BTC USD 81,293.3 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anak Kecil Main Api

masa aku dkt asrama, wajib nyanyi tiap2 minggu.
Lagu ni bagus budak2 sekolah dgr.
lagi bagus kalau pemimpin yg ada kuasa yg dengar dan hayati.
takde la rakus sgt nak kaut, nak jual maruah negara.
 
Lagu Warisan Anak Kecil Main Api Original Version

Akhirnya saya jumpa jugak original version lagu Warisan Anak Kecil Main Api..

http://www.youtube.com/watch?v=X1po7Ax1mm4

Boleh download dan simpan... kalau ada yang pandai mungkin boleh extract dia punya music dan lagu dan tukar dengan gambar yang lebih menyentuh kalbu lagi best....
 
lagu umno nie..malas nak dengar...
 
kt kem bina negara/motivasi..slalu main lgu ni..
 
Sebenarnya fenomena yang digambarkan dalam lagu ini bukan hanya berlaku di negara kita... banyak lagi negara lain yang mengalami fenomena yang sama..

Australia - kaum pribumi tertindas dan dinafikan hak mereka
USA - pun sama juga (Saya lihat dengan mata saya sendiri semasa study di sana)
Afrika - pun sama juga

Yang penting kita semua jagan dok gaduh antara kita.. kerana kita dok gaduh sedikit demi sedikit kekayaan kita di ambil oorang...

Dulu rata-rata nenek moyang kita mempunyai puluhan ekar tanah.. sekarang mana?

Dule kita punya kerajaan Melaka yang terbilang? Kerajaan Kedah yang gah! akhirnya hilang akibat perebutan kuasa sesama sendiri...

Kini bukan masanya kita fikir siapa betul siapa salah... Apa yang perlu kita fikirkan kemanakah dan pengakhiran ketuanan kita semua...

Adakah kita perlu tunggu sampai tergadai segalanya baru kita nak menyesal...

Pandanagan saya sahaja:)cgrock
 
cuba dengar dan hayati tiap2 bait lagu ni..
Buka mata..buka hati..
Kalau hati kata lagu ni lagu umno..lagu umno le jadinya...

Dengar lagu ni dan buangkan sikap kepartian tu sekejap..hayati dengan penuh perasan..

Walaupun aku bukan penyokong umno tapi aku suka dengar lagu ni..

:)paid
 
Warisan - Anak Kecil Main Api

Anak kecil main api
terbakar hatinya yang sepi
air mata darah bercampur keringat
bumi dipijak milik orang

nenek moyang kaya raya
tergadai seluruh harta benda
akibat sengketa sesamalah kita
cinta lenyap di arus zaman

indahnya bumi kita ini
warisan berkurun lamanya
hasil mengalir ketangan yang lain
pribumi merintih sendiri

masa depan sungguh kelam
kan lenyap peristiwa semalam
tertutuplah hati terkunci mati
maruah peribadi sudah hilang

kini kita cuma tinggal kuasa
yang akan menentukan bangsa
bersama berbakti
pulih kembali harga diri

kini kita sudah tiada masa
majulah dengan gagah
janganlah terlalai
teruskan usaha
melayukan gagah dinusantara
....melayukan gagah di nusantara

Kalau kita lihat dari lirik tiada sebut mana-mana parti.. lagu ini untuk kita semua...

mungkin kalau ada rakan-rakan yang pandai boleh edit lagu ini dan tukar grafik latar belakang agar ianya menjadi neutral tak melibatkan mana-mana parti politik...
 
Back
Top
Log in Register