BTC USD 60,554.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anggota tentera hilang

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
helmy-hilang-o_1536635585.jpg

MOHAMMAD Helmy kali terakhir dilihat keluar dari pintu belakang kem kira-kira jam 5 petang.







KUALA LUMPUR: Seorang anggota tentera tidak pulang ke rumah di kuarters Kem Perdana Sungai Besi selepas keluar menunaikan solat asar petang semalam.

Mohammad Helmy Noorsham, 31, kali terakhir dilihat keluar dari pintu belakang kem kira-kira jam 5 petang.

Isterinya, Nor Afzan Nor Ozman, 31, berkata memang menjadi kebiasaan suaminya pergi solat berjemaah di Masjid Kem Perdana, namun semalam dia tidak pulang.

“Dia ada beritahu saya, lepas selesai solat asar dia ingin berjumpa rakan. Selepas dia tidak juga pulang ke rumah malam tadi, saya terus ke balai polis untuk melaporkan kehilangannya.

“Saya amat risau, tambahan pula setiap kali pergi ke masjid dia memang tidak pernah membawa telefonnya sekali,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Afzan berkata, suaminya memakai baju biru dan seluar trek sewaktu meninggalkan rumah semalam.

Katanya, sesiapa yang mempunyai maklumat atau ternampak suaminya boleh menghubungi di nombor 018-2254416.









sumber: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/09/472259/anggota-tentera-hilang






.
 
ada sakit jantung

41452224_10214013856553988_8627629681710989312_n.jpg

Semoga dijumpai selamat
 
kemana hilangnya pulak..
kalau dalam hutan boleh la nak kata diculik bunian..
ni kat tgh2 bandar..
 
Ditemui selamat

KUALA LUMPUR: Anggota tentera yang dilaporkan hilang daripada rumahnya di Kem Perdana Sungai Besi, di sini, kelmarin, sudah ditemui.


Mohammad Helmy Noorsham, 31, yang kali terakhir dilihat keluar dari pintu belakang kem kira-kira jam 5 petang sudah pulang ke rumah selepas menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera, Tuanku Mizan, semalam.

Isterinya, Nor Afzan Nor Ozman, 31, berkata suaminya kini dalam keadaan baik.

Bagaimanapun, katanya, Mohammad Helmy masih tidak dapat mengingati bagaimana dan bila dia berada di hospital.

“Alhamdulillah, dia sudah pulang ke rumah kira-kira jam 5 petang semalam selepas dibenarkan keluar dari wad, setakat ini masih belum dikenalpasti apa punca sebenar kehilangannya.

“Rawatan dibuat untuk periksa komplikasi jantung atau halusinasi, itu sahaja setakat ini, apa yang berlaku sebenarnya masih tidak jelas,” katanya ringkas ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp.

Semalam, NSTP melaporkan anggota tentera yang bertugas di dalam Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT) itu hilang selepas keluar menunaikan solat Asar di masjid berhampiran rumahnya di Kem Perdana Sungai Besi kira-kira pada jam 5 petang.

Dia dilaporkan kali terakhir dilihat meninggalkan kem berjalan kali menggunakan pintu pagar belakang dipercayai untuk berjumpa rakannya.

Selepas beberapa jam tidak pulang, isterinya membuat laporan polis.


https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/09/472860/anggota-tentera-hilang-ditemui
 
Back
Top
Log in Register