TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
Rembau: Anggota polis maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditungganginya kemalangan dengan dua lori di Kilometer 228.6 lebuh raya PLUS (arah selatan), 1.30 pagi ini.Polis putus kaki
Rembau : Seorang anggota polis maut selain putus kaki kiri akibat dilenyek kenderaan sejurus terbabit kemalangan di Kilometer 228.6, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, berhampiran Plaza Tol Pedas Linggi di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 1.30 pagi, Mohd Ifwat Mohd Pauzi, 23, yang juga anggota Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (Sting) Bukit Aman dikatakan dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Taman Gunung Mas, di sini.
Jurucakap polis berkata, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikal berkuasa tinggi ditunggang menyebabkan dia tercampak ke tengah jalan.
“Sebuah treler dari arah sama cuba mengelak daripada melanggar mangsa dan merempuh motosikal milik mangsa.
“Pada masa sama, sebuah lori seberat lima tan tidak sempat berhenti dan melanggar treler berkenaan menyebabkan dua kenderaan berat itu melintang di tengah jalan,” katanya.
Menurutnya, mangsa yang terbaring di tengah jalan dipercayai dirempuh kenderaan lain menyebabkan putus kaki kiri dan parah di kepala serta badan.
“Akibatnya mangsa maut di lokasi kejadian.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7643#sthash.uTkDHPIv.dpuf
Mohd Ifwat Mohd Pauzi, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.
Difahamkan, mangsa adalah anggota Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) di Bukit Aman.
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Ibrahim Sharif, mengesahkan kejadian dan berkata siasatan lanjut punca nahas sedang dijalankan.
Beliau berkata, jasad Mohd Ifwat yang berasal dari Taman Gunung Mas, Tampin, dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Kemalangan berkenaan menyebabkan kesesakan lebih enam kilometer apabila laluan terpaksa ditutup bagi kerja mengalihkan kenderaan terbabit dan kembali lancar selepas 6.40 pagi ini.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7470#sthash.8DHSRDI5.dpuf
Last edited: