BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anggota Polis Dihanyut Arus Deras Di Sepang Ditemukan Lemas

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,764
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,764
Reaction score
289
Points
146
d1cd906563a4baa41174a17b63c0cb0b692bb7d6bd309

0cb282cb8edccb7ac6012a594bef40e2692bb7e69f026

Anggota polis yang hilang selepas dipercayai dihanyutkan arus deras di Klinik Desa Giching di sini pada Jumaat lepas ditemukan lemas pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata mangsa ditemui pada 7.30 pagi oleh anggota polis dan JBPM yang melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ini.

Polis dan JBPM yang berada di lokasi telah berjaya menemui mangsa dalam jarak lebih kurang 50 meter daripada kenderaan mangsa.

--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA


Anggota polis yang dilaporkan hilang selepas dipercayai dihanyutkan arus deras di kawasan Klinik Desa Giching di sini pada Jumaat lepas ditemukan lemas pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata mangsa ditemui pada 7.30 pagi oleh anggota polis dan bomba yang melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ini.

“Polis dan JBPM yang berada di lokasi berjaya menemui mangsa pada jarak kira-kira 50 meter dari kenderaan,” katanya kepada pemberita di sini.

Semalam, Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman mengesahkan individu yang hilang selepas dihanyutkan arus deras itu merupakan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai.

Beliau berkata berdasarkan maklumat awal, mangsa yang berkhidmat di IPD Nilai difahamkan dalam perjalanan ke tempat kerja selepas menziarahi keluarganya di sini.

Media sebelum ini melaporkan seorang pemandu kereta dipercayai lemas selepas gagal berenang meninggalkan Perodua Bezza dinaikinya yang terbabas ke dalam parit di kawasan banjir berhampiran Klinik Desa Giching, pada kira-kira 11 malam Jumaat.

 
Back
Top
Log in Register