BTC USD 63,955.6 Gold USD 4,467.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS Annuar Musa lantang...

larkinperdana

Fun Poster
Messages
252
Joined
Nov 15, 2014
Messages
252
Reaction score
21
Points
15
HANYA AHLI POLITIK, PEMAIN GOLF LAYAK HIDUP MEWAH!

OLEH JDTUN `underground' NEWS

AHLI Parlimen Ketereh yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa lantang menyalahkan pemain di atas masalah kewangan dihadapi persatuan bola sepak negeri itu.

Beliau menuduh ramai pemain bola sepak menuntut gaji tinggi punca KAFA dan segelintir persatuan bola sepak lain sedang mengalami masalah kekurangan dana.

Justeru, beliau menggesa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menghadkan gaji pemain bola sepak Malaysia kononnya bagi menyelamatkan liga bola sepak negara daripada kehancuran.

Dakwa Annuar banyak pasukan bola sepak akan `bungkus' atau `tutup kedai' jika FAM tidak bertindak segera menetapkan gaji maksimum pemain.

Tersenyum JDTUN membaca kenyataan itu. Satu dakwaan yang sangat dangkal dan keterlaluan oleh individu yang media julang-julangkan sebagai tokoh bola sepak negara.

Benarkah tuduhan Annuar pasukan bola sepak terpaksa ditutup jika tidak mencukupi wang untuk membeli pemain mahal?. Adakah sesebuah pasukan memang diwajibkan membeli pemain mahal jika mahu terus kekal dalam liga Malaysia?.

Jika benar begitu pasti banyak pasukan yang satu waktu dahulu kekurangan dana untuk membeli pemain hebat-hebat termasuk Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) sudah berbelas-belas tahun tiada dalam liga.

Pasti banyak juga pasukan yang berada dalam liga bawah seperti Melaka sudah `gulung tikar' kerana tidak mempunyai peruntukan besar untuk membeli pemain berstatus bintang bergaji besar.

Gamaknya kedua-dua pasukan ini masih terus wujud, kekal memberi saingan untuk terus memeriahkan liga tempatan atas semangat kesukanan.

Norma sukan bola sepak - jika tidak mampu membeli pemain mahal maka beli pemain berdasarkan bajet yang ada dan cuba sehabis baik. Itu yang diamalkan PBNJ dan banyak pasukan lain selama ini tanpa merungut.

Tidak pula PBNJ dan pasukan-pasukan itu mempertikaikan pasukan lain seperti Kelantan kerana mempunyai sumber kewangan yang jauh lebih hebat dan kukuh untuk membeli pemain terbaik satu waktu dahulu.

JDTUN sangsi kenyataan Annuar itu sebenarnya bermaksud jika pasukan bola sepak Kelantan tidak dapat membeli pemain berstatus bintang lalu tewas dalam persaingan maka liga bola sepak Malaysia akan musnah.

Mungkin juga ia bermakna jika pasukan bola sepak Kelantan dan beberapa pasukan lain itu yang menang manakala banyak pasukan lain kalah seperti dulu-dulu maka bola sepak negara akan maju dan membangun.

Apa agendanya disebalik kenyataan Annuar itu hanya Tuhan yang tahu. Namun ia satu kenyataan yang cukup `selfish'.

Bukankah dahulu pasukan bola sepak Kelantan antara pasukan termewah kerana menerima banyak tajaan daripada sektor korporat.

Atas kemewahan itu KAFA mampu menawarkan gaji tertinggi yang boleh ditawarkan oleh mana-mana persatuan bola sepak kepada pemain terbaik tempatan dan import lalu mencatat beberapa siri kemenangan.

Ironinya tiada pula pasukan lain mempertikaikan kemewahan dana pasukan bola sepak Kelantan waktu itu.

Oleh itu bagi mengubati kekecewaan KAFA, JDTUN mencadangkan FAM menghadkan gaji paling tinggi yang boleh ditawarkan kepada pemain di Malaysia mengikut kemampuan KAFA.

Jika KAFA cuma mampu membayar gaji RM10,000 sebulan untuk seorang pemain maka pasukan lain tidak dibenarkan menawarkan gaji lebih tinggi daripada itu.

Jika tiba-tiba esok KAFA boleh bayar gaji RM30,000 baru persatuan bola sepak lain boleh tawarkan gaji lebih RM10,000. Yang wajib kepentingan bola sepak Kelantan perlu dijaga supaya sentiasa mempunyai kelebihan untuk menang.

Annuar cuba mengaburi senario banyak persatuan bola sepak mendakwa tidak mempunyai dana sudah lama berlaku - bukan sekarang sewaktu sebilangan pemain mula menuntut gaji tinggi.

Perlu diketahui juga bukan semua pemain menuntut gaji tinggi sebaliknya cuma pemain berstatus bintang. Lagipun liga bola sepak Malaysia memang sudah lama hancur iaitu kira-kira 30 tahun lalu sebelum pemain mula menuntut gaji tinggi.

Jangan salahkan pemain menuntut gaji tinggi kerana itu hak mereka mendapat kehidupan lebih baik. Pemain ibarat pekerja berhak memilih majikan yang lebih menjamin kebajikan kerana mereka tidak dapat berkhidmat sehingga usia 60 tahun.

Jangan marah pemain bintang tempatan menuntut gaji tinggi kerana hadiah kemenangan yang diagihkan sesama mereka tidak semewah hadiah kemenangan seorang pemain golf atau badminton.

Jangan pula bandingkan gaji pemain Australia, Thailand atau Singapura kerana mata wang mereka berbeza berbanding RM. Seringgit duit Malaysia tidak sama nilainya dengan mata wang di ketiga-tiga negara berkenaan.

Paling penting jangan berani salahkan gaji pemain tinggi punca persatuan bola sepak mengalami masalah dana kerana tiada pasukan di negara ini dipaksa membeli pemain-pemain mahal.

Apa pun ada jua perkhabaran JDTUN terima banyak pasukan sebenarnya memiliki dana mencukupi tetapi enggan mengakui. Persoalan terpenting kemanakah dana itu pergi selama ini?.

JDTUN cukup prejudis dalam isu dana kerana kami mendapat tahu ada calon Exco persatuan bola sepak negeri sanggup berbelanja ratusan ribu ringgit semata-mata untuk berkempen bagi memenangi jawatan mereka.

Pasti mereka sanggup mengeluarkan wang sebanyak itu kerana bakal meraih pulangan lebih lumayan. Apakah pulangan itu?. Mungkin kontrak tanam rumput atau bersih tandas bernilai jutaan ringgit. Sekali lagi hanya Tuhan yang tahu.

JDTUN percaya cadangan Annuar supaya gaji pemain dihadkan yang bakal menghancurkan industri bola sepak negara jika ia dilaksanakan oleh FAM.

Natijah menghadkan gaji pemain akan menyebabkan tidak ramai rakyat Malaysia berminat untuk aktif dalam bidang sukan bola sepak.

Ramai ibu bapa akan menghalang hasrat anak mereka untuk menjadi pemain bola sepak kerana tidak menjamin masa depan.

Ramai pemain bola sepak hidup merana selepas bersara pada usia 30an kerana tidak mempunyai simpanan mencukupi.

JDTUN mengerti Annuar sebenarnya marah kerana pemain berstatus bintang, Norsharul Idlan Talaha (Mat Yo) enggan kembali ke Kelantan kerana gaji dipinta tidak mampu dipenuhi KAFA.

JDTUN juga mengerti Annuar tertekan kerana kelangsungan karier politik beliau terletak pada kejayaan bola sepak Kelantan. Kerana bola sepak Kelantan beliau masih kekal menjadi Ahli Parlimen di negeri yang majoriti rakyat mengundi parti lawan.

Justeru, JDTUN berasa bimbang jika isu gaji pemain ini sengaja `dikambinghitamkan' sebagai konspirasi terbaru untuk menghalang kemajuan bola sepak Johor demi kepentingan pasukan dan pengaruh politik masing-masing.

Selama ini mereka bersengkongkol dengan media menyebarkan propaganda bagi menjatuhkan bola sepak Johor. Mungkin isu gaji pemain tinggi senjata terkini dalam misi menghalang kejayaan Harimau Selatan pada musim hadapan.

Nampak gaya atas kepentingan ahli politik, hanya mereka, pemain golf dan badminton sahaja yang layak hidup mewah dalam bidang sukan di negara ini
 
Bagi aku
Gaji tu hak masing2
Masing2 boleh demand gaji
Jangan kate pemain bola, menteri pon demand gaji sebab kononnye kene ikat perot
Pekerje kerajaan pon tiap tahun melalui persatuan mereke asyik demand gaji naik
So soal gaji pemain bola same macam kes pekerjaan lain
Sebagai pekerje kalau tak puas hati pasal gaji, cari kerje lain
Majikan pula kalau tak puas hati dengan gaji yg diminta oleh pekerje, cari pekerje lain
Senang cite
 
251303_472010106164376_1528115440_n.jpg


419669_449279861780234_1767950255_n.jpg
 
haters detected!... haters abadi!
 
kalau tak mampu tawarkan gaji tinggi pada pemain
lebih baik praktikkan polisi cantera.

promote pemain muda dari skuad pelapis.

kat europe, sporting lisbon tu takde bising suruh FPF hadkan gaji pun sebab dia tahu kedudukan kewangan dia setakat mana.

jadi dia develop player sendiri dan letak release clause. siapa nak rembat kena bayar dulu.

pemain tu bukan barangan kawalan.
tak caya tanya hasan malek.
 
Back
Top
Log in Register