eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
BUKIT BERUNTUNG: “Saya terkejut apabila diberitahu anak sulung saya, Nur Iman Mohd Ibrahim, 20, ditemui meninggal dunia dalam kereta,” kata ayah mangsa, Mohd Ibrahim Zakaria, semalam.
Menurutnya, mayat anaknya ditemui jiran yang pada mulanya menyangka arwah sedang tidur selepas datang melihat kereta miliknya yang diletakkan di kawasan pekarangan masjid di sini jam 6.30 petang.
Katanya, kali terakhir dia menemui anaknya jam 8 malam kelmarin selepas pulang dari Gombak menguruskan perniagaan jualan langsung. Mangsa yang berasal dari Jalan Jenjarum 2, Bandar Bukit Sentosa keluar bersendirian untuk bertemu rakan, namun tidak pulang ke rumah sehingga ditemui terbaring dalam keretanya.
Jurucakap polis berkata: “Mangsa ditemui tidak mempunyai kesan tikaman dan hentakan sebarang objek pada badannya.” Mayat mangsa dihantar ke Rumah Mayat Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) untuk bedah siasat.