BTC USD 81,576.8 Gold USD 4,059.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Analisis terkini Bitcoin

Joker_

Fun Poster
Messages
103
Joined
Apr 21, 2014
Messages
103
Reaction score
0
Points
10
Thread ini saya cipta untuk berkongsi berita-berita terkini mengenai Bitcoin.Berita antara sumber utama yang saya gunakan untuk menganalisa naik turun harga Bitcoin.

Sebuah berita boleh menjadi satu humor (gossip) yang dapat mempengaruhi pemikiran serta tindakan para pelabur,pelombong dan juga penjual pembeli Bitcoin.

Saya pernah terkena kesan negatif akibat tidak memandang serius tentang berita semasa Bitcoin di mana ramai yang "dump" dan saya pula masih lagi hold bitcoin yang saya ada.

Oleh sebab itu,rajin-rajinlah mencari dan membaca isu isu semasa jika anda memang serius dalam bidang ini.
 
Last edited:
SYARIKAT JOHN MCAFREE-LED MELANCARKAN OPERASI STESEN JANA KUASA HYDRO UNTUK PERLOMBONGAN BIT COIN

Syarikat pelaburan MGT Capital telah mendapatkan lokasi di pusat Washingtons untuk melancarkan operasi perlombongan Bitcoin.

Syarikat tersebut mendapatkan lokasi menjana kuasa Hydro kos rendah untuk mewujudkan kemudahan menjana kuasa pemprosesan melebihi 2 PetaHash.

Stesen Jana Kuasa Hydro tersebut akan siap sepenuhnya pada 1 Ogos ini dan kuasa pemprosesan dapat di tingkatkan lagi sehingga [b[10 PetaHash[/b].MGT Capital percaya projek ini akan menjadi penghulu domestik dalam Indrustri perlombongan Bitcoin.

Artikel penuh :
https://www.cryptocoinsnews.com/john-mcafee-mgt-bitcoin-mining/
 
Lebih baik tukaq tajuk kepada analisis pasaran bitcoint lagi sesuai...igtkan hang nk share news berkenaan perkembangan bitcoin diluar negara dan malaysia ke..xpun perkembanagan dr segi undang2 ka..yg tu baguih...
 
Terima kasih.
Saya dah tukar.

Berita pasal pasangan kembar ni dah 3 hari jadi topic hangat.

ADAKAH PASANGAN KEMBAR WINKLEVOSS MEMBANTU HARGA BITCOIN NAIK SEMULA ?

Pasangan kembar Cameron dan Tyler sekarang membawa topik hangat tentang Winklevoss Bitcoin Trust,untuk masa kini telah berpindah ke BATS Global Market.

Walaupun masih menuju penyenaraian di NASDAQ,pada hari rabu yang lalu Security Exchange Comission mengesahkan organisasi tersebut telah menjadi pilihan popular di ETF disebabkan exchange yang dilaksanakan menghampiri 25% pada bulan Mei yang lalu.

Sekiranya pasangan ini mendapat laluan,Winklevoas Bitcoin Trust akan menjadi Bitcoin exchange pertama yang diluluskan dan diiktiraf oleh SEC.

Artikel penuh :
http://bitcoinist.net/winklevoss-bitcoin-price-up/

IMG_20160702_222513.jpg

Ada baiknya jual dahulu sedikit simpanan yang ada.
 
Last edited:
Follow......

Terima kasih tuan sudi berkunjung.

"JUMLAH DAGANGAN YANG BESAR OLEH PASARAN CHINA TELAH MENOLAK HARGA BITCOIN KE ATAS"

Selepas beberapa hari mengalami penurunan dan sideway,Bitcoin sekali lagi menunjukkan peningkatan yang baik.Pasaran china terus mendominasi jumlah dagangan menghampiri 94% untuk semua dagangan beberapa hari ini.

Kebanyakan pihak telah menyedari bagaimana pasaran china mendominasi perdagangan Bitcoin untuk beberapa tahun dan kelihatan semakin kuat sejak akhir-akhir ini.Dalam tempoh 24 jam yang lepas,harga Bitcoin telah menunjukkan peningkatan sebanyak 3% akibat jumlah dagangan yang tinggi.

Tiga hari yang lepas 29,30 Jun dan 1 Julai,pasaran CNY menunjukkan corak jumlah dagangan yang hampir sama dan diperkirakan antara 1,206m dan 1,258m Bitcoin telah bertukar tangan dalam tempoh 3 hari tersebut.

Artikel penuh :
http://themerkle.com/massive-chinese-trading-volume-pushes-bitcoin-price-upward/

Screenshot_2016_07_03_07_36_14.png

Dari segi analisa teknikal pula,Bitcoin telah melepasi area Resistant semasa dan membentuk new high.
Berpandukan berita positif dan juga "Event Halve" yang akan berlaku beberapa hari lagi,saya mengambil keputusan untuk membeli sedikit Bitcoin sebanyak RM20 (0.00719700) dan menyimpanya dalam jangka masa pendek.

IMG_20160703_080415.jpg
 
sy pun baru lg berjinak2 simpan bitcoin ni..menang menguntungkan dr bulan 2 thn ni 1btc =RM1600++ banding hari ni harga dah cecah RM2800 tuk 1 btc..
 
dengar cerita 10 julai mmg halving ke? dijangka cecah usd4000 sebelum turun kepada usd 900-1000?
 
Back
Top
Log in Register