BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,366.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anak tagih perhatian, hati Mira Filzah terusik, sebak

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40
MIRA-FILZAH-anak.jpg


Anak tagih perhatian, hati Mira Filzah terusik, sebak

KUALA LUMPUR – Sebak mengenangkan permintaan anak, pelakon Mira Filzah sedia mengambil cuti lebih panjang bagi memperuntukan masa dengan keluarga selepas bekerja tanpa henti sejak tahun lalu.

Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 33, menjelaskan sikap anak lelakinya, Wan Khair Amir, 4, yang kini sudah pandai membuat permintaan mahu dihantar dan dijemput oleh ibu sendiri setiap kali hendak pergi dan pulang dari sekolah benar-benar menyentuh hatinya.

“Memang kalau ikutkan dari 2025 lagi saya penuhi banyak tawaran termasuk filem yang mengambil masa agak lama sampailah tahun ini. Macam ‘back to back’ bekerja.

“Jadi selepas selesaikan satu projek filem, saya nak lebih fokus pada anak yang kini dalam fasa banyak bertanya. Dia tanya saya di mana, kenapa tak ambil dia di sekolah, macam-macam lagi soalan.

“Kita sedar anak sedang membesar, perlukan perhatian. Apabila dia bertanya begitu, sebagai ibu hati saya terusik, sebak. Kasihan padanya,” katanya ketika ditemui selepas tayangan drama bersiri Aku Pilih Pelangi, baru-baru ini.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu turut menzahirkan rasa syukur dengan sikap terbuka suaminya, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khairil Anuar yang sangat memahami kerjayanya.

Malah, akui Mira teman hidupnya itu tidak pernah meletakkan sebarang syarat kepadanya dalam mengatur kerjaya namun sebagai isteri dan ibu dia perlu bijak membuat pertimbangan sewajarnya.

“Alhamdulillah. Suami isteri kena ‘teamwork’. Suami banyak bagi dorongan baik dari segi kerjaya mahupun sebagai ibu,” ujarnya yang tidak menafikan ada perancangan untuk menambah cahaya mata jika diizinkan Tuhan.

Dalam perkembangan terbaharu, Mira kini teruja beraksi di sisi pelakon berkaliber, Zahiril Adzim menerusi naskhah Aku Pilih Pelangi yang bersiaran menerusi saluran penstriman Viu sejak 16 April lalu.

“Walaupun baru pertama kali bergandingan, kami punya ‘chemistry’ yang cukup kuat sekali gus memberi warna terhadap watak suami isteri dalam kisah sarat emosi ini,” katanya.

Selain Mira dan Zahiril, naskhah arahan Riza Baharudin tersebut turut dibarisi Noki K-Clique, Datuk Seri Shah Rezza dan Auni Yusri. – KOSMO! ONLINE
==============================
Mira ni byk betul job kan, sampai anak pun minta perhatian. Tapi bagus lah dia decide nak spend masa dgn family. Mana tahu lepas ni Mira update IG dan share gambar2 dia dgn anak pulak 😏.

 
Back
Top
Log in Register