BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Angkara mat motor, bas terbabas

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


GEORGETOWN - Akibat mengelak daripada melanggar seorang penunggang motosikal, sebuah bas kilang terbabas lalu merempuh sebuah kedai kitar semula di Jalan Paya Terubong, Ayer Itam di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi, pemandu bas kilang itu dikatakan baru selesai menghantar pulang pekerja di kawasan perumahan mereka di Paya Terubong dan ia pula dalam perjalanan pulang ke stor simpanan bas.

Namun ketika menuruni bukit di jalan Tingkat Paya Terubong, pemandu bas berkenaan difahamkan cuba mengelak dari melanggar penunggang motosikal yang secara tiba-tiba masuk ke laluannya lalu merempuh dua kenderaan lain sebelum melanggar bahagian depan kedai berkenaan.

Akibat kejadian itu, pemandu bas berkenaan mengalami kecederaan di bahagian kepala akibat terkena serpihan kaca cermin bas.

Rempuhan kuat itu turut merosakkan bumbung sebuah rumah kedai yang terletak bersebelahan dengan premis kitar semula.

Penunggang motosikal dan dua pemandu kereta terbabit bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Jurucakap polis berkata, hanya pemandu berusia 40-an itu mengalami kecederaan di kepala dan dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP).

Menurutnya, ketika kejadian, premis terbabit tidak mempunyai pekerja dan mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan akibat rempuhan bas berkenaan.

Sementara itu, pengusaha kedai kitar semula, R Anita, 32, terkejut sebaik dimaklumkan mengenai kejadian yang hampir meranapkan premis yang beroperasi sejak tujuh tahun lalu.

“Ketika kejadian saya dalam perjalanan membuka kedai itu dan tiada seorang pun pekerja dalam premis berkenaan.

“Walaupun kedai rosak teruk namun saya bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa dalam kejadian ini,” katanya.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/angkara-mat-motor-bas-terbabas-1.39600
 
slmt penunggang motor tu..
bijak tindakan pemandu bas..
 
Mat rempit ni kadang2 tak reti-reti. Main cilok masuk ikut suka jek. Kadang berderau darah tetiba je dia potong dan masuk depan kita..
 
Mat rempit ni kadang2 tak reti-reti. Main cilok masuk ikut suka jek. Kadang berderau darah tetiba je dia potong dan masuk depan kita..


mane ko tau tu mat rempit? kalau org tua panggil mat rempit gak ke?:mad:
bkn sume org boleh panggil mat rempit beb...:D
 
Back
Top
Log in Register