BTC USD 60,736.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anak terkulai macam kena tembak

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
xpix_gal0.pagespeed.ic.jbxkr73ySV.webp


Abdul Rahman menunjukkan meter motosikal yang pecah akibat letupan mercun bola yang mengorbankan Mohd Hafi Rayan di Kampung Ithnin Maarof, Simpang Renggam, kelmarin. - Foto ADNAN IBRAHIM
Simpang Renggam: “Sebaik mercun bola meletup, Mohd Hafi Rayan yang berada dalam dakapan saya terkulai bagaikan terkena tembakan,” kata Abdul Rahman Endot yang menceritakan detik anak bongsunya berusia dua tahun terkena mercun pada 1 Syawal.

Dalam kejadian jam 12.45 tengah hari di Kampung Ithnin Maarof di sini, mangsa yang cedera di dada, muka, tangan kiri dan kecederaan dalaman, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kluang.
Abdul Rahman cedera ringan di muka, telinga dan bibir.

Abdul Rahman ketika ditemui semalam, berkata sebelum kejadian, beliau bersama anaknya menyertai kumpulan marhaban bersama penduduk kampung.

Berlumuran darah

Sebaik memberhentikan motosikal di hadapan sebuah rumah bagi menantikan kunjungan kumpulan marhaban, tiba-tiba sebiji mercun bola jatuh dari atas pokok dipercayai dibaling oleh seseorang sebelum meletup di hadapan mereka.

Selepas mercun bola itu meletup, Hafi Rayan terus terkulai dan berlumuran darah.
Berikutan itu, mangsa dikejarkan ke Klinik Simpang Renggam untuk rawatan awal sebelum dirujuk ke Hospital Kluang.




sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Anakterkulaimacamkenatembak/Article/
 
aku semalam bakar mercun mancis..meletopp kat tangan...nasib baik kire balik...ade lagi 5 jari...fuhh
 
smalam aku lawat sedara di adea flat apabendakenama ntah kat area telok air tawar, elok ja kua kereta dukunh anak, ngam2 mercun meletop atas kepala aku. dalam hati aku, kurang ajar...
 
Sapa tg baling 2..dpt tangkap x..cilake btol yg klu xdpt tangkap..:mad:
 
dua tahun besar mna la sgt...
kejam...
 
aku pernah kejar sekumpulan budak bermain mercun bola berdekatan rumah aku, sudah ditegur secara baik, dilemparnya pula ke arah aku. kalaulah aku dapat tangkap seorang daripada sekumpulan itu, budak itu pasti menyesal sebab lahir ke dunia.
 
persoalannya...bagaimana mercun2 ini boleh lepas sempadan yang selalu gah di dada akhbar katanya ketat dikawal.

kalau tak selesai di akar umbi spt kawalan di sempadan, maka kisah ini akan terus berlaku
 
persoalannya...bagaimana mercun2 ini boleh lepas sempadan yang selalu gah di dada akhbar katanya ketat dikawal.

kalau tak selesai di akar umbi spt kawalan di sempadan, maka kisah ini akan terus berlaku

musuh dlm swlimut banyak.. mana tak boleh lepas..
 
Back
Top
Log in Register