BTC USD 62,722.1 Gold USD 4,312.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anjing liar masuk pasar basah

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Beberapa anjing liar berkeliaran di pasar basah Jerantut pada waktu malam ini hingga menimbulkan ketidakselesaan dalam kalangan pengguna Islam.


JERANTUT - Pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta memastikan kawasan pasar basah dijaga dengan baik pada waktu malam kerana menjadi tempat anjing liar mencari makanan.

Pengunjung, Mohd Rafizi Hamdan, 30, berkata, dia yang melalui kawasan di pasar basah itu pada malam hari melihat banyak anjing liar berkeliaran di dalam pasar itu untuk mencari makanan.

Menurutnya, bukan itu sahaja anjing liar itu juga memanjat tempat peniaga meletakkan ikan, daging, ayam dan sebagainya menyebabkan timbul rasa jijik.

“Dalam hal ini kita minta PBT memastikan kawasan pasar basah itu dapat dijaga dengan baik pada malam hari atau dibina pagar supaya dapat ditutup bagi menghalang
kemasukan anjing pada malam hari.

“Jika dilihat perkara ini boleh menimbulkan kebimbangan kepada pembeli Islam kerana was-was dengan kawasan yang dipanjat oleh anjing liar itu. Kemungkinan kawasan tempat jualan itu dijilat anjing liar dan pastinya air liur binatang itu boleh menimbulkan keraguan,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Rafizi berkata, selain itu dia juga minta peniaga Islam supaya memastikan tempat meletakkan barangan jualansepertiikan, daging, ayam atau sayuran ditutup dengan kemas sebelum pulang ke rumah.

Menurutnya,denganmenutup kawasan itu dengan kemas ia tidak dapat diselongkar oleh anjing liar itu.

“Kitajuga minta peniaga supaya dapat membersihkan kawasan perniagaan masing-masing supaya tidak meninggalkan sebarang sisa jualan yang boleh menarik anjing ke kawasan perniagaan mereka.

“Dalam hal ini kita minta supaya semua pihak bekerjasama dalam memastikan tahap kebersihan pasar basah, peniaga dan kawasan perniagaan supaya tidak menimbulkan rasa kurang selesa dalam kalangan pembeli Islam,” katanya.
 
ada kedai nasi goreng famous tu siap tido lg atas tempat menggoreng tu


.
 
Back
Top
Log in Register