BTC USD 62,356.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anjing berjaya selamatkan tuan

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Lika bersama Kopi yang telah menyelamatkan nyawanya daripada menjadi mangsa kebakaran.
< 1 / 2 >
JOHOR BAHRU - Seorang warga emas diselamatkan anjing peliharaannya daripada turut menjadi mangsa kebakaran selepas rumah yang didiami sejak lebih 15 tahun lalu hangus terbakar awal pagi, semalam.

Kejadian sekitar jam 1.45 pagi itu, mengorbankan seorang mangsa yang tinggal sendirian dipercayai lemas terhidu asap tebal selepas gagal menyelamatkan diri.

Mangsa, Nagi Sakura, 40, yang berasal dari Sarawak ditemui di bahagian dapur rumahnya oleh sepasukan anggota bomba dan penyelamat dalam operasi memadam kebakaran yang dipercayai berpunca daripada rumahnya.

Jirannya, Lika anak Dugas, 67, berkata, dia bernasib baik kerana terjaga daripada tidur selepas baju dan rambutnya ditarik berkali-kali oleh seekor anjing peliharaannya yang diberi nama Kopi.

Menurutnya, walaupun sedih kerana rumah yang didiami sendirian sejak lebih 15 tahun lalu musnah dalam sekelip mata, namun lega kerana umurnya masih panjang.

“Nasib aku agak baik kerana terjaga selepas baju dan rambut ditarik Kopi seolah-olah memberi isyarat supaya aku menyelamatkan diri. Mulanya, aku marah kerana sepanjang lima bulan dibela, Kopi tak pernah bertindak begitu.

“Namun, selepas melihat api yang mula marak membakar rumah jiran sebelah, aku segera mendukung Kopi keluar menyelamatkan diri,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Lika yang tinggal sebatang kara kini buntu mencari tempat berteduh kerana pendapatannya hanya bergantung harap kepada upah mencuci taugeh selepas kematian suami sejak lima bulan lalu.

Menurutnya, dia berharap ada pihak yang sudi membantunya.

“Upah mencuci taugeh sekadar lepas sesuap nasi, untuk menyewa rumah aku tak mampu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya, Tahrin Saat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.45 pagi dan tiba di lokasi kejadian sembilan minit kemudian.

Menurutnya, seorang lelaki yang difahamkan berkerja sebagai pengawal keselamatan ditemui mati dalam keadaan legam akibat kepanasan dan sedikit melecur.

“Difahamkan, mangsa cuba menyelamatkan diri melalui pintu belakang rumah, tapi terhalang oleh botol plastik yang banyak dikumpulkan di dalam rumah.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bedah siasat. Punca dan kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Tahrin menasihatkan orang ramai supaya tidak meletakkan barangan yang boleh menghalang pintu keluar selain menyimpan alat pemadam api dan alat pengesan asap.




SUMBER:www.sinarharian.com.my/anjing-berjaya-selamatkan-tuan-1.208060
 
omputih cakap man's best friend anjing nie
 
Ciptaan Allah. Wlpun haram tapi ada sebab mengapa Allah menciptanya..
 
sayang betul anjing pada tuannya.
 
Boleh harap anjing ni.... tak sia2 tuan dia bela
 
Back
Top
Log in Register