oldskoolrocka
Legendary Member

- Messages
- 18,291
- Joined
- Apr 14, 2008
- Messages
- 18,291
- Reaction score
- 510
- Points
- 161
Ancaman baru telefon murah
Oleh AMREE AHMAD
Tindakan India mengharamkan jualan telefon murah buatan China
dan Taiwan kerana tiada IMEI mendedahkan bahaya senyap yang tidak
disedari pengguna sejak sekian lama.Jika anda berhasrat hendak berniaga di India, antara produk yang
mungkin sesuai dijual di pasaran negara itu ialah telefon bimbit.
Jangan terkejut, pengguna talian mudah alih di negara rantau Asia
Selatan itu kini mencecah lebih 415 juta orang.
Angka itu baru meliputi 36 peratus daripada keseluruhan penduduknya
yang berjumlah 1.2 bilion. Jirannya, Pakistan turut mencatat senario
yang sama dengan memiliki 93 juta pengguna telefon selular atau 58
peratus daripada jumlah penduduk.
Tetangga miskin, Bangladesh tidak kurang hebat apabila merekodkan
46.5 juta pelanggan atau 29 peratus daripada keseluruhan penduduknya.
Sekadar perbandingan, Malaysia agak jauh ketinggalan dengan cuma 20 juta pengguna.
Bagaimanapun pada minggu lalu, dunia gempar dengan tindakan drastik
kerajaan India mengharamkan pengimportan telefon mudah alih dari China
dan Taiwan. Alasannya ialah sebagai antara langkah keselamatan domestik.
Ini kerana telefon buatan dua buah negara itu dikesan tidak
dilengkapi dengan International Mobile Equipment Identity (IMEI).
Ironi, kod siri 15 digit itu sebenarnya bukan syarat standard pembuatan
produk telekomunikasi.
Namun tidak ramai tahu bahawa tanpa IMEI, pengguna boleh melakukan
sabotaj kerana panggilan yang dibuat gagal dikesan oleh operator
telekomunikasi. Malah pihak berkuasa juga tidak dapat menjejaki rekod
mesej pesanan ringkas (SMS) yang dikirim si penjenayah.
Langkah berani itu dipuji Presiden Persatuan Selular India, Pankaj
Mohandroo yang sekian lama meminta pihak kerajaan berbuat demikian.
“Kami sudah letih berkempen mendesak kerajaan menyekat kemasukan
telefon bimbit dari China dan Taiwan, bahkan ada bukti suspek pengganas
siri serangan di Mumbai juga menggunakan produk telekomunikasi ini
kerana ia tiada IMEI,” jelas beliau.
Ketiadaan siri itu yang biasanya dilekatkan di belakang telefon
bimbit turut mendedahkan pengguna kepada risiko jika berlaku kecurian.
Data di dalam telefon juga boleh dieksploitasi penjenayah untuk
memintas dengar perbualan.
Hakikat yang tidak disedari ramai ialah telefon tanpa IMEI
sebenarnya banyak terdapat di pasaran. Ia menerima permintaan tinggi
kerana berharga murah. Di India, telefon sedemikian dijual dari
serendah RM60 sehingga RM120 sebuah.
Kelebihan IMEI
Di Malaysia, telefon jenis ini lazim dikenali sebagai AP iaitu
rujukan kepada telefon selular bukan tulen yang dipasang dalam negara.
Ia tiada jaminan jika rosak dan berbeza dengan produk asli biasanya
disebut sebagai Zitron atau Avax.
Sehingga kini, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu IMEI. Singapura
yang terkenal dengan undang-undang ketat juga belum mewajibkan IMEI.
Tidak hairanlah republik itu menghadapi lambakan telefon bimbit
tanpa IMEI yang dijual murah. Ada secara sinis berkata, ketiadaan IMEI
membolehkan suspek militan berbahaya, Mas Selamat Kastari gagal dikesan
sebelum dia meloloskan diri ke Johor.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) setakat ini
tidak memberi apa-apa ulasan berkenaan tindakan keras India itu.
Malaysia cuma mewajibkan pendaftaran untuk pengguna baru sama ada pakej
prabayar atau pascabayar.
Situasi sebegini bakal mendedahkan negara kepada risiko pemalsuan
data pengguna kerana rekod pendaftaran boleh diubah suai. Bahkan
peraturan mengenai IMEI tidak dinyatakan secara terang termasuk
menerusi laman web SKMM sendiri.
Ini bermakna pemasangan kod IMEI adalah tertakluk kepada budi bicara
pengeluar telefon bimbit. Mungkin ada berpendapat, IMEI mengganggu hak
asasi individu kerana pergerakan dan data peribadi pengguna dapat
dikesan oleh pihak berkuasa.
Ia ada kebenaran tetapi perkembangan semasa membuktikan IMEI lebih
banyak kebaikan daripada keburukan terutama aspek keselamatan. Di
Eropah, mangsa culik atau sesat di hutan mudah dijejaki dengan bantuan
IMEI dari telefon bimbit.
Bayangkan walaupun bateri telefon itu sudah habis, pihak berkuasa
dapat mencari mereka kerana frekuensi IMEI dipancar melalui isyarat
bateri kecemasan. Jika dicuri, telefon tersebut masih boleh dikesan
waima ditukar kad sim pemilik.