BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anak dikasari dalam lokap

TokCu

Legendary Member
gem
Messages
11,155
Joined
Jul 25, 2011
Messages
11,155
Reaction score
542
Points
161
KUANTAN - Seorang ibu meminta polis melakukan siasatan terperinci berhubung kes anaknya yang didakwa cedera dikasari semasa ditahan di lokap Indera Mahkota di sini, 15 Februari lalu.

Wanita berusia 55 tahun itu mendakwa, akibat kejadian, anaknya berusia 35 tahun yang ditahan atas kesalahan dadah cedera di kepala sehingga terpaksa menjalani pembedahan.

Tidak puas hati dengan keadaan menimpa anaknya, pembantu tukang masak itu tampil membuat laporan di Balai Polis Daerah Kuantan di sini, pada 2 April lalu.

Katanya, anak lelakinya ditahan kerana disyaki positif pil kuda namun tidak sepatutnya dikasari hingga cedera.

“Saya sedar peristiwa itu pada 22 Februari lalu bila lihat mata dan mukanya bengkak. Dia juga mengadu sakit kepala,” katanya.

Menurutnya, selepas kejadian itu, anaknya dibawa ke Penjara Penor dan pada 17 Februari pihak penjara menghubungi memaklumkan anak lelakinya itu akan menjalani pembedahan pada pertengahan Mac untuk membuang tempurung kepala bahagian kanan kerana cedera.

Pembedahan telah dijalankan bagaimanapun anaknya itu akan dibedah kali kedua 21 April ini kerana telinga bernanah dan terdapat darah beku di kepala.

Katanya, keadaan anaknya semakin teruk dan disebabkan itu dia terpaksa membuat laporan polis agar tindakan segera dapat diambil.

"Saya mahu siasatan segera dilakukan dan sekiranya perkara ini wujud, pihak berkenaan perlu ambil tindakan kerana anak saya berdepan pelbagai masalah kesihatan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, kes itu masih dalam siasatan.
 
masa tgh stim pil kuda..kalau kena belasah berdarah tak rasa apa-apa..tapi bila sudah hilang stim ..melompat tak tahan sakit
 
Dah besar panjangdah anaknya,kena thn kes dadah plktu...napelah nak nyusahkan mak lagi.
 
nak guna kuasa viral

tetapi kes menyedihkan
bagi kedua pihak

jagalah anak2 kita
dari terperangkap najis dadah
 
yang aku faham pada mulanya memang mak dia pun nampak serta tahu yang muka dan mata anak nya bengkak.. tapi takda la nak repot apa sume.. yang aku faham lagi mak dia tak puas hati dan buat repot polis sebab anak dia cedera teruk sampai kena operate.. tu je..
 
kita kena faham, mak mana sanggup tengok anak kena aniaya,
walau jahat mana pon anak tu. kena bagi setimpallah dengan
kesalahan anak dia. xperlu kita nak melebih2 jatuhkan hukuman.
 
ni polis belasah anak dia dalam bilik siasatan...diorg x blasah kat lokap..polis polis ni mmg camni..geram kerana tertekan..diorg lepas kat pesalah
 
macam mana kalu mati dalam tahanan...or mati selepas operation.. adakah kes nie hidden...
 
siap operate buang tempurung kepala tu. kena hentak apa la tu

tu la main dadah lg
 
Back
Top
Log in Register