oldtbone
Legendary Member

- Messages
- 17,323
- Joined
- May 25, 2012
- Messages
- 17,323
- Reaction score
- 3,695
- Points
- 191
MOHD Akmal Hakim meninggal dunia awal pagi ini selepas motosikal ditunggangnya terbabit dalam kemalangan di Sungkai di daerah Muallim. - Ihsan keluarga
IPOH: Seorang anggota polis meninggal dunia awal pagi ini selepas motosikal ditunggangnya terbabit dalam kemalangan di Sungkai di daerah Muallim, semalam.
Lans Koperal Mohd Akmal Hakim Abd Razak, 27, yang bertugas di Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, jam 5 pagi tadi.
Isteri mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Azie, 33, berkata suaminya yang berasal dari Batu Pahat, Johor, tidak sedarkan diri ketika dikejarkan ke Hospital Slim River pagi semalam sebelum dipindahkan ke HRPB.
Katanya, berita kemalangan suaminya yang sedang dalam perjalanan untuk bertugas itu dengan sebuah kereta diketahuinya jam 8.30 pagi semalam.
"Suami keluar dari rumah ibu saya di Felda Trolak Selatan untuk ke daerah Manjung atas tugasan pada jam 6 pagi semalam.
"Seperti biasa, sebelum bertolak suami bersalaman dengan saya dan dia juga mencium anak berusia 11 bulan serta dua lagi berusia tiga dan lima tahun yang sedang tidur.
"Pada jam 8.30 pagi saya menerima panggilan daripada seseorang memaklumkan kemalangan yang berlaku di bulatan jalan di Sungkai.
"Sejak semalam suami tidak sedarkan diri akibat kemalangan itu yang menyebabkan dia patah peha kanan serta pendarahan pada kepala dan perut sebelum disahkan meninggal dunia pagi ini," katanya ketika dihubungi NSTP hari ini.
Azie berkata, arwah seorang bapa yang bertanggungjawab terutama dalam menjaga anak-anak, suka bergurau dan mempunyai ramai rakan.
Katanya, jenazah suaminya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Trolak Selatan, Sungkai petang ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof, mengesahkan kematian anggota berkenaan.
sumber: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/11/496015/anggota-polis-maut-nahas
.