BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Analisa EMAS 2011

pikor

Junior Member
Messages
98
Joined
Aug 28, 2008
Messages
98
Reaction score
3
Points
11
Salam,
Analisa EMAS 2011
Pada hari Jumaat lepas, nilai emas berbanding wang kertas US telah naik sebanyak USD 25.90/oz, kenaikan paling tinggi selepas melepasi 6 hari harga rendah sebelum itu. Walaupun prestasinya agak merudum di saat-saat akhir tahun 2011 ini, tetapi secara keseluruhannya emas terus mencatatkan kenaikan yang positif untuk 11 tahun berturut-turut. Ia mengakhiri tahun 2011 pada USD 1,566.80/oz ataupun sebanyak 9.3% kenaikan pada tahun ini.
Sila rujuk carta di bawah:
Pada bulan Februari, emas mengalami kejatuhan yang teruk dan pada bulan September tahun yang sama, ia mencapai kenaikan yang paling tinggi dalam sejarah iaitu melepasi paras nominal USD 1900/oz. Walaupun begitu, pada bulan-bulan berikutnya, nilainyan menyusut berikutan kebimbangan mengenai kecairannya di pasaran antarabangsa. Namun, dengan pelbagai tekanan yang diberikan, harga emas terus kukuh sekiranya dilihat di atas sokongan Moving Average (MA) 300. James Moore, peanalisa di TheBullionDesk.com mengandaikan bahawa “..dengan krisis hutang yang berterusan disegenap sudut ekonomi dan penurunan kadar faedah, harga emas akan terus meningkat pada tahun 2012 ini”.


Analisa PERAK 2011
Harga perak juga telah cuba mencatatkan kenaikan di saat-saat akhir tahun 2011. Perak berakhir pada USD 27.92/oz bersamaa 10.7% penurunan pada keseluruhan tahun 2011. Pasaran perak di peringkat antarabangsa disifatkan “ringan” berbanding emas dan terdedah kepada kenaikan dan penurunan harga yang agak “liar”. Perak juga adalah salah satu komponen terpenting di industri tetapi menghadapi kelembapan berikutan kebimbangan mengenai ekonomi global. Tragedi MF Global juga telah menghakis kepercayaan terhadap kebanyakan pelabur yang telah mengalami kerugian yang teruk ekoran gagal keluar daripada posisi mereka sewaktu kebrankapan MF Global berlaku, yang telah menyebabkan kelembapan aktiviti di dalam kontrak perak.
Sila rujuk carta di bawah:
Perak mencatatkan kenaikan tertinggi (hampir USD50/oz) pada hujung bulan April, tetapi telah mengalami perjalanan yang sukar pada bulan-bulan seterusnya berikutan berita-berita mengenai krisis Euro berbanding fundamental perak itu sendiri. Pada bulan September, perak mengalami kejatuhan yang teruk walaupun menemui sokongan pada USD 26/oz. Pada bulan Disember, sokongan yang sama telah diperolehi. Walaupun perak telah tewas kepada emas pada tahun 2011, sebab untuk memiliki perak berbanding emas terus unggul. Menurut lagenda pelabur pasaran komoditi, Jim Rogers, kerajaan di seluruh dunia akan terus mencetak duit apabila ekonomi gagal dibaik pulih. “Apabila mereka mencetak duit kertas, kita perlu memiliki perak, beras, dan segala yang fizikal. Sekiranya saya diberi satu pilihan logam yang perlu saya miliki ialah perak, kerana harganya yang terlalu di”tindas”". – Kredit The Market Oracle



http://pemborongemas.com/prestasi-keseluruhan-emas-dan-perak-tahun-2011
 

Attachments

  • 155.8 KB Views: 59
tukar sikit tajuk thread....skrg tahun 2012 bos....:)
 
tukar tajut target emas 2012 2000-2400 usd ok ke? =)
 
Gold dah 1716

Sonang hati ambooooo

Cepat la cecah 1800
 
Back
Top
Log in Register