TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
JAMILAH meluangkan masa dua hingga tiga jam sehari untuk memberi makan kepada kera liar di Teluk Cempedak.
Kuantan: Setiap hari antara jam 7 pagi atau jam 4 petang, Jamilah Jantan, 55, akan menunggang motosikalnya sejauh kira-kira 13 kilometer dari rumahnya di Sungai Isap 2, menuju ke Teluk Chempedak, di sini, sambil membawa beg galas dipenuhi makanan.
Apabila tiba di lokasi, Jamilah duduk di satu sudut berbatu menjadi tempat kegemarannya dan mula dikerumuni kumpulan kera liar yang kelaparan, malah wanita berkenaan tidak kisah haiwan terbabit bertenggek di atas riba dan bahunya.
Begitulah rutin ibu dua anak itu setiap hari sejak tujuh tahun lalu dan kerana kecintaannya terhadap makhluk berbulu itu, dia bukan saja sanggup meluangkan masa antara dua hingga tiga jam sehari memberi ia makan, malah mengeluarkan duit poket sendiri membeli makanan.
Jamilah menganggap kumpulan kera terbabit sebagai anak-anaknya dan memberikan nama panggilan kepada beberapa ekor kera yang dianggap unik.
Menariknya, ada antara haiwan berkenaan yang seolah-olah faham dengan kata-kata Jamilah itu.
Ketika mengikuti wanita berkenaan bertemu ‘anak-anaknya’ di pantai itu semalam, wartawan perasan ada beberapa kera yang agak tua mahu mengambil makanan, tetapi disuruh duduk oleh Jamilah dan haiwan terbabit seperti faham serta akur arahan itu lalu terus duduk.
Gelagat Jamilah bersama-sama kumpulan kera liar terbabit sudah menjadi pandangan biasa bagi peniaga dan pengunjung tetap di kawasan Teluk Chempedak.
Menurut Jamilah, ada dua kumpulan kera di kawasan berkenaan terdiri daripada kira-kira 200 ekor keseluruhannya dan dia bersama suami, Ismail Yusof, 61, serta beberapa sukarelawan lain sering memberi makan haiwan terbabit.
“Sebenarnya, dulu saya juga takut kepada kera liar, tetapi segalanya berubah selepas kejadian tujuh tahun dulu apabila saya melihat seekor ibu kera mendakap anak kecil dalam keadaan parah dilanggar kenderaan di sekitar kawasan ini.
“Saya cuba membantu ibu kera itu, tetapi gagal dan ia mati sambil memegang tangan saya seolah-olah meminta saya menjaga anaknya yang kecil itu,” katanya yang bekerja sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan di Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajjah Kalsom, di sini.
http://www.youtube.com/watch?v=3XtqrcR34yI
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/128501#sthash.pxOycYf6.dpuf