BTC USD 60,797.8 Gold USD 4,406.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anonymous Indon dakwa dah hack 170 website Australia

  • Thread starter Thread starter TT
  • Start date Start date

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
anonymous-indonesia-australia-hack.si.jpg



Sydney: Kumpulan aktivis Anonymous Indonesia semalam mendakwa merosakkan lebih daripada 170 laman web Australia sebagai memprotes laporan mengenai aktiviti pengintipan oleh Canberra.

“Ratusan Laman Web Australia Diserang Untuk OpAustralia Oleh Penggodam Indonesia,” katanya di Twitter dengan menyenaraikan laman web yang kebanyakannya perniagaan kecil berakhir dengan domain .au.


Carian untuk laman web terbabit mengeluarkan mesej “Hentikan Risikan Terhadap Indonesia” di bawah gambar bendera Indonesia dengan grafik hitam wajah Guy Fawkes yang digunakan Anonymous di seluruh dunia.

Laman terbabit dipilih secara rawak merangkumi perniagaan katering dan dobi.


Hubungan Australia dengan jirannya Indonesia itu mengalami tekanan selepas laporan minggu lalu mengatakan jawatan diplomatik Canberra di luar negara terbabit dalam rangkaian risikan luas diketuai Amerika Syarikat.


Kerajaan Australia bagaimanapun tidak mengulas isu risikan itu. - AFP


http://www.hmetro.com.my/myMetro/ar...siaseranglamanwebAustralia/Article/index_html
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register