BTC USD 85,272.8 Gold USD 4,330.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anak luar nikah..

eh bkn sula ke?:-?:-?
aku pon xhengat

ak nk btulkan hukum korg nih.....
sume slah....

Hukum Zina
Definasi



Zina ialah persetubuhan yang dilakukan di antara lelaki dan perempuan yang bukan suami isteri yang sah.



Melakukan zina berdosa besar. Perbuatan zina amat kotor dan keji. Firman Tuhan :



Ertinya :Jangan kamu hampiri zina, sesungguhnya zina itu, keji dan sejahat-jahat jalan.


Penzina ada dua jenis, iaitu :

1. Muhsan

2. Bukan Muhsan





Muhsan dan Hukumnya
Muhsan ialah orang yang telah pernah melakukan persetubuhan dalam perkahwinan yang sah dengan memasukkan hasafah atau qadarnya ke dalam qabul.
Hukumnya wajib direjam dengan batu yang sederhana sampai mati.

Syarat-syaratnya

Syarat-syarat perzinaan muhsan ini ialah empat perkara, iaitu :
1. Baligh – kanak-kanak yang belum baligh tidak dikenakan hukuman
2. Berakal – orang-orang gila juga tidak dikenakan hukuman.
3. Merdeka – hamba abdi tidak termasuk golongan muhsan.
4. Tidak pernah melakukan persetubuhan dalam perkahwinan yang sah – tidak dikenakan muhsan orang yang pernah bersetubuh, tetapi bukan dalam perkahwinan yang sah.

Orang-orang yang mempunyai keempat-empat syarat yang tersebut di atas sahajalah yang termasuk dalam golongan muhsan.


Bukan Muhsan

Bukan muhsan ialah orang-orang yang masih dara teruna. Hukumnya disebat seratus kali dan dibuang daerah selama setahun ke tempat yang sejauh perjalanan sembahyang qasar, iaitu kira-kira enam puluh batu Inggeris, atau lebih jauh lagi. Dalilnya ialah :


1. Firman Tuhan :
Ertinya :Penzina perempuan dan penzina lelaki hendaklah kedua-duanya didera, masing-masing seratus dera, janganlah kasihan belas terhadap kedua-duanya dalam menjalankan ugama Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian. Hendaklah hadir ketika menyeksa kedua-duanya , satu golongan dari orang-orang mukmin.

2. Sabda Rasulullah s.a.w. :

Ertinya :Gadis dengan teruna, didera seratus kali dan dibuang daerah selama setahun.
 
Last edited:
ak nk btulkan hukum korg nih.....
sume slah....

utk yg dah kawin/nikah = sula
utk yg bujang = rejam smpai mati

Bah... terbalik ker.....~X(~X(~X(~X(
 
548. Hamil Anak Luar Nikah
Soalan:
Saya mengandung 5 bulan tapi kandungan ini anak luar nikah. Saya tidak tahu nak buat apa. Berkali-kali saya mencuba untuk mengugurkannya tapi tidak menjadi. Saya berbuat demikian kerana ingin menutup malu keluarga. Buat sementara ini keluarga saya tidak tahu lagi. Saya tidak mahu berkahwin kerana saya masih muda lagi. Saya tidak tahu di mana hendak cari jalan penyelesaian?

Nonet, KLumpur
Jawapan:
Zina termasuk perbuatan yang diharamkan dan merupakan dosa besar bagi yang melakukannya. Bahkan mendekatinya pun diharamkan. Sebagaimana firman Allah SWT maksudnya: "Janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya ia adalah perbuatan keji dan seburuk-buruk jalan".
(Surah Al Isra' ayat 32) Islam dengan keras melarang perzinaan serta memberikan peringatan tegas, kerana perzinaan mengaburkan zuriat, merosakkan nasab, merosakkan akhlak dan menimbulkan penyakit yang sukar diubati.
Akibat yang diterima oleh orang yang melakukan zina ditegaskan lagi oleh Rasulullah SAW dalam sabda baginda maksudnya: "wahai umat manusia, takutlah perbuatan zina kerana ia menyebabkan enam perkara. Tiga perkara di dunia dan tiga lagi di akhirat. Adapun yang di dunia adalah, menghapuskan kebaikan, membawa kemiskinan dan mengurangi umur. Adapun yang di akhirat, dimurkai Allah, hisab yang buruk dan seksa neraka".

Untuk menyelesaikan masalah yang anda hadapi, hendaklah anda menempuh cara-cara sebagai berikut:
1. Pertama sekali anda hendaklah segera bertaubat atas dosa dan kesilapan yang telah anda lakukan. Taubat dengan sebenar-benar taubat dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan yang terkutuk itu. Lakukanlah solat fardhu lima waktu dan banyakkanlah beristigfar dan menyesali perbuatan dosa masa silam.

2. Janganlah anda menggugrkan kandungan yang telah berusia lima bulan tersebut kerana kandungan anda itu telah berbentuk wujud manusia bahkan telah ditiupkan roh ke atasnya. Jika anda menggugurkannya bererti anda telah membuat dosa yang besar iaitu membunuh jiwa manusia.

3. Segeralah mendirikan rumahtangga kerana dengan jalan ini anda telah membantu diri sendiri dalam menjaga akhlak dan moral serta dapat menyalurkan nafsu berahi dengan cara yang diredhai oleh Allah SWT. Usia yang muda bukanlah menjadi ukuran seseorang itu menahan dirinya dari hasrta untuk mendirikan rumahtangga kerana Siti Aisyah pun berkahwin dengan Rasulullah SAW saat beliau berusia 9 tahun dan setelah baligh (keluar haid) pada umur 12 tahun beliau baru menjalin hubungan dengan Rasulullah SAW. Jadi jelaslah usia bukanlah menjadi penghalang untuk anda mendirikan rumahtangga, asalkan anda telah mencapai usia baligh.
 
erm..:-?:-?
situation neyh i xdpt nk huraikan..
ilmu cetek je..:D:D
meh kite tggu jwpn yg pakar..:):)
okeyh ling?:">:">

meh ak jwbkn sblm nk g subuh kt msjid ni....

HUKUM MENGGUGURKAN JANIN
HUKUM MENGGUGURKAN JANIN

Sebagai tambahan dan lebih faedah untuk pembaca disertakan hukum Menggugurkan Janin dalam keadaannya yang berbeza :

1. JANIN mengidap Penyakit yang ringan (tidak mengakibatkan kematian) yang boleh diubati.
Hukumnya : HARAM sebelum 4 bulan dan selepas

2. JANIN mengidap kecacatan ringan yang tidak boleh diubati tetapi ia boleh hidup. Seperti Buta, Cacat sebelah tangan, atau kedua-duanya, cata kaki, kurang jari dan sebagainya
Hukumnya : HARAM jika umur janin melebihi 4 bulan, HARUS kiranya umur bayi di bawah 4 bulan.

3. JANIN mengidap Kecacatan yang Serius yang membawa kematian . seperti tiada kepala, tiada paru2 dan sebagainya
Hukumnya : Biasanya janin akan gugur dengan sendirinya. Tiada hukum.

4. JANIN mengalami kecacatan anggota yang membawa akan membawa kematian sejurus selepas dilahirkan.
Hukumnya : Terdapat perbezaan pandangan ulama’

a) HARUS sebelum 4 bulan, Haram selepas 4 Bulan.

b) HARUS walaupun selepas 4 bulan, dengan syarat, Keyakinan tinggi hasil analisa Doktor2 pakar.

5. JANIN menghidapi penyakit AIDS.
Hukumnya : HARUS sebelum 4 bulan , Haram selepas 4 Bulan.

6. JANIN yang terhasil akibat dirogol
Hukumnya : HARUS digugurkan hanya sebelum 4 Bulan.

7. JANIN yang sihat @ sakit @ cacat tetapi nyawa Ibu terancam kiranya janin dilahirkan.
Hukumnya : HARUS gugur janin samada sebelum atau selepas 4 bulan, kerana nyawa Ibu diutamakan dalam hal ini.

PERSOALAN : Mengapa umur Janin SEBELUM DAN SELEPAS 4 bulan membawa perbezaan hukum ?

Jawapan : Berdasarkan hadith Riwayat Muslim, titik hidup manusia bermula sebagai manusia dengan mempunyai hak2 kemanusian yang dikitiraf dalam Islam adalah dari umur 4 bulan dalam kandungan. Kerana berdasarkan hadith Nabi SAW, MANUSIA DITIUPKAN RUHNYA KETIKA SEKITAR UMUR 120 HARI. DEMIKIAN PANDAGAN MAZHAB YANG EMPAT DAN MAJORITI FUQAHA.

Maka apabila telah ditiup Ruh, janin tersebut dianggap sebagai seorang manusia yang mempunyai hak seperti manusia sempurna. Justeru, penggugurannya adalah dikira membunuh manusia atau nyawa. Ia diharamkan oleh Allah sbgmn FirmanNya : Ertinnya : “Dan janganlah kamu membunuh nyawa manusia yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan alasan yang benar (di sisi syarak).” (Surah Al-An’am : 151)

Walaupun majority fuqaha memfatwakan boleh menggugurkan janin sebelum 4 bulan dengan sebab2 yang konkrit, bagaimanapun terdapat sekumpulan kecil ulama yang mengharamkannya dalam semua peringkat umur janin, ia adalah pandangan Imam Abu Hamid Al-Ghazali (wafat 505 H), serta sebahagian Fuqaha’ Mazhab Maliki.
 
ak tnye ustaz kt msjd mse sbuh td....
die kate hukum ggurkn kndungan hasil dirogol mmg harus....
tp make sure ia btul2 dirogol...xboleh separuh kerelaan wanita tersebut...walaupun wujud rase rela sebesar kuman pn dalam hati wanita tu, dikire zina....
n kalo nk ggurkn pn kne sblum 4 bulan....kalo dah lepas 4 bulan, haram sbb bayi tu dah bernyawe.....
hendaklah pelihara bayi tersebut sbb ia pemberian Allah....sume yg berlaku ad hikmahnye....
sume tu kerja Allah...kite xtau....
k, tu je ustaz ckp.....
 
kesimpulanya jgn gugurkan anak luar nikah tu.kesian dia tak bersalah.klu kata 7 keturunan tak halal skalipun..Allah yg tentukan.kita sebagai manusia tak payah nak pening2 bg mengelirukan tugasan Allah.kita sebagai manusia patut minta ampun agar Allah sentiasa melindungi kita.

pasal baby tu..jaga dia sebaik mungkin jgn jadikan alasan hukum agama kita nak buang dia.wlu berapa bulan sekalipun.kasihani dia.tak semestinya anak haram tu tak baik orgnya..

kita sebagai org yg waras akal fikiran,bila terjadi menda mcm ni dlm family kita,apa yg perlu kita lakukan adalah beri sokongan kepada si mangsa supaya dia tak tertekan dan jgn sesekali pinggirkan dia dan seksa dia diatas kesalahan dia ngandungkan anak luar nikah tu.islam tk ajar kita tuk menyakiti sesama sendiri apatah lagi sesama islam..

sekian..
 
mcm mana klu dia dirogol tapi dia tak nak gugurkan.ye la..perasaan ibu kita tak tau wlupun anak tu anak haram kan..n si ibu ngandungkan dia 9bln,azab nak lahirkan baby tu.mcm mana pulak tu..?

kesimpulanya adakah ianya berdosa sekiranya anak haram hasil dr kena rogol tu kita bela n beri kasih sayang..?

n aku masih tak dapat jawapan pasti samada benarkah anak haram tu 7 keturunan dosa ditanggung oleh ibunya..? ini je yg benar aku nak tau
 
Back
Top
Log in Register