BTC USD 84,540.0 Gold USD 4,283.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ask/Help Anda Rasa Malu Tak?

Ok..aku dh start nov lepas masak sendiri bawak bekal sbb aku diet atkin dah masakan kat kantin aku banyak letak ajinomoto menyebabkan rambut aku banyak gugur..setelah 2 bulan lebih aku bawak bekal aku dapat:-

-Turunkan berat badan sebanyak 17kg
-menjimatkan pembelanjaan dari rm600 kpd rm300
-badan semakin sihat dan rambut tidak ada gugur lg..

Jadi kesimpulan nya pedulikan kan apa saja org kata dan campak jauh2 perasan malu tak bertempat ni sbb kadang2 org tak ambik port pun apa kita nak buat tp kita yg malu tak tentu hala..

Mulakan hidup yg sihat geng..

Note: aku bujang masak guna rice cooker je..hihi
 
Den x rasa malu pun sbb majoriti dlm ofis den ni bawak bekal atau tapau dari luar.. Makan je kat ofis..
 
sedih la pemikiran cmni. orang bawak bekal je da judge takde duit. padahal makanan bekal lebih dijamin kebersihan. sejuk? microwave opis kan ade

ok..sila bersedih :))
makanan yg dipanaskan berulang2 kali akan kehilangan zat
boleh hidu,lihat zahir makanan utk tahu bersih utk dimakan atau tidak
 
tak malu pon. aku lagi seronok tapau makanan dari rumah. kalau boleh nak tapau setiap hari.

bukan apa, dapat jimat masa dengan duit kita. habis makan terus gi solat. lepas tu boleh rehat2 lelapkan mata. :):)
 
ok..sila bersedih :))
makanan yg dipanaskan berulang2 kali akan kehilangan zat
boleh hidu,lihat zahir makanan utk tahu bersih utk dimakan atau tidak

tapi judgmental orang "bawak bekal xde duit" perlu diubah..isunya malu atau tak malu bawak bekal kan?? kalo nak cite zat la pejadah sume makanan luar ade byk zat ke?
 
tapi judgmental orang "bawak bekal xde duit" perlu diubah..isunya malu atau tak malu bawak bekal kan?? kalo nak cite zat la pejadah sume makanan luar ade byk zat ke?

hadeiiii....
soalan berbunyi camni "Anda Rasa Malu Tak?"
jawapan berbunyi "malu, nnt org ingat xde duit"
setiap manusia ada perangai masing2
so ko tak blh paksa aku setuju dgn jawapan ko
pendek kata=suka ati aku lah

ko yg cadang suh panaskan dlm microwave
so aku ckp laa nnt zat dia hilang
ko nak gak paksa aku setuju dgn ko
aku tak mau #sambil hentak2 kaki
 
tak malu pon. aku lagi seronok tapau makanan dari rumah. kalau boleh nak tapau setiap hari.

bukan apa, dapat jimat masa dengan duit kita. habis makan terus gi solat. lepas tu boleh rehat2 lelapkan mata. :):)

Bagi aku,yg ni point paling utama.Jimat masa.

Especially kpd org yg tempat kerja jauh dari tempat mkn.

Or tempat mkn ciput jer dan org yg nak mkn berduyun2 ramai.
 
hadeiiii....
soalan berbunyi camni "Anda Rasa Malu Tak?"
jawapan berbunyi "malu, nnt org ingat xde duit"
setiap manusia ada perangai masing2
so ko tak blh paksa aku setuju dgn jawapan ko
pendek kata=suka ati aku lah

ko yg cadang suh panaskan dlm microwave
so aku ckp laa nnt zat dia hilang
ko nak gak paksa aku setuju dgn ko
aku tak mau #sambil hentak2 kaki

maksudnya anda malu la ye bawak bekal..ok..maaf, aku xpaksa ko setuju ngn pendapat aku pun..
 
Back
Top
Log in Register