Viere
CG Top Poster Club

- Messages
- 26,579
- Joined
- Aug 8, 2008
- Messages
- 26,579
- Reaction score
- 179
- Points
- 123
PASUKAN JPAM membantu Asnawi Mohd Hassan yang cedera ketika melakukan penerjunan pada Majlis Penutup dan Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas dan Induksi Pembantu Penguat Kuasa JPJ di Melaka, semalam.
MELAKA 10 Sept. - Seorang pembantu penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melalui detik cemas apabila bendera yang dibawa bagi persembahan payung terjun tersangkut pada dahan pokok berhampiran padang Akademi JPJ, Tiang Dua, di sini hari ini.
Insiden berlaku sewaktu Asnawi Mohd. Hassan, 37, melakukan terjunan pada majlis Penutup dan Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas dan Induksi Pembantu Penguat Kuasa JPJ.
Asnawi cuba membuat pendaratan di padang berkenaan yang menjadi tempat majlis berlangsung dan turut dihadiri Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri.
Menurut Pegawai Perhubungan Awam JPJ, Razali Amin, kejadian berlaku pukul 10.45 pagi apabila bendera JPJ yang dipasang pada kaki Asnawi tersangkut pada satu dahan pokok berhampiran padang menyebabkan pendaratannya tersasar.
"Ekoran itu, Asnawi terjatuh berhampiran parit simen berdekatan padang dan dikejarkan ke Hospital Melaka oleh petugas Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk rawatan kecemasan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Bagaimanapun katanya, Asnawi tidak mengalami kecederaan serius dan hanya luka ringan pada bahagian muka dan tangan.
Sebelum insiden tersebut, hujan lebat sejak program bermula pukul 8.30 pagi namun acara kawad perbarisan dan persembahan payung terjun tetap diteruskan sebaik sahaja hujan reda.
Asnawi bertugas lebih tiga tahun di Akademi JPJ sebagai jurulatih kerohanian dan merupakan bekas anggota tentera sebelum menyertai pasukan JPJ.