah ....
Perbanyakkan Selawat....
 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
124,914
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
124,914
Reaction score
21,147
Points
2,866
Awards
1

Dr Ahmad Sanusi

1j ·

Amalan Ringan Penghapus Dosa
=====
1. Dalam beberapa hadis, Rasulullah dilihat sering menggalakkan para sahabat melakukan kebaikan sekali pun dengan amalan yang kecil atau mudah. Malah, amalan-amalan ringan sebegini berupaya menghapuskan dosa seseorang.
2. Antaranya seperti membaca doa dalam setiap tindakan kita. Doa-doa ini mengikat hati dan perbuatan manusia agar sentiasa berzikir mengingati Allah.
Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

1668126565104.png

1668126575183.png

1668126582133.png

1668126589134.png
 
Sponsored Post

Top
Log in Register