BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,361.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anggur shine muscat Thai ada racun perosak - JANGAN BELI

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,513
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,513
Reaction score
1,681
Points
201
6123006850531180640_120.jpg

6123006850531180641_121.jpg

Anggur shine muscat Thai ada racun perosak berlebihan akan disiasat

PUTRAJAYA- Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil maklum berhubung laporan The Thai Pesticide Alert Network (Thai-PAN) berkaitan anggur Shine Muscat yang mengandungi residu racun perosak melebihi kadar maksimum yang dibenarkan (MRL).

KKM berkata, pihaknya melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) menjalankan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan keselamatan makanan termasuk makanan import berdasarkan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.

Katanya, di Malaysia, residu racun perosak dikawal di bawah Peraturan 41, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang turut merujuk kepada standard antarabangsa Codex.

“PKKM telah mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas sayur-sayuran dan buah-buahan import yang tidak mematuhi MRL termasuk arahan penarikan balik produk di seluruh negara, pelupusan, re-eksport atau pendakwaan kes,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Jelas KKM, bagi buah anggur pula, sejumlah 234 sampel anggur telah dianalisa dalam tempoh tersebut di mana 4 (1.71 peratus) telah dikesan tidak mematuhi MRL.

Katanya, ia tidak melibatkan anggur Shine Muscat.

“Tindakan pemeriksaan Tahan, Uji dan Lepas (TUL) pada kemasukan seterusnya dikenakan, di mana konsainan makanan tersebut wajib ditahan dan pensampelan perlu dijalankan.

“Dalam hal ini, kelulusan pelepasan di pintu masuk hanya akan diberikan sekiranya keputusan analisa mematuhi MRL yang ditetapkan.

“Larangan pengimportan akan dikenakan sekiranya terdapat pelanggaran yang berulang,” katanya.

Sebagai panduan kepada pengguna, setiap makanan yang diimport dan berbungkus, perlu mengandungi maklumat asas termasuk negara asal produk tersebut.

Sehubungan dengan itu, pengguna dinasihatkan untuk membaca label sebagai panduan. – KOSMO! ONLINE.

Artikel ➡️ Kosmo
 
Patut cari anggur ni dah xde kat supermarket. Rupanya beracun.
 
banyak shine muscat kat supermarket tu drp China kan?
saya selalu jugak beli..

Hari tu p Hat Yai...memang Shine Muscat dia jual lambak tepi jalan...so saya pun agak tentu keluaran Thailand bukan import..memang buahnya segar gila..dan jauh lebih besar drp yg kat Malaysia

selamat dah la makan beberapa kilo..huhu..tak tau pulak ada isu racun.. 😅
 
Siam kalau bab pertanian mmg diorang hebat....durian takde bau isi kuning pun dia boleh keluarkan. Haii sedapnya makan anggur kat Hatyai. Lama dah tak pegi Thailand. Last pegi Thailand hari tu tahun 2005, order air tembikai madu..fresh takde air gula separuh cawan mcm kat Malaysia....air buah je dah manis melekat.
 
6123006850531180640_120.jpg

6123006850531180641_121.jpg

Anggur shine muscat Thai ada racun perosak berlebihan akan disiasat

PUTRAJAYA- Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil maklum berhubung laporan The Thai Pesticide Alert Network (Thai-PAN) berkaitan anggur Shine Muscat yang mengandungi residu racun perosak melebihi kadar maksimum yang dibenarkan (MRL).

KKM berkata, pihaknya melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) menjalankan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan keselamatan makanan termasuk makanan import berdasarkan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.

Katanya, di Malaysia, residu racun perosak dikawal di bawah Peraturan 41, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang turut merujuk kepada standard antarabangsa Codex.

“PKKM telah mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas sayur-sayuran dan buah-buahan import yang tidak mematuhi MRL termasuk arahan penarikan balik produk di seluruh negara, pelupusan, re-eksport atau pendakwaan kes,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Jelas KKM, bagi buah anggur pula, sejumlah 234 sampel anggur telah dianalisa dalam tempoh tersebut di mana 4 (1.71 peratus) telah dikesan tidak mematuhi MRL.

Katanya, ia tidak melibatkan anggur Shine Muscat.

“Tindakan pemeriksaan Tahan, Uji dan Lepas (TUL) pada kemasukan seterusnya dikenakan, di mana konsainan makanan tersebut wajib ditahan dan pensampelan perlu dijalankan.

“Dalam hal ini, kelulusan pelepasan di pintu masuk hanya akan diberikan sekiranya keputusan analisa mematuhi MRL yang ditetapkan.

“Larangan pengimportan akan dikenakan sekiranya terdapat pelanggaran yang berulang,” katanya.

Sebagai panduan kepada pengguna, setiap makanan yang diimport dan berbungkus, perlu mengandungi maklumat asas termasuk negara asal produk tersebut.

Sehubungan dengan itu, pengguna dinasihatkan untuk membaca label sebagai panduan. – KOSMO! ONLINE.

Artikel ➡️ Kosmo
sedap anggur ni...murah pulak tu
 
semalam saya p Teco tengok ada shine muscat size jumbo!
jual murah gila

se pek baru RM 5.50!!
biar betul!
tengok ..origin : China...
bukan Thailand

so saya pun belilah sikit

sedapppp

(dlm hati tertanya2 juga....kenapa murah sgt & besar sgt buahnya.. )

err...Lotus...haha...mana ada Tesco dah.. 😅
 
Back
Top
Log in Register