BTC USD 62,374.1 Gold USD 4,473.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Angkor Wat di Kemboja

carnationmyra

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,152
Joined
May 9, 2008
Messages
22,152
Reaction score
165
Points
123
Angkor Wat tarikan Kemboja
Oleh Hazirah Che Sab

AngkorWat630-9974.jpg



Bukti kekejaman Khmer Rouge di Muzium Pembunuhan Beramai-ramai Tuol Sleng dan Killing Fields, turut jadi tumpuan

MENGUNJUNGI Kemboja tidak lengkap rasanya tanpa menjejakkan kaki ke tiga tempat yang meletakkan nama negara itu dalam peta dunia - Muzium Pembunuhan Beramai-ramai Tuol Sleng, Killing Fields dan Angkor Wat.

Justeru, kesempatan membuat liputan Dialog Antara Agama Serantau Keempat di negara yang menyimpan 1,001 sejarah hitam itu diambil sepenuhnya oleh penulis untuk mengunjungi Tuol Sleng dan Killing Fields di Phnom Penh dan Angkor Wat di Siem Rep.

Peluang mengunjungi Muzium Tuol Sleng atau dikenali sebagai S-21, bekas sekolah tinggi yang ditukar fungsi sepenuhnya oleh pemimpin rejim Khmer Rouge, Pol Pot ketika berkuasa dari 1975 hingga 1979 menjadi pusat penyeksaan, hadir pada hari ketiga penulis berada di Phnom Penh.

Menjenguk sendiri bilik seksaan dan peraturan yang tertera untuk dipatuhi banduan membuatkan penulis benar-benar faham mengapa sehingga kini rakyat Kemboja masih tidak mampu memaafkan pegawai rejim Khmer Rouge.

Antara peraturan tidak masuk akal yang perlu dipatuhi banduan ialah tidak boleh mengeluarkan suara jika disebat atau diseksa dengan kejutan elektrik dan perlu menjawab semua soalan yang dikemukakan tanpa mengambil masa untuk berfikir.

Pol Pot tidak mengenal mangsa - lelaki, wanita, orang tua dan kanak-kanak malah antaranya masih bayi - semuanya menjadi habuan. Mangsa Pol Pot selalunya di kalangan golongan berpendidikan tinggi dan memiliki tapak tangan halus sebagai tanda tidak pernah melakukan kerja kasar.

Di muzium itu juga terdapat 14 kubur yang dikatakan mangsa terakhir daripada kira-kira 17,000 banduan. Kaedah pembunuhan juga begitu menyeksakan.

Banduan yang dikenal pasti akan dijatuhkan hukuman bunuh diangkut ke Killing Fields dan diberi dua pilihan menamatkan hayat dengan cara amat zalim - dikelar tengkuk dengan pelepah kelapa sawit yang ditajamkan atau buah zakar dihentak dengan kuat.

Penulis bersama rakan wartawan dari Indonesia, Vietnam dan Filipina kemudian bertolak ke Siem Rep yang mengambil masa kira-kira enam jam perjalanan dengan menaiki bas.

Menjejakkan kaki ke satu daripada tujuh keajaiban dunia secara tidak langsung merealisasikan sebahagian impian penulis untuk menatap sendiri keunikan Angkor Wat. Secara jujur, penulis akui tidak mampu meneroka setiap pelusuk kuil yang dibina pada awal abad ke-12 itu oleh Suryavaram II, bagi menghormati Dewa Vishnu kerana kawasan yang terlalu luas.

Namun peluang mengamati sebahagian binaan itu sudah mencukupi sebagai bekalan untuk dibawa pulang kerana sekurang-kurangnya satu daripada tujuh keajaiban dunia sudah dikunjungi.

Pengalaman selama enam hari di Kemboja begitu berharga walaupun hati begitu merindui tanah air sendiri. Paling menarik yang dapat disimpulkan penulis ialah pengguna jalan raya yang begitu selamba memaksimumkan kehadiran mereka tanpa ada peraturan yang perlu dipatuhi.

Keadaan bersimpang siur dengan kenderaan saling celah mencelah begitu mengagumkan penulis yang ada kalanya mengucap beberapa kali kerana kenderaan dinaiki menuju tepat ke arah kenderaan yang datang dari arah bertentangan.

Sesekali terlintas juga di fikiran, mat rempit Malaysia hanya mampu bermegah dengan aksi ***** di jalan raya lengang dan bersistematik tetapi di Kemboja, tidak keterlaluan dikatakan mereka hanya mampu menelan air liur memerhatikan pemandu di jalan raya Kemboja menunjukkan kecekapan mereka tanpa ada orang lain menjadi mangsa.

FAKTA:

Pol Pot


* Pemimpin Khmer Rouge, Pol Pot atau nama sebenarnya Saloth Sar berkuasa dari 1975 hingga 1979.
* Pol Pot adalah singkatan Political Potential yang terlalu taksub dengan ajaran Komunis.
* Terima biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di Perancis tetapi dibuang kerana terlalu terbabit dengan komunis.
* Menukar fungsi bekas sekolah tinggi sebagai pusat penyeksaan.
* Pembunuhan di pusat penyeksaan dilakukan menggunakan sama ada kapak, pisau atau buluh.



Killing Fields

* Kawasan menjadi saksi pembunuhan kira-kira 20,000 penduduk Kemboja.
* Kawasan seluas 2.5 hektar menjadi kubur kepada kira-kira 11,000 mayat.
* 9,000 kubur digali dan tengkorak serta tulang temulang mangsa dipamerkan di Tugu Peringatan Choeung Ek.
* Kubur besar menempatkan lebih 100 mangsa kanak-kanak dan wanita yang kebanyakannya bogel.
* Bayi yang lahir hasil hubungan lelaki dan wanita bijak turut dibunuh kerana tidak mahu mereka mewarisi kepandaian ibu bapa masing-masing.
* Mangsa dihempas ke pokok dan sisa darah masih jelas kelihatan sehingga hari ini.



Angkor Wat

* Kuil dibina pada awal abad ke-12 oleh Suryavaram II.
* Pembinaan bertujuan menghormati Dewa Vishnu.


satelite photo of angkor wat....

angkor_wat_mid.jpg



bagaimana candi ini dibina....masih dalam pencarian....sebab masa zmn skola...cikgu kate...candi ini trbina hasil dr pertolongan dewa dewi...

kalo sape2 ad maklumat pasal pembinaan candi nih...kongsi2 la ye....
 
Last edited:
Salah satu tempat yang patut dilawati di Asia. Monumen Sejarah yang mengkagumkan.
 
Angkor Wat dibina oleh Raja Suryavarman II pada pertengahan abad ke 12. Pembinaan Angkor Wat memakan masa selama 30 tahun. Angkor Wat terletak di dataran Angkor yang juga dipenuhi binaan kuil-kuil yang indah-indah, tetapi Angkor Wat merupakan kuil yang paling terkenal di dataran Angkor. Raja Suryavarman II membina Angkor Wat menurut kepercayaan Hindu yang meletakkan gunung Meru sebagai pusat dunia dan merupakan tempat tinggal dewa-dewi Hindu, dengan itu menara tengah Angkor Wat adalah menara tertinggi dan merupakan menara utama dalam binaan Angkor Wat.

Sebagaimana dongeng gunung Meru, kawasan kuil Angkor Wat dikelilingi oleh dinding dan terusan yang mewakili lautan dan gunung yang mengelilingi dunia. Jalan masuk utama ke Angkor Wat yang sepanjang setengah kilometer dihiasi susur pemegang tangan dan diapit oleh tasik buatan manusia yang dikenali sebagai Barays. Jalan masuk ke kuil Angkor Wat melalui pintu gerbang, mewakili jambatan pelangi yang menyambungkan antara alam dunia dengan alam dewa-dewa.

Angkor Wat berada dalam keadaan yang baik berbanding dengan kuil lain di dataran Angkor disebabkan Angkor Wat telah ditukar menjadi kuil Buddha dan digunakan secara berterusan apabila kepercayaan Buddha menggantikan kepercayaan Hindu di Angkor pada abad ke 13. Kuil Angkor pernah dijajah oleh Siam pada tahun 1431.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Angkor_Wat
 
Last edited:
Kerajaan Angkor.

• Empayar Khmer muncul akibat serangan Kerajaan Sailendra yang membawa kepada perpecahan Kerajaan Chenla pada tahun 700-800 M.

• Maka, Kerajaan Chenla yang merupakan zaman pra-Angkor telah terpisah.

• Seterusnya, Kerajaan Khmer wujud di Angkor lebih kurang pada 800 hingga 1300 M iaitu bermula dari abad ke 9 hingga abad ke 14.

• Zaman ini merupakan kesinambungan daripada kerajaan Chenla.

• Penyatuan Chenla Utara dan Chenla Selatan telah membawa kepada terbentuknya empayar orang-orang Khmer yang kemudiannya wujud sebagai satu tamadun yang tinggi di Asia Tenggara.

• Kerajaan Khmer terletak di utara Tasik Besar Tonle Sap, keluasannya meliputi 232 km2 dan terdiri daripada kulil-kuil dinding-dinding batu, parit-parit, jalan-jalan dan takungan air.

• Kerajaan Khmer telah diasaskan oleh Jayavarman I yang memerintah dari tahun 802-850 M.

• Ia bertapak di lembangan Sungai Mekong dan memulakan pemerintahannya di ibukota Indrapura.

• Selepas berlakunya beberapa siri pertempuran, baginda telah melantik dirinya menjadi pemerintah tertinggi di Gunung Kulen yang terletak di sekitar 30km timur laut Angkor.

• Kemudian baginda memanggil tempat tersebut sebagai Hariharalaya.

• Seterusnya, baginda telah membuka satu era pemerintahan yang mengkagumkan dan kemudiannya diteruskan pula oleh pemerintah yang selepasnya.

• Empaya Khmer mencapai zaman kegemilangannya bermula dari selari dengan perkembangan raja-raja yang memerintah empayar tersebut.

• Oleh itu, Jayavarman I dikatakan sebagai pengasas Kerajaan Angkor walaupun baginda bukanlah pengasas yang sebenarnya.
 
Last edited:
Raja- raja Angkor.

1. Jayavarman II (802(?))

2. Jayavarman III, anak kepada Jayavarman II (850)

3. Indravarman I, sepupu kepada Jayavarman III (877 )

4. Yasovarman I, anak kepada Indravarman (889)

5. Harshavarman I, anak kepada Yasorvarman (900)

6. Isanavarman II, saudara kepada Harshavarman (Kira-kira 922)

7. Jayavarman IV, perampas kuasa (928)

8. Harshavarman II, anak kepada Jayavarman IV (942)

9. Rajendravarman II, cucu kepada Indravarman (944)

10. Jayavarman V, anak kepada Rajendravarman II (968 )

11. Udayadityavarman I, anak saudara sebelah ibu kepada Jayavarman V (1001)

12. (Jayaviravarman, 1002 (?) - 1011 (?) (-)

13. Suryavarman I, perampas kuasa (1002)

14. Udayadityavarman II, anak kepada Suryavarman I (1050)

15. Harshavarman III, saudara kepada Udayadityavarman II (1066)

16.Jayavarman VI, perampas kuasa (1080)

17.Dharanindravarman I, saudara kepada Jayavarman VI (1107)

18. Suryavarman II, sucu saudara sebelah ibu kepada Dharanindravarman I (1113)

19. Dharanindravarman II, sepupu kepada Suryavarman II (1150)

20. Yasovarman II, anak kepada Dharanindravarman II (1160)

21. Tribhuvanadityavarman, perampas kuasa (1166)

22. Jayavarman VII, anak kepada Dharanindravarman II (1181)

23. Indravarman II, anak kepada Jayavarman VII (1219)

24. Jayavarman VIII, cucu (?) kepada Indravarman II (1243)

25. Indravarman III, menantu kepada Jayavarman VIII (1295)

26. Indrajayavarman, keluarga Indravarman III (1308)

27. Jayavarman Paramesvara, keluarga Indrajayavarman
(1327-1353(?)


 
Last edited:
Struktur dan Binaan Angkor Wat.

• Angkor Wat mempunyai ketinggian 130 kaki dengan teres empat segi dan keluasannya 750 atau seluas 1km panjang dan 800m lebar.

• Pembinaan ini menyerlahkan tentang keunikan bangsa
Khmer

• Angkor Wat dikelilingi oleh parit berukuran 200m lebar yang berfungsi sebagai sistem saliran dan juga untuk tujuan pertahanan.

• Dikatakan bahawa Angkor Wat merupakan kuil Khmer yang paling luas di Asia Tenggara dan juga di dunia. Yang menariknya, dindingnya diukir dengan imej-imej yang tertentu.

• Ukiran-ukiran yang terdapat di dinding wat ini menggambarkan kisah-kisah seperti yang terdapat di dalam epik Ramanyana dan Mahabrata iaitu epik India yang masyhur dalam sastera di Asia Tenggara. Ukiran yang terdapat pada dindingnya sangat halus dan tinggi mutunya.

• Menaranya pula disaluti emas dan ukiran timbulnya dicat berwarna-warni.

• Kuil ini begitu unik kerana berbeza daripada kuil-kuil lain yang terdapat di Angkor kerana hanya Angkor Wat sahaja yang menghadap ke barat sedangkan kuil-kuil yang lain menghadap ke timur.

• Ada pendapat yang mengatakan bahawa keadaan sedemikian berlaku kerana disebabkan oleh pembinaannya sebagai kuil yang dibina khusus untuk tempat persemadian Suryavarman II yang telah meninggal dunia lalu rohnya bersatu dengan tuhan Vishnu.

• Kehebatan reka bentuk Angkor ini dianggap setanding dengan bangunan atau monumen dunia barat yang dibina sezaman dengannya.

• Di dalam Angkor Wat terdapat galeri yang rendah dan ruang-ruang yang terbuka dengan tiang-tiangnya mengelilingi kuil tersebut.

• Dinding-dinding diukir lengkap dengan epik-epik dan lagenda Hindu.

• Ia juga dikatakan ukiran batu yang terpanjang di dunia dan ia juga direka dengan mengikut pusingan arah lawan jam.

• Kebanyakan pelawat akan memulakan perjalan dari pintu utama dan meneruskan perjalanan mengikut arah tersebut.

• Di dalam kompleks Angkor terdapat empat buah ruang yang dikatakan sebagai takungan kecil yang berbentuk seperti kolam yang mana pada awalnya mungkin mengandungi air yang digunakan untuk tujuan bersuci.

• Yang menariknya ialah ruang yang menempatkan lima buah menara.

• Pada ruang tersebut dikelilingi oleh galeri-galeri sebagai mana yang terdapat pada candi-candi Angkor yang lainnya.

• Dinding-dinding dan tiang-tiangnya turut dihiasi dengan gambar-gambar para penari sedang menghiburkan dewa-dewa dan diukir dengan 1700 ukiran di dalam bentuk-bentuk yang berlainan.

• Boleh dikatakan kesemua monumen yang ada di Angkor merupakan monumen-monumen yang dikhususkan untuk tujuan keagamaan.

• Pada awal pertemuannya ia dianggap sebagai istana raja.

• Sebenarnya istana raja mempunyai struktur yang ringkas sahaja iaitu terdiri daripada kayu-kayu dan batu-batu.

• Hanya istana yang diperbuat daripada batu konkrit sahaja yang terletak di Bayon.

• Batu-batu dan bahan laterit merupakan material yang tahan lama digunakan untuk pembinaan kuil.

• Kepercayaan agama orang Khmer boleh dilihat dari segi arkitektur Hinduisme yang mendominasikan pembinaan candi Angkor ini.

• Para pengkaji mendapati bahawa pelan struktur bangunan kuil-kuil itu ditiru secara langsung dari negara India.

• Pemerintah Angkor telah mengimport secara langsung teknik dari India dengan sedikit percampuran unsur-unsur dan teknik-teknik dari Jawa.

• Orang Khmer ini akhirnya membuat interpretasi sendiri tentang kuil dan monumen yang dibina ini.
 
Last edited:
Tujuan Pembinaan Angkor Wat.

• Kuil besar yang dibina ini tidak semata-mata digunakan untuk tujuan penyembahan sahaja tetapi dibina juga untuk menunjukkan kekuasaan raja sebagai tuhan atau anak tuhan di muka bumi ini dan dikenali dengan konsep devaraja.

• Monumen yang dibina ini juga sebagai memperingati orang-orang yang disayangi dan keturunan mereka.

• Menerusi konsep Devaraja ini raja akan bersama Tuhan apabila mati.

• Di sebalik kepercayaan ini, wujud satu keperluan bagi setiap raja untuk membina kuil yang direka mengikut imejnya sendiri yang bergabung dengan unsur-unsur ketuhanan.

• Semua kehidupan dan kebaikan raja tersebut bergantung kepada keunikan hubungan Raja itu dengan Tuhan.

• Semasa hidup amalan raja berkait rapat dengan sifat-sifat ketuhanan, di mana ia akan menghubungkan raja terus kepada tuhannya.

• Oleh itu, yang menyatukan kedua-dua hubungan ini ialah dengan pembinaan kuil-kuil.

• Di dalam konteks ini, terdapat raja atau pemerintah yang berumur panjang dan mampu membina kuil-kuil yang besar dan cukup indah.

• Walaupun pembinaan kuil-kuil tersebut penting untuk tujuan keagamaan, tetapi ia juga memainkan peranan di dalam penubuhan empayar dan kuil utama seperti Angkor Wat dan Bayon yang juga dikenali sebagai "state temple".

• Kuil ini sebenarnya menggantikan kuil yang lama telah diridirikan sebelum ini.

• Bagi state temple, para arkiteknya cuba memperbaharui apa yang diingini oleh pemerintah.

• Dalam konteks ini, bentuk yang asal adalah seperti kuil gunung atau ”mountain temple” yang berbentuk piramid.

• Pembinaan Angkor Wat melambangkan kekuasaan pemerintah Angkor pada masa itu.

• Angkor Wat dapat dibina dengan indah, luas dan unik kerana sudah wujud para arkitek yang mahir dalam mereka bentuk struktur-struktur bangunan yang cukup indah.

• Tujuan-tujuan Angkor Wat dibina adalah untuk tujuan penyembahan, pengkebumian raja atau meperingati sejarah keturunan dan salasilah mereka.

• Semakin lama, semakin banyak berlaku perubahan kepada struktur-struktur Angkor Wat dan monumen-monumen lain selaras dengan peredaran masa kerana reka bentuk monumen-monumen ini mula meniru dan mengadunkan reka bentuk asing.

• Pada Angkor Wat ini terdapat 8 buah menara kecil yang mengelilingi satu bentuk piramid yang lebih besar yang berilhamkan Gunung Mahameru.

• Puncak Mahameru atau dikenali juga sebagai Hon Of Gold atau puncak gunung emas merujuk kepada pusat kuil itu sendiri yang merupakan tempat yang paling suci.

• Tempat pemjuaan di tengah kuil ini terdapat patung Vishnu yang menunggang Garuda.

• Simbolisme susunan piramid ini ialah raja dikelilingi oleh Brahmin-brahmin dan sami-sami yang setia kepada raja.

• Lapan buah menara batu yang mengelilingi piramid ini meupakan pengawal iaitu simbolisme kepada raja serta sami-sami Hindu.

• Simbolisme ini diperkembangkan lagi dengan hasil lim puncak gunung Mahameru sebagai lima buah menara.

• Satu puncak pusat dikelilingi oleh empat menara yang lain.

• Angkor merupakan kuil yang terbesar yang mempunyai simbilisme dalam skil yang lebih besar yang mana dikelilingi oleh parit, galeri-galeri mewakili gunung-gunung dan menara yang masyhur.

• Pada puncak Gunung Mahameru terdapat laluan dalam barisan teras dengan batu-batu yang berkepala naga yang membentuk sebuah jambatan yang menghubungkan antara manusia dengan dunia tuhan.

• Ada teori yang mengatakan semua ukiran yang penting pada kuil ini dilukis pada bilangan yang sama iaitu meniru segenap apa yang terdapat dalam kosmos logikal Hindu.

• Semasa Jayavarman VII, agama negara bertukar kepada Buddha tetapi simbolisme ini masih kekal.
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register